Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
URAIAN ISTILAH DIRI
Jika kita tinjau di dalam al quran
maka kita akan berjumpa dengan istilah diri yang di petik dari istilah
nafas, nufus, Ampas dan juga Tanafas yang membawa maksud diri, diri ini
tidak di pahami oleh kebanyakan orang awam kerana istilah ini sangat
seni dan halus namun istilah ini tetaplah bermaksud diri sebagaimana
yang terdapat di dalam al quran Orang saufisma yang berlandaskan kepada
tauhid memahamkan istilah diri ini berpunca dari istilah INSAN yang mana
di katakan anasir INSAN ini daripada istilah Nafas, Nufus, Ampas dan
juga Tanafas yang membawa maksud diri di dalam al quran dan di dalam al
quran juga terdapat istilah diri sebagaiFuad, Anfusahum, Nafasaka,
Nufusikum, Nafsun, Nafsin, Anfusikum, Nafsahu, Nufusun, Nafsika dan
lainnya Dalam mempelajari ilmu ini kita ambil saja istilah ini secara
kasarnya sahaja yang mana ilmu ini telah masyhur di perkatakan dan di
pelajari oleh ahli ilmuan yang membawa kepada tarikat, tasauf, tasawwuf
dan Kerohanian yang membawa kepada ilmu tamadun manusia di sepanjang
zaman
ISTILAH DIRI
1. Diri Terdiri (Jasmani)
2. Diri Terperi (Yang terdiri dari Roh, Akal, dan Nafsu) atau di namakan juga Ruhul Yaqazah
3. Diri Sebenar Diri (Yang terdiri dari istilah Insan) atau di kenali juga sebagai Ruhul Hayat
4, Diri Tajalli yang berpaksi kepada sifat Kamal
1. DIRI TERDIRI Diri ini membawa
kepada maksud diri jasmani, perkataan TERDIRI ini menunjukkan bahawa
jasmani itu terdiri daripada apa asal usul kejadian awal dan selepasnya
ia juga bererti bahawa jasmani manusia itu TERDIRI dari apa serta
mengapa ia di ciptakan oleh Tuhan Diri ini mula di ciptakan oleh Allah
di mulai ilmunya daripada sejarah ADAM a.s di syurga Khuldi (Jannatul
Khuldi) Anasir awalnya daripada tanah yang di perintahkan oleh Allah
malaikat mengambilnya yang mana tanah pilihan ini mengandungi air,api
dan juga angin dan selepasnya diri terdiri ini di jadikan pula dari
unsur jenerasi kedua iaitu dari wadi,wazi, mani dan juga maknikam iaitu
benih Hawa dan juga Adam Ilmu ini adalah ilmu kajian para doktor
(Anatomi) Yang mana ilmu ini memakan masa yang agak lama untuk di
pelajari dan di selidiki sehingga mereka memperoleh kepakaran dalam
bidang kedoktoran dan sehingga zaman ini belum lagi para doktor berpuas
hati di dalam kajiannya Diri TERDIRI ini secara rengkasnya adalah
terdiri dari apa juga yang terdapat pada sebatang tubuh manusia sama ada
di luar jasmani ataupun di dalam jasmani, ertinya sebatang tubuh
manusia yang TERDIRI dari kepala, tangan, badan, kaki, kulit,daging,
rambut, urat, jantina dan lainnya Diri ini jugalah yang di maksudkan
oleh Allah di dalam al quran sebagai
Maksudnya: Pada hari itu manusia di
beritahu akan apa yang ia telah lakukan dan apa yang ia telah
tinggalkan, bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terha dap
dirinya sendiri, walaupun ia memberikan alasan-alasan (Untuk membela
diri) ( Al Qiyamah 13,14 dan 15)
Ayat yang di atas menunjukkan secara
jelas bahawa diri terdiri ini telah di tentukan oleh Allah untuk menjadi
saksi kepada segala perbuatan dirinya, ini bererti ada diri yang
sebenar yang bersoal jawab dengan Tuhannya sementara jasadnya tetaplah
menjadi saksi, siapakah diri ini ? Diri inilah yang di maksudkan diri
TERP ERI Dan diri inilah juga yang di terangkan oleh Allah sebagai :
(Tuhan yang telah mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai
(Dengan tujuan yang kera nanya di adakan anggota itu) serta menjadikan
(benaan tubuhmu) sama padan dengan kekuatannya (Surah Infitar ayat 7)
Jelas sekali ayat ini menujukkan bahawa tujuan Allah menjadikan jasad
(Diri Terdiri) ini dengan tujuan kerananya iaitu kerana diri Terperi
yang kekuatannya adalah lebih kuat dari diri jasmani akan tetapi di
sebabkan asal usul bahan diri TERDIRI ini di jadikan dari sumber tanah,
air, api dan juga angin yang kemudiannya dari bahan wadi, wazi, mani dan
juga maknikam maka ia di anggap sebagai bahan daya tahan atau cooling
system maka mampulah diri TERPERI itu tinggal di dalamnya dan diri
TERDIRI inilah yang dapat dan mampu memperlihatkan Afal daripada Allah
2. DIRI TERPERI Istilah diri TERPERI adalah melibatkan ilmu yang
berkaitan dengan perkara Kerohanian, asal ilmu ini di petik dari istilah
Rohani yang mengandungi anasir roh,akal,nafsu dan juga nyawa, apa bila
Rohani itu di bahagikan kepada dua maka ujudlah istilah Ruhul Yaqazah
dan Ruhul Hayat, Ruhul Yaqazah mengandungi anasir roh,akal dan juga
nafsu sementara r uhul hayat mengandungi anasir nyawa sahaja Ruhul
Yaqazah inilah yang di kenali sebagai diri TERPERI, diri ini di sebut
TERPERI adalah kerana ia memiliki keupayaan yang tidak ada tolak
bandingnya, ertinya tidak terperi keupayaannya,kehendak dan juga
ilmunya, asal usulnya daripada sifat maani iaitu sifat qudrat,Iradat d
an juga Ilmu, dari qudrat ujud roh, dari Iradat ujud nafsu dan dari ilmu
ujud Akal, semua ini perlu di pelajari dari ilmu sifat 20 tanpanya
adalah sukar untuk di fahami Di dalam al quran cerita Ruhul Yaqazah atau
diri TERPERI ini kita boleh memahaminya melalui surah Al An am ayat 60
FirmanNya:…
Maksudnya: Dan Dialah yang menidurkan
kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang
hari, kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) untuk di sempurnakan
ajal yang telah di tetapkan, kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali,
kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu lakukan
Ayat yang di atas menunjukkan bahawa
kamu itu adalah kamu diri TERPERI iaitu apabila kita di tidurkan oleh
Allah maka roh, akal dan nafsu keluar dari jasad, yang tinggal hanyalah
jasad dan juga nyawa, andainya nyawapun keluar maka ia di namakan mati
Allah berfirman lagi dalam surah Az Z umar ayat 42Maksudnya: Allahlah
yang menguasai segala-galanya, Dia mengambil dan memisahkan satu-satunya
jiwa dari badan, jiwa yang orang sampai ajalnya, dan jiwa orang yang
tidak mati dalam masa tidurnya, kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia
tetap kan matinya dan melepaskan kembali jiwa yang lain kebadannya,
sehingga sampai ajal yang di tentukan sesungguhnya yang demikian itu
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir
Ayat yang di atas menerangkan semua
perkara diri di tahan oleh Allah atas fitrah kehendakNya sama ada Dia
tahan atau Dia lepaskan jiwa-jiwa atau di hukum mati dalam tidur atau
menahan jiwa yang terhukum mati dan melepaskan kembali jiwa ke badan
sehingga sampai ajal, ertinya semasa orang tidur Allah tahan Ruhul
Yaqazah, sementara Ruhul Hayat tetap dengan jasad, apabila Ruhul Yaqazah
di lepaskan kembali ke badan maka terjagalah manusia itu, ini juga
bermaksud bahawa Ruhul Yaqaz ah (diri TERPERI) itu bermaksud Roh yang
menjagakan manusia, ertinya apabila roh,akal dan juga nafsu keluar maka
manusia tidur dan apabila di lepaskan balik pada jasad maka manusia
terjaga Untuk memahamkan lagi konsep diri TERPERI ini maka di sini di
terangkan dengan tafsiran ijtihad ulama mengatakan bahawa
Bi anna fi kulli jasadi ruhaini ihuda
huma ruhul yaqazatillati ajrallahul adata bi an naha iza kanat fil
jasadi kanal insanu mustaiqizon fa iza kho rajat minhu nama wa roo at
til kal ruhul mana mati, wal ukhro ruhul haayatallati aj rollahul adaata
bi annaha iza kaanat fil jasadi kana hayyan faiza faroqot hu mata wa
hatanir ruhaani fi batinil insaani la yu rofu maqor ruhuma illa man at
lamahull ahu ala zalik
Maksudnya: Bahawa setiap jasad itu
ada dua jenis roh, salah satu dari keduanya ialah Ruhul Yaqazah, yang di
alirkan oleh Allah adat. jika ia berada pada jasad, jadilah manusia itu
jaga (sedar) Maka apabila ia keluar daripada jasad, maka tidurlah
manusia dan melihatlah roh (diri TERPERI) itu akan mimpi-mimpi,
sementara ruhul hayat yang di alirkan olehNya adat jika ia berada dalam
satu jasad maka jadilah jasad hidup, apabila ia berpisah dari badan maka
matilah manusia, dan kedua jenis roh ini berada dalam jasad manusia
yang tidak di ketahui tempat ketetapannya melainkan orang yang di
perlihatkan oleh Allah kepadanya atas yang demikian itu Lebih jelas lagi
ilmu diri TERPERI ini jika kita boleh faham ilmu IFTIQAR pada bab sifat
qahar iaitu sifat qudrat,Iradat,Imu dan sifat hayat, yang mana sifat
ini lazim melazimi dengan sifat Maanawiyah (Qadirun, Maridun, Alimun dan
juga Hayyun) dan satu sifat Salbiyah (Sifat Kamal) yang menguasai sifat
qahar yang menyebabkan semua kuasa ini di tangani oleh Ke Esaan Allah
semata-mata yang menghasilkan maksud ayat At Takwir ayat 29, Ash Shafat
96, Al An am 61, Al Baroah 51 dan banyak ayat lagi Ilmu diri TERPERI
inilah yang menyebabkan manusia menanggung azab dan sangsara kerana
disana ujudnya roh, akal dan juga nafsu yang menyebabkan manusia hanyut
dalam ilmu akidah dan perhubungannya dengan Tuhan Yang Maha Esa,
sebaiknya berjumpalah guru yang arif tentang ilmu ini Dengan memahami
ilmu diri TERPERI ini juga maka kenallah kita akan maksud Ammar Rabbi
yang tertakluk di bawah takdir Tuhan atau ilmu yang di namakan qadha dan
qadar, ilmu ini sangat luas, ia perlu di pelajari dengan berpandukan al
quran dan hadis nabi s.a.w dan ilmu inilah yang di kuasai oleh Saidina
Ali r.a yang di muatkan oleh Yusuf Al Qardawi di dalam kitab khutbahnya
Awas kepada yang mempelaj ari ilmu diri TERPERI ini juga harus di
peringatkan supaya jangan mengamalkan fahaman Jabariah, yang sebaiknya
kita perlu merujuk ayat-ayat jabariah sehingga ia dibawa kepada fahaman
ahli Sunnah Wal Jamaah kerana tugas kita sebagai khalifah di bumi ini
tertunai dengan sebaiknya 3. DIRI SEBENAR DIRI Diri ini di kenali
sebagai Insan atau Ruhul Hayat, sebenarnya diri sebenar diri ini
istilahnya sangat banyak ia terpulang kepada individu bagaimana
pengetahuan ini di pelajari oleh peminatnya, walau bagaimanapun istilah
yang paling mirip mengikut al quran perlu di utamakan kerana tiada
keraguan orang ramai untuk menerima ilmu ini, bagi pengarang saya lebih
mirip kepada 3 istilah diri sebenar diri iaitu Insan, Ruhul Hayat dan
juga Nur Muhammad, sekalipun ianya saya utarakan 3 nama akan tetapi ia
tetaplah satu Insan ini di sebut oleh Allah di dalam al quran sebagai
(Sesungg uhnya Kami telah jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian) At-Tin
4, mungkin Insan yang di fahami oleh orang awam berbeza dengan orang
khusus, orang awam memahami Insan itu sebagai manusia pada maksud
keseluruhannya akan tetapi mengikut fahaman orang khusus Insan itu
adalah Diri batin yang mengawal seluruh istilah diri Diri ini di kira
sangat seni dan tidak menanggung dosa kerana diri ini tidak di sertai
sesuatu yang mencemarkan martabatnya dari sempurna dan diri inilah yang
di maksudkan (Barang siapa yang mengenal dirinya maka ia mengenal
Tuhannya) diri ini juga yang bertaraf Sirullah atau rahsia Allah kerana
ke sempurnaannya di kaitkan untuk tangga mengenal Allah yang menjadikan
seluruh alam dan keadaannya tidak menyerupa apa jugapun Mungkin ada di
antara kita yang keliru tentang Insan yang tidak menyerupai apa jugapun
seolah-olah sama dengan keadan Tuhan iaitu LAISA KAMISLI SYAI UN namun
di sini kita perlu terangkan supaya orang yang membaca kitab ini tidak
tersesat dengan mengemukakan hujah al quran yang di petik dari surah An
Nahl ayat 17 ( Kalau sudah begitu adakah Allah yang menciptakan (Zat
yang menjadikan) semua itu sama seperti makhluk (zat yang tidak
menjadikan) yang tidak menciptak sesuatu? Maka patutkah kamu lalai
kerana tidak mahu memikirkannya ? ) Ayat An Nahl 17 di atas menerangkan
bahawa di antara Zat Allah dan Zat manusia adalah tidak sama kerana Zat
Allah ada sifat keagunganNya ( sifat Salbiyah) yang tidak ada permulaan
dan akhirnya sementara zat Manusia ada awal kejadiannya, ini bererti
ianya makhluk yang bertaraf zat yang di jadikan oleh Allah dan manusia
perlu melihat ke dalam diri mereka sendiri, kerana itu Allah suruh
manusia berfikir “Dan di dalam diri kamu itu tidakkah kamu perhatikan ?
Sesungguhnya Insan ini anasirnya daripada nafas, nufus, ampas dan juga
tanafas dan ialah yang menjadi rahsia kepada mengenal ujudnya Zat Allah
sebab itu di kata kan Al Insani sirri wa ana sirrohu dan diri inilah
yang di sebut oleh Allah di dalam Al quransebagai (Dan Dia beserta kamu
di mana saja kamu berada) Al-Hadid 4 dan banyak lagi ayat yang
menyatakan bahawa Dia adalah beserta manusia dan juga hampir di
antaranya ayat Al Baqarah 186, Surah Qaaf 16
MENGAPA DIA DISEBUT SEBAGAI DIRI SEBENAR DIRI
Diri ini di sebut oleh jumhur
Ulama semasa mereka berada di alam Roh adalah sebagai diri yang menjadi
wakil kepada sekalian Roh-roh (roh,nafsu dan akal) bagi menjawab
pertanyaan Allah sebagaimana yang terdapat di dalam al quran pada surah
Al A araf ayat 172
Maksudnya: Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Mereka semua menjawab !!Benar
Engkau ada lah Tuhan kami dan kami menjadi sksi!! yang demikian supaya
kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak, sesungguhnya Kami adalah
lalai (tentang hakikat Tauhid ini ) Ayat di atas menunjukkan janji diri
sebenar diri itu kepada Tuhan yang mereka mahu berTuhankan kepda
penciptanya iaitu Allah dengan berkata kami menyaksikan, ertinya menaik
saksi bahawa tiada tuhan yang wajib di sembah melainkan Allah iai tu La
Illaha Illallah ( ) yang mana kalimah tersebut sebagai pengakuan diri
sebenar diri itu mahu menjadi hamba yang soleh kerana mahu mengamalkan
semua cara hidup berasaskan Lillhi Taala ( )
Mengikut pandangan yang lain ada juga
yang mengatakan bahawa yang mewakili sekalian roh tersebut adalah Nur
Muhammad dan ada juga yang mengatakan Hakikatul Muhammadiayah, semuanya
itu adalah sama iaitu dialah sebagai diri sebenar diri atau Insan atau
Ruhul Hayat 4, DIRI TAJALLI Hanya orang-orang khusus saja yang faham
dengan istilah DIRI TAJALLI ini namun tidak pula terkecuali untuk orang
awam memahaminya asalkan mereka rajin berwirid dengan al quran, DIRI
TAJALLI ini bermula di ceritakan oleh golongan yang menghampiri diri
mereka kepada Allah s.w.t sama ada mereka ingin mengetahui dengan jelas
lagi bagaimana perhubungan manusia dalam soal beribadah (Uluhiyah) Walau
apapun DIRI TAJALLI ini bukan makhluk akan tetapi Rububiyah Kesah
bermula daripada peristiwa Nabi Allah Musa mahu melihat Zat Allah s.w.t
sebagaimana firmanNya dalam surah Al Aaraf ayat 143 Firman Allah s.w.t
Maksudnya: Dan tetekala nabi Musa
datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhanmu berkata
dengannya, maka nabi Musa berkata!!Wahai Tuhankuperlihatkanlah kepadaku
(akan ZatMu) supaya aku dapat memandang kepadaMU, Allah
berfirman!!Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi
lihatlah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada pada tempatnya,
nescaya engkau akan dapat melihatKu, maka tetekala Tuhan mentajallikan
dirinya, kepada gunung itu maka hancur leburlah gunung itu, lalu Musapun
jatuh pengsan, setelah ia sedar semula berkatalah Musa Maha suci
Engkau, aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal beriman ke
padaMu Demikianlah sejarah Tajalli yang di kaitkan dengan ilmu
DIRI TAJALLI.
Istilah DIRI TAJALLI ini ada yang
mengertikan sebagai menunjukkan Diri Zat, ada juga yang mentafsirkan
sebagai menzahirkan, dan ada juga sebagai menampakkan diri Zat itu,
dalam tafsiran pimpinan Ar Rahman menyebut sebagai menzahirkan sifat
kebesaran ZatNya, walau apapun soal pokoknya ialah Zat yang Maha Agong
itu telah me ntajallikan dirinya di bukit Thur Sina lalu bukit itu
menjadi hancur berderai DI RI TAJALLI SATU ANALISA berdasarkan ayat
Tajalli di atas sudah jelas bahawa DIRI TAJALLI itu bukan makhluk akan
tetapi Tuhan dengan sifat keagunganNya yang memiliki sifat yang
berlainan dengan sifat kebesaranNya, saya lebih menumpukan analisa ini
berdasarkan ilmu sifat 20 yang membezakan sifat keagungan dan sifat
kebes aranNya kerana sifat keagunganNya itu adalah sifat yang menetapkan
sifat keagungan DiriNya secara mutlak sementara sifat kebesaranNya
adalah sifat yang di timpakan kepada sekalian makhlukNya sebab itulah
sifat maanawiyah dan Salbiyah berbeza, hal ini perlu di rujuk kepada
guru yang lebih arif Soa l mengapa DIRI TAJALLI ini menjadi rujukan diri
yang di kaitkan dengan diri manu sia ialah kerana ujud sifat salbiyah
(Wahdaniyah) pada sifat Kamal Allah s.w.t hal ini adalah jelas, inilah
yang terdapat pada sifat Iftiqar kerana itu di katakan bahawa semua
perbuatan,kehendak, dan kuasa penggerak adalah datang daripada A llah
s.w.t sila rujuk pada ayat at takwir 29, ayat ash shaffat 96, ayat Al An
am 61, ayat surah al Baroah 51, ayat surah al anfal 17 dan An Nisa 78
dan banyak ayat lagi, dan yang terbaiknya ialah berjumpalah dengan guru
yang arif Jika kita ambil daripada peristiwa Musa ini maka kita dapati
ilmu ini merangkumi dua ilmu yang besar dan asas iaitu ilmu Rububiyah
dan Uluhiyah yang mana ilmu Rububiyah inilah yang di katakan Tuhan
menjadikan sesuatu daripada alam ini, sementara ilm u uluhiyah adalah
ilmu yang membabitkan diri terdiri, diri terperi dan diri sebenar diri
dan yang menghubungkan di antara dua ilmu yang asas ini ialah sifat
Wahdaniyah dari kumpulan sifat Salbiyah. Tuhan tidak di katakan Tuhan
jika Dia tidak bersifat Salbiyah Melihatkan kepada peristiwa nabi Musa
maka jelaslah kuasa Uluhiyah di kuasai oleh sifat Wahdaniyah yang ada
pada sifat Kamal yang menunjukkan bahawa segala sesuatu itu datangnya
daripada Ke Esaan Allah belaka iaitu SETIA PSESUATU ITU DATANG DARIPADA
ALLAH. cuma adalah agak mustahil bagi nabi Musa mahu melihat wajah Zat
Allah sebab kuasa Nur ala Nur itu tersangat kuat sehinggakan bukit Thur
sinapun hancur berderai menjadi abu, itulah sebabnya pandangan para
ulama menyatakan bahawa NUR itu memiliki kuasa yang bukan layak bagi
sekalian baharu mendampinginya dan sebab itulah juga Allah menjadikan
alam yang nyata ini bersumber daripada tanah nurani, air nurani, angin
nurani dan api nurul adhom sebagai pelindung kuasa ketahanan, semua ini
perlu di gurui
PERHUBUNGAN ROHANI DAN ALLAH
Di dalam masalah perhubungan Allah
dan Rohani itu perlu di pelajari dengan penuh hati-hati kerana ia
tersangat seni dan kritis, jika tersilap memahamkannya boleh menjadi
tersesat dan terkeluar daripada fahaman akidah yang sebenar, oleh kerana
perhubungannya dengan Allah ini suatu yang berbentuk kerohanian maka
manusia perlu mempelajari ilmunya dengan betul dan bertanyalah kepada
orang yang Arif, di dalam Al Quran Alla h berfirman (Dan ia tetap
beserta kamu di mana juga kamu berada) Al Hadid 4. ayat ini mengesahkan
bahawa berlaku perhubungan di antara yang tersirat dengan yang Maha
tersirat iaitu perhubungan Rohani dan Allah swt, jika perhubungan ini
tidakberlaku maka tidaklah alam ini menjadi kenyataan dan tidaklah
menjadi bermakna sama sekali, kerana itulah manusia di tuntut
mempelajarinya, jika tidak manusia sentiasa berada di dalam keadaan
syirik dan syirik itu adalah perbuatan yang terkutuk dan di kutuk oleh
Allah swt, oleh kerana perhubungan di antara Rohani ini tersangat
penting maka umat manusia wajiblah mempelajari asas-asas ilmu itu dahulu
sebelum benarbenar memahaminya kerana ilmu ini di sentoh secara amnya
sahaja di dalam Al Quran, kerana itu ulamak berijtihad untuk menyusun
mengikut Nas yang terdapat di dalam Al Quran dan Hadis Rasullullah saw,
sehingga kedudukkannya dapat difahami walaupun tidak semestinya menepati
maksud yang sebenarnya, namun apa yang penting jangan sampai terjebak
dengan perbuatan syirik, kerana itu penulis menganjurkan supaya di
pelajari ilmu ini dengan ilmu sifat dua puluh yang berasaskan
kerohanian, jika tanpa kerohanian maka ia tidak akan membawa kepada
kefahaman yang sebenar dan tidak akan bertemu dengan ilmu kerohanian,
adapun ilmu kerohanian ini di sebut oleh Allah di dalam Al Quran
sebagaimana firmanN ya Maksudnya: Dan mereka bertanyakan kepadamu
tentang Roh, katakanlah “Roh itu adalah urusan Tuhanku, dan kamu tidak
di berikan ilmu (tentangnya) melainkan sedikit sahaja (Bani Israil 85)
Ayat yang di atas adalah menunjukkan bukti kokoh tentang ujudnya makhluk
yang bernama Roh (Kerohanian) tersebut, makhluk ini di cipta oleh Allah
untuk mengabdikan dirinya kepada Allah dan telahpun mengakui bahawa dia
telah membuat pengakuan di alam Roh, demikian di terangkan oleh tafsir
Al Quran pimpinan ArRahman pada bab petunjuk ayat muka surat 1465 bab
tauhid dan rujukkan pada ayat Al A’araf 172 dan di katakan juga Roh itu
adalah kepercayaan Tauhid dan rujukkannya pada ayat Al Baqarah 255 ini
menunjukkan bab Roh ini adalah persoalan akidah dan juga di katakan
bahawa orang yang tidak mengambil berat tentang tauhid adalah golongan
orang-orang kafir yang fanatik buta. Kita kembali kepada ayat bani
Israil ayat 85 yang menerangkan bahawa Roh itu di uruskan oleh Allah dan
ilmu tentangnya di perkenalkan oleh Allah hanya sedikit, maksudnya
tidak meluas Apa yang kita kena faham ialah soal ilmu Roh yang sedikit
itu ialah supaya manusia tidak menyelidik ilmu tentangnya secara meluas,
umpamanya Roh itu dijadikan oleh Allah daripada bahan apa? sepertimana
Allah jadikan Adam daripada tanah, kerana soal kerohanian ini bukanlah
setakat Roh sahaja akan tetapi apa-apa yang berbentuk kerohanian adalah
termasuk ilmu Rohani, iaitu ilmu makhluk yang tidak dapat di lihat
dengan mata kasar, kepada umat islam jika mereka mengkaji Roh maka itu
adalah satu bab sahaja dari bab kerohanian tersebut maka tidaklah wajar
bagi manusia takut untuk mengkajinya malah yang dikaji itu ada di dalam
batang tubuhnya sendiri, lojiknya apa yang ada didalam rumah kita pun
wajib kita mengetahuinya atau apa yang terdapat di dalam poket kitapun
wajib kita mengetahuinya sama ada yang benar ataupun yang salah, didalam
asas ilmu Roh ini jika kita kata kana bahawa ia di uruskan oleh Allah
maka asas ilmu iftiqar pada ilmu sifat dua puluh adalah yang paling
tepat untuk kita memahaminya kerana ilmu Roh itu berlegar pada sifat
Qahar Allah swt dan yang menguruskan Roh itu adalah sifat Kamal Allah
swt, yang mana ia di kuasai oleh ke Esaan Allah itu sendiri, jika tidak
mana mungkin manusia boleh memahami ilmu Roh itu jika tidak melalui ilmu
tersebut inilah satu-satu ilmu yang lebih terang dan jelas untuk di
fahami, namun ilmu ini pula menjadi bahan ketakutan manusia untuk
mempelajarinya kerana di katakan merb ahaya dan di rujuk pula kepada
sebab dan musabab pandangan mazhab wahabi yang telah mengharamkan ilmu
sifat dua puluh itu kerana di katakan membawa kepada kemunduran dan
khurafat
NILAI KEROHANIAN
Allah swt menilai makhluk kerohanian
ini dengan nilai yang tinggi dan utama, namun manusia memandang rendah
dan tiada nilai, jika manusia menilainya sudah pasti manusia
mempelajarinya dan mengambil berat tentangnya, sehinggakan makhluk Allah
yang bernama Malaikat dan Jin pun di perintah oleh Allah sujud
kepadanya, sebagaimana firmanNya: Maksudnya: Maka apabila Aku
sempurnakan dia (Adam) dan Aku tiupkan padanya Roh dariKu maka hendaklah
kedua kamu sujud kepadanya (Al Hijr 29) Ayat yang di atas menerangkan
selepas sahaja Allah swt mencipta Adam dengan sempurna (Berbentuk
manusia) maka Allah pun meniupkan Roh (ciptaan) Tuhan ke dalam jasad
Adam, selepas itu Allah swt memerintahkan kepada Malaikat dan Jin sujud
kepada Adam, ayat ini jelas menunjukkan bahawa nilai Roh itulah yang
menyebabkan Allah swt memerintahkan keduanya sujud kepada Adam, ertinya
Roh inilah yang bernilai di sisi Allah swt walhal jika nilai Adam
terletak pada batang tubuh Adam (jasmani) maka lebih awallah Allah
perintahkan kedua makhluk itu sujud, dan sebenarnya pada Roh itulah
terletaknya nilai kemanusiaan tersebut, oleh kerana nilai manusia ada
pada Roh mengapa manusiatidak mahu mengenal Roh sehingga ada yang
menakutkan untuk mengenalnya? malah ada yang melarang untuk
mempelajarinya, dan jika kita menganggap bahawa manusia itu adalah
makhluk yang sempurna maka yang menyebabkan kesempurnaannya adalah
Roh,ini juga bererti bahawa yang tersirat itu adalah Roh kerana yang
tersiratlah maka manusia menjadi mulia ini jelas jika perhatikan
benar-benar peristiwa lurutan ayat Al Hijr 29 di atas, manusia yang
telah di lengkapkan oleh Allah Akal tentu nya tiada berasa masalah untuk
memahaminya, kerana itu janganlah manusia terlalu tertekan dengan
larangan oleh pemikiran dan pandangan orang yang berfikiran sem pit
tentang memperkatakan tentang Roh tersebut, Allah swt juga tidak menegah
man usia untuk memikirkan tentangnya secara biasa, kerana itulah Allah
swt menyatakan “kamu tidak di berikan ilmu Roh itu kecuali sedikit”.
LAILATUL QADAR SUATU ANALISA
Kita perhatikan dahulu ayat Al-Qur’an
yang berhubung dengan peristiwa ini, kerana bukan sahaja orangorang
tasauf dan kerohanian yang menunggu-nunggu akan masa, hari dan waktu
tersebut bahkan orang-orang awam juga menunggu sama kerana
mahukeberkatannya. Firman Allah: Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah
menurunkannya pada malam kemuliaan dan sudahkah engkau tahu, apakah
malam kemuliaan itu? Malam kem uliaan itu lebih utama daripada seribu
bulan, turun malaikat dan roh pada malamitu dengan izin Allah, mereka
membawa pokok-pokok (berkat) dari tiap perintah, sejahtera dia sehingga
terbit fajar. (Al-Qadr 1-5) Ayat 1, Allah menerangkan Kami(Asmak) telah
menurunkannya, iaitu menurunkan suatu anugerah kepada hambaNya, ia
merupakan anugerah yang tinggi dibawakan oleh malaikat dengan izin Allah
pada malam kemuliaan, maksudnya ialah suatu malam yang penuh berkat.
Para pentafsir bermacam-macam pandangan tentang malam kemuliaan
tersebut, ada yang mengatakan pa da 17 Ramadhan, ada yang mengatakan 24
Ramadhan, ada yang mengatakan 21 Ramadhan, ada yang mengatakan 1 hingga
30 Ramadhan, akan tetapi ramai para ulama’ yang mengatakan pada 10 akhir
daripada bulan Ramadhan tersebut. Mereka menyatakan berbagai-bagai
alasan tentang masanya dan ada pula yang mengatakan malam tersebut tidak
berlaku langsung kerana apa yang sebenarnya tentang malam itu ialah
berlaku hanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w sahaja iaitu pada masa
Nuzul Al-Qur’an iaitu p ada 24 Ramadhan sehinggalah 23 tahun sesudah itu
(10 tahun di Mekah dan 13 tahundi Madinah). Baginda berhubung dengan
Tuhannya dialam Malakut sehinggasempurna lah Al-Qur’an itu. Selepas
waktu itu tidak ada lagi malam Lailatul Qadar tersebut, dan
berbagai-bagai pandangan yang dibuat dengan alasan-alasan yang tertentu
dan hikmahnya.Lailatul qadri Malam kemuliaan atau malam Lailatul Qadar
itu dikatakan lebih utama daripada 1,000 bulan iaitu bersamaan 83 tahun 4
bulan, turun malaikat dan roh pada malam itu, maksudnya turun malaikat
Jibril (yang juga di kenali sebagai roh iaitu Ruhul Amin, Ruhul Quds).
Semua istilah itu dipegang oleh malaikat Jibril kerana hanya malaikat
Jibril sahaja yang bertugas membawa khabar gembira. Baginda dapat
melihat rupa Jibril 2 kali dalam keadaan sebenar dan menyamar sebagai
manusia biasa sekali iaitu menyerupai sebagai seorang sahabat Nabi
bernama Dahiyyah Al-Kalby semasa baginda bersama-sama para sahabatnya.
Setiap kali Jibril turun, ia akan membawa pokok-pokok yang bererti
petunjuk-petunjuk daripada Allah s.w.t. dan diakhir ayat disebut,
sejahtera dia sehingga terbit fajar. Maksudnya baginda Rasulullah (pada
zamannya) dan kepada siapa yang Allah hendak tunjukkan diantara hambaNya
yang bertaqwa dan beriman terpulanglah kepada Allah sendiri yang
membuat penentuanNya. Walaupun berbagai-bagai pandangan yang di berikan
oleh para alim ulama’ berkait dengan Lailatul Qadar ini, akan tetapi
disini diperturunkan pula pandangan daripada ulama’ Saufi tentang
masalah Lailatul Qadar ini. Rasanya ini tersangat penting untuk
diketahui oleh setiap golongan tertentu termasuklah orang-orang awam
kerana banyak memeningkan kepala kepada mereka yang berhajat berjumpa
dengan malam tersebut. Kerana itu, ikutilah pandangan seperti dibawah
ini, 1. Lailatul Qadar itu sesungguhnya ada dan berterusan sepanjang
zaman dan ianya berlaku pada bulan Ramadhan. Setiap manusia hendaklah
memulakan amal ma’aruf dan nahi mungkar dari awal Ramadhan lagi supaya
kemantapan iman diperolehi apabila bersua dengan peristiwa tersebut.
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Ahmad,
Tarmizi, Abu Daud yang diperolehi daripada Ubai Bin Ka’ab, Maksudnya:
Demi Allah! Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya
(Lailatul Qadar) itu berada dibulan Ramadhan. (pergiliran padamalam
angka ganjil pada 10 malam akhir dibulan Ramadhan tersebut kita
pulangkan kepa da Allah sama ada pada malam 23, 25, 27 dan 29) 2. Sabda
Rasulullah s.a.w yang d iriwayatkan oleh Ibn Abbas, Maksudnya:
Bilangan-bilangan yang disukai oleh Allah adalah yang ganjil dan yang
paling disukai diantara yang ganjil itu adalah angka tujuh, maka
disebutkanNyalah langit yang tujuh, bumi yang tujuh, hari yang tujuh,
tingkatan-tingkatan neraka, bilangan- bilangan tawaf, anggota yang
tujuh, maka menunjukkan bilangan itu bahawa Lailatul Qadar dimalam yang
kedua puluh tujuh . 3. Rasulullah s.a.w apabila berjumpa dengan seorang
lelaki dari Bani Israil yang sentiasa menyandang senjata pada tengkuknya
yang digunakannya untuk berjihad kepada jalan Allah selama 1000 bulan
iaitu 83 tahun empat bulan dan Baginda Rasu lullah tersangat
mengaguminya walaupun umurnya dianggapkan sebagai sudah tua, akan tetapi
masih bertenaga dan kuat, lalu Baginda mengharap umatnya mencontohi
Bani Israil tersebut, akan tetapi memandangkan suasana fitrah alam yang
sudah akhir zaman maka Baginda Rasulullah berdoa untuk umatnya,
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Engkau jadikanlah umatku yang paling pendek
umur mereka dan yang paling sedikit amalan mereka. Dengan Baginda
Rasulullah tersebut maka Allah memperkenankan doa kekasihnya lalu Allah
kurniakan Lailatul Qadar khusus kepada umat Muhammad. Kerana itu apa
yang disebut sebagai Lailatul Qadar bagi zaman kita ini ianya adalah
benar akan wujudnya dan masih ada lagi. Adapun qaul yang mengatakan
Lailatul Qadar tersebut telah diangkat oleh Allah ialah mereka
mengambildar iDalil seperti..
Maksudnya: Aku keluar untuk
memberikan kepada kamu dengan Lailatul Qodri, maka bermarahmarahan
sipolan dan sipolan lalu diangkatlah (Lailatul Qadar). Dengan hadis
tersebut diatas maka kebanyakan ulama’ mengata kan bahawa Lailatul Qadar
itu telahpun diangkat, akan tetapi apa yang diangkat adalah ketentuan
malam turunnya Lailatul Qadar tersebut bukannya Lailatul Qadar itu
kerana kebanyakan manusia yang berselisih adalah malam qadar itu
diangkat kerana ada diantara manusia ketika zaman tersebut masing-masing
membuat andaian seh ingga timbul pertelagahan sesama sendiri atau ada
yang iri hati lalu malam turun nya tidak dinyatakan kerana telah
diangkat. Kerana itulah Sambungan ayat tersebut diatas ada menyatakan,
Maksudnya: Dan semoga adalah hal tersebut menjadi kebaikan bagi kamu
maka tuntutlah ia (Lailatul Qadar) pada malam-malam yang akhir. Maka
jelaslah sudah bahawa Lailatul Qadar itu masih wujud, dan malam akhir
itu adalah bermaksud akhir bulan Ramadhan (10 hari akhir Ramadhan). 4.
Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Umar r.a, Maksudnya:
Barangsiapa yang berusaha menuntutnya, maka hendaklah dituntutnya pada
malam dua puluh tujuh. 5. Melalui ijtihad mengikut kaedah surah Al-Qadr
ayat 1 hingga 5 mengikut kaedah hurufiah pada bilangan huruf kepada
perkataan Lailatul Qadar tersebut. Huruf tersebut ialah Lam, Ya Lam, Ta
Alif, Lam, Qof, Dal dan Ro. Jumlahnya adalah 9 huruf, sementara
perkataan Lailatul Qadri itu hanya terdapat pada tiga ayat sahaja
didalam Al-Qur’an, iaitu pada surah Al-Qadr itu sendiri iaitu pada ayat 1
hingga ayat 3. kera na itu dikalikan 9 huruf itu dengan 3 malam qadar
jadi jumlahnya adalah 27 malam , maksudnya malam yang ke-27 Ramadhan.
Secara kebetulan pula perkataan yang terdapat pada surah Al-Qadr itu
semuanya berjumlah 30. ini menunjukkan bilangan hari didalam bulan
Ramadhan dan pada ayat yang kelima dari surah ini terdapat pula kalimah
“Hiya” iaitu perkataan yang ke-27 yang menunjukkan matlamat malam qadar
terse but iaitu Salamun Hiya (sejahteralah ia) iaitu orang yang beramal
dan mendapat kemuliaan sehingga fajar. Adalah diingatkan bahawa
seseorang yang mahu merasakan malam keutamaan yang berdarjat 1000 bulan
itu janganlah mengharapkan akan ketibaan malam tersebut untuk beribadat,
ianya mestilah dimulai daripada sekarang hingga bila-bila kerana jangan
apabila ada peluang yang baik baru mahu beribadat kepada Allah. Rezeki
ilmu di Malam Lailatul Qadar Lailatul qadar yang di tunggu sudahpun
berakhir walau apapun rahmat Allah tetap tidak berwaktu kepada sesiapa
yang Allah hendak kurniakan, rahmat Allah tidak terkira banyaknya cuma
kepada orang orang khusus rahmat Allah tetap di cari semperna dengan
bulan ibadah dengan kete tapan pada malam qadar mengikut maksud ayat al
quran Kepada mereka yang beramal syuhud pada sepanjang bulan ramadan dan
malam bulan ibadah sebelumnya mereka sangat mengharapkan kurniaan Allah
pada kefahaman ilmu mengikut konsep sifat 20 nam un pada hakikat diri
yang mengingat Allah tidak berputusan itu tetap juga mengha rapkan
sesuatu petunjuk daripada Allah Apabila kita menarik nafas ataupun nyawa
maka tetekala kita mengingat Diri Zat maka teringatlah kita akan
keagungan Tuhan yang lima perkara iaitu sifat Salbiyah dan sifat
kalanNya yang enam iaitu sifat sama a, bashar dan kalam yang di kuasai
oleh Samiun,Basyirun dan Mutakallimun Apabila kita turunkan nafas
tetekala kita mengingat Allah maka teringatlah kita kepada ZatNya,
AsmakNya, SifatNya dan AfalNya sekali gus kita juga mengingat ZatNya
yang Maha Esa pada sifat Kamal, kita ingat sifat kebesaran Allah (Asmak)
pada sifat qadirun, Maridun,A limun dan Hayyun, kita ingat pula sifat
makhluk pada sifat qahar dengan mengingat sifat Qudrat,Iradat,Ilmu dan
Hayat yang menjadi Rohani, dan kita ingat Af al Allah dengan mengingat
batang tubuh kita yang menjadi penghuni kepada Rohani Adapun sifat Diri
Zat itu di dalam ilmu sifat 20 di namakan sifat Istaghna dan kita ingat
diri kita yang beserta Allah dalam ilmu sifat 20 yang bernama Iftiqar,
sifat Istaghna mengandungi sifat Jalal dan Jamal sementara sifat Iftiqar
adalah sifat yang mengandungi sifat Qahar dan Kamal, ini bererti bahawa
apabila kita mengingat Zat maka kita ingat DiriNya dan apabila kita
ingat Allah maka kita ingat kita beserta Allah
CERITA DARI MASJID NABAWI
Satu minggu sebelum Pak Karamu pulang
ke tanah air Pak Karamu/Umarak Dagang telah berjumpa dengan seorang
yang Pak Karamu anggap orang besar agama di dalam masjid Nabawi, dia ini
datang dari Indonesia dan di iringi oleh beberapa orang pengiringnya
termasuk orang arab sendiri Apabila dia berada di dalam masjid dia
membaca al quran yang di unjukkan oleh seorang arab, apabila masuk waktu
solat orang arab datang ambil al quran daripadanya dan meletakkan al
quran itu di tempatnya balik iaitu di tiang masjid yang ada tempat
khusus al quran, bersamanya ada 9 orang pengiring mereka semua
berpakaian seperti orang arab Pak Karamu hanya memerhatikan saja, dalam
hati Pak Karamu mungkin dia ini orang besar agama dan mungkin selalu
datang ke tanah suci ini sebab ramai orang arab yang kenal dia atau dia
ini pensyarah di university Madinah fikir Pak Karamu, pada hari juma at
Pak Karamu pergi awal ke masjid seorang diri orang lain belum lagi ramai
datang Setelah lebih kurang 1 jam di masjid tetiba orang Indonesia ini
masuk ke dalam masjid duduk pula bersebelahan Pak Kramu dan pengikutnya
juga sudah berada di kiri kanan Pak Karamu, dia salam Pak Karamu dan
pengikutnya juga turut salam, di sebabkan waktu masih lagi lama dia sapa
Pak Karamu ” Dari mana ? Sapanya Pak Karamu jawab rengkas “Malaysia ”
jawab Pak Karamu, dari negara islam hadhari ? Katanya sambil tersenyum,
dalam hati Pak Karamu dia ni perli nih ! Jawab Pak Karamu tidak !
Selepas solat jumaat dia salam dan pegang tangan Pak Karamu agak lama
kemudian dia sebut al hamdulillah ! kemudian tercetus dari Pak Karamu
secara tetiba saja entah mengapa Pak Karamu bagitahu dia ! Pak ! dalam
masjid ini banyak Allah ! sambil menunjukkan kali mah Allah yang begitu
banyak di setiap tiang dalam masjid haram tersebut, Allah banyak ?
katanya kehairanan jawab Pak Karamu Ya ! Allah banyak ! Kemudian kami
masing -masing terdiam selang tak berapa lama dalam anggaran 10 minit
dia pula berkata !!Ya ! memang banyak ! Kemudian dia terangkan !t oleh kerana kalimah Allah itu ada lah asmak tentunya asmak Allah itu banyak ! katanya, kemudian Pak Karamu tanya l agi !!jika
demikian mahu sembah Tuhan yang mana satu ? tanya Pak Karamu jawabnya U
Masya Allah yang jelas ada ilmu tauhidul Zat,Asmak,sifat dan juga af al
!t kata nya!! Pak Karamu terus tanya dia ” mahu sembah yang mana satu
jika tidak tak perl u datang haji bikin capek dan habis wang saja!!
jelas Pak Karamu kemudian dia anggok, kemudian Pak Karamu terangkan
bagaimana mereka yang datang haji tapi bertalbiyah dengan lenangan air
mata sedangkan mereka tidak mengenal Tuhannya ? Syarat Allah itu jika
kamu tidak arif dengan dirinya maka dosa kamu tidak terampun kerana satu
dari syarat keampunan Tuhan ialah Faman aroofani ! (barang siapa yang
mengenaliKu) ertinya baru boleh sebut Labbaika la syarikalakalabbaik !
ha baru Pak Karamu nampak kelopak matanya merah lalu dia salam tangan
Pak Karamu, ini adalah ingatan Pak karamu kepada seluruh umat islam jika
pergi Makkah tentukan kamu tidak dalam keadaan syirik kerana tidak
mengenal Tuhan
IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH 1
Adakah manusia ingat bahawa setiap
daripada kita telah berbai’at kepada Allah dan telah berikrar dan
berjanji untuk bertuhankan kepada Allah di alam Roh ? Tentunya tidak
ingat atau tidak tahu langsung kerana khabar beritanya sudah begitu
lama, lalu Allah peringatkan kembali melalui FirmanNya ayat An Nahl 89
yang maksudnya: “Dan Kami turunkan kepada kamu al kitab (al Quran) untuk
menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira
bagi orang yang menyerahkan dirinya!! Ayat di atas memungkinkan kepada
manusia supaya jangan lagi mengadakan alasan-alasan untuk menafikan
bahawa dia tidak pernah berjanji dan tidak mengenali Allah kerana Allah
telah terangkannya di dalam al Quran seperti ayat al A araf 172 yang
bermaksud: !.. Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Maka semua menjawab
(manusia) Benar ! Engkaulah Tuhan kami, kami menjadi saksi, dan yang
demikian supaya kamu tidak berkata pada hari qiamat Kami adalah lalai!!
Dan ayat ini di kokohkan lagi oleh ingatan Allah kepada manusia melalui
An Nahl ayat91 yang bermaksud : “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah
apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu
itu sesudah kamu mengokohkannya …! Dengan ayat yang di atas rasanya
tiada alasan bagi manusia hendak menolak yang kita pernah mengenali
Allah kerana Allah telah ingatkan kita dengan menurunkan ayat-ayatNya,
pokok persoalannya siapa diri kita yang sebenarnya yang pernah berjanji
itu dan bagaimana keadaannya? dan bagaimana pula keadaan Allah ketika
itu ? Apa yang kita tahu Allah juga telah menyatakan keadaaNya berupa
Zat Laisa kamishli syaiun (tidak berupa apa jugapun) dan semua ini telah
di terangkan oleh Allah bagi orangorang yang menyerahkan dirinya Orang
yang telah menyerahkan dirinya ? Persoalan timbul diri yang mana yang
hendak di serahkan dan bagaimanakah kendak menyerahkannya dalam erti
kata Tawakkal Alallah ! Ada pandangan dari ulama khlaf bahawa terlalu
sukar untuk menyerahkan diri kerana adanya kejadian jasad yang anasirnya
sebagai penghalang untuk mempraktikkan bertawakkal kepada Allah kerana
sifat jasad itu anasirnya dari atom-atom tanah,air,api dan angin yang
kuasanya mampu menghalang dari bertawakkal sedangkan Allah bagi tahu
bahawa jasad atau anasir jasad di jadilan hanyalah untuk menjadi saksi
sajaha atas perbuatan manusia jadi apa kuasa penghalang yang ada padanya
? Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Qiyamah ayat 14 dan 15 yang
bermaksud: ” Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap
dirinya sendiri walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela
diri)
IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH II
Ada nas yang manusia itu telah
berikrar kepada Allah bahawa mereka akur berTuhankan ALLAH semasa mereka
di alam Roh lagi ketika zaman itu Allah belum lagi mencipta alam yang
lain, manusia yang di maksudkan disini adalah tanpa jasad iaitu Rohani
yang lengkap Nyawa, akal, nafsu dan roh, maka ke empat-empat inilah yang
di katakan manusia, mereka apabila telah di cipta oleh Tuhan maka di
tempatkan di alam Roh dan di sanalah mereka ini di ambil saksi oleh
penciptaNya dengan bertanyakan kepada mereka seperti yang di nyatakan
oleh Allah pada surah Al A araf 172 Pada zaman tersebut hanya saksi
daripada manusia sahaja yang di ambil sedangkan ibadat mereka belum lagi
di perintah oleh Allah kerana jasad mereka belum lagi di cipta oleh
Tuhan ini bererti diri manusia itu tidak boleh beribadat melainkan ia
memiliki jasad sebagai saksi atas perbuatan atau gerak geri ataupun
ibadat mereka sebab itu Allah terangkan kepada kita bahawa anggota
manusia itu sebagai saksi terhadap dirinya sendiri walaupun ia memberi
alasan untuk membela diri Al Qiyamah 14 dan 15 Nah sekarang jelas bahawa
diri manusia yang bernama Rohani itu tetap juga mahu berbohong kepada
Allah sekalipun dia telah berikrar mahu berTuhankan kepada Allah semasa
ia di alam Roh, apakah ikrar manusia mahu berTuhankan kepada Allah
semasa di alam Roh ? Ikrar manusia ialah apabila manusia berkata “Ana
abduka Ibni abduka la ma abud ghoirika illa Anta!! (aku hamba Kamu,
anak-anak hamba Kamu, aku tidak meng abdikan diriku melainkan kepada
Kamu) yang membawa maksud !!Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Allah !
ertinya di alan tersebut buat pertama kalinya kaliamah ikrar itu di
lafazkan iaitu LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULLULLAH Maka sejak di
alam Rohlah juga manusia mengakui bahawa dirinya hamba kepada Tuhan
ertinya ikut semua perintah Allah dan tinggalkan laranganNya yang
membawa maksud Lillahi Taala, maka itulah maksud LA ILLAHA ILLALLAH, so
sekarang kita bagaimana ? Adakah kerja buat kita sekarang berasaskan
Lillahi Ta ala atau sebaliknya ? Umpamanya kerja-kerja mungkar adakah
Lillahi ta ala ? Kerana itu ada tegah dan ada suruh walaupun pada
hakikatnya semua itu datang dari Allah !!kullum min indillah!!(segala
sesuatu itu datang dari Allah) pada bab ini kita kena belajar qada dan
qadar pula supaya tidak terkeliru Sebaik saja kita di ambil kesaksian
maka tinggallah kita di alam Roh menunggu arahan daripada Allah bila
kita dapat menjadi hamba kepadaNya untuk menjalankan amanat La Illaha
illallah ? Jawabnya sehingga Allah menjadikan Adam manusia pertama yang
Allah jadikan dari bahan zat tanah, air, api dan angin bukan dari tanah
yang kita fahami sekarang ini, ia adalah dari istilah-istilah sain iaitu
atom-atom yang halus yang terdiri dari jauhar fardhi ataupun jirim dan
jisim yang bahasa sekarang di kenali sebagai atom, neutron, proton, ion,
elektron, neukles dan sebagainya Ringkasan sejarah empat anasir Nur
Muhammad Mengunjungi empat Anasir Alam Yang Nyata Selepas Allah s.w.t
menjadikan Rohani maka Allahpun jadikan empat sumber alam yang nyata
yang terdiri dari Tanah Nurani, Air Nurani, Angin Nurani dan Api Nurul
Adhom, anasir ini seperti yang di nyatakan pada usul diri yang ke 72,
selepas saja anasir yang empat ini di cipta oleh Allah maka Allah
perintahkan kepada Nur Muhammad (Hakikatul Muhammadiyah) pergi melawat
ke empat-empat anasir tersebut (ketika ini tiada satu alam nyatapun yang
ujud) Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa ketika ini manusia
jasmani belum lagi di jadikan Allah seperti yang di nyatakan dalam
quran Al Insan ayat 1 kemudian di sambung pada ayat Al Baqarah 29 dan
pandangan quran Fi Zilalil Quran terjemahan syed Qutub Kunjungan Nur
Muhammad Kunjungan Nur Muhammad (Jangan kaitkan dengan Muhammad saw)
pada peringkat ini, kunjungan pertama kepada anasir angin nurani dan
salam di beri, lalu salam di sambut, ketika ini angin nurani
memperlihatkan sikap dan sifatnya kepada Nur Muhammad, dia menjangkakan
tiupannya yang kecang serta egonya dapat mempersonakan Nur Muhammad,
lalu Nur Muhammad berkata !t Adakah engkau menyedari akan
kelemahanmu ? Jawab angin nurani !!Engkau lihat aku kuat, aku hebat dan
aku akan di tempatkan di langit dan juga bumi!! Jawab Nur
Muhammad ” Adakah engkau menyedari bahawa engkau akan di pergunakan oleh
manusia, jawab angin ” jika demikian engkau rupanya lebih baik daripada
aku, jawab Nur Muhammad !!Aku adalah makhluk Allah yang di
jadikan sama seperti kamu hanya Allah sahaja yang terlepas dari serba
kekurangan Selepas Nur Muhammad mengunjungi angin maka dia pergi pula
mengunjungi Api Nurul Adhom yang pada ketika ini sedang memperlihatkan
sikap dan sifatnya, lalu Nur Muhammad memberikan salam kepadanya lalu
Api menyahut salamnya, kemudian dia terus memperlihat sikapnya yang di
anggap kuat dan hebat apabila aku di sentuh atau menyentuh nescaya
musnahlah sesuatu itu, lalu Nur Muhammad berkata ! Adakah engkau
menyedari bahawa satu hari nanti manusia akan mempergunakan kamu ? Jawab
Api jika demikian engkau lebih baik daripada aku, jawab Nur Muhammad
aku adalah hamba yang Tuhan jadikan sama seperti kamu juga, hanya Tuhan
saja yang tiada cacat celanya.
Selepas mengunjungi Api maka Nur
Muhammad pun pergi mengunjungi Air, ketika ini Air sedang memperlihatkan
sikap dan sifatnya, lalu Nur Muhammad memberikan salam kepadanya, lalu
salam itu di sambut, Air berkata tidakkah engkau melihat kehebatanku ?
Aku ganas, aku kuat, Aku pemusnah, tiada siapapun yang menandingi aku,
lalu Nur Muhammad berkata !t Tidakkah engkau tahu satu hari nanti kamu
akan di pergunakan dan di perintah oleh manusia ? Jawab Air !t Jika
demikian kamu lebih baik daripada aku !tjawab Nur Muhammad !Aku adalah
hamba Tuhan sama seperti kamu hanya Allah saja yang tiada cacat celanya
Akhirnya Nur Muhammad pergi pula berjumpa dengan Tanah Nurani lalu
memberikan salam kepadanya, salam itu di sambut oleh Tanah dengan
baiknya, ketika ini tanah sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya yang
tenang, dia tidak bongkak, sombong, ego, malah dia sentiasa merendahkan
dirinya, lalu Nur Muhammad memperkenalkan dirinya yang di perintah Allah
untuk mengunjungi Angin, Api, Air dan dia sendiri lalu Nur Muhammad
berkata !t Engkau sesungguhnya akan menjadi kekasih kepada Allah
(Muthmainnah) Jawab Tanah !tEngkau rupanya lebih baik
daripada Aku, lalu jawab Nur Muhammad !t Sesungguhnya aku sama seperti
kamu iaitu hamba kepada Tuhan yang menjadikan aku, hanya Tuhan yang
tiada cacat dan celanya Selepas Nur Muhammad mengunjungi le empat-empat
anasir tersebut maka Nur Muhammadpun melaporkan kepada Allah hasil
selidiknya, lalu Allah berfirman : Sesungguhnya Aku telah memakluminya
dari ilmuKu sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia (jasmani) dari
Empat anasir tersebut kerana Aku tidak mahu bersikap tidak adil terhadap
empat anasir yang Aku jadikan serentak (KUN) itu, sejarah anasir ini di
padankan dengan firman Allah dalam surah al anbiya ayat 30 dan 32 dan
surah al fussilat ayat 9 hingga 12 serta surah qaf ayat 38 Demikianlah
rengkasan cerita asal usul alam yang nyata yang Allah jadikan dari empat
anasir tersebut yang mempunyai berbagai ragam makhluknya untuk renungan
kita bersama dan melihat perangai setip daripada kita dan alam yang
lain Perangai Manusia Mengikut Sifat Unsur Tanah, Air, Api Dan Angin
Asal tanah daripada air, asal air daripada angin dan asal angin daripada
api, ke empat-empat anasir ini berasal daripada Nur, tanah yang di
sebut oleh Allah asal kejadian manusia (jasad) yang berbagai perangai
dan sikap adalah asas ujudnya air, angin dan api sebagai pengimbang
ketahanan diri jasmani apabila Rohani di tempatkan padanya Di dalam
sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Tarmizi menyebut begini:
Maksudnya:Sesungguhnya Allah !!Azza Wajalla telah menciptakan
Adam dari segenggam tanah dari unsur semua zat tanah, maka telah
terbentuk keturunan Adam menurut sifat unsur itu, di antaranya berkulit
merah,hiam,sawo matang ada yang berkulit halus dan kasar dan ada yang
baik dan ada yang jahat Ibnu Abbas dan Ibnu Mas ud serta sahabat yang
lain menyatakan Allah telah memerintahkan kepada Malaikat Jibrail turun
ke bumi untuk mengambil tanah pilihan, sesampainya ke bumi tanah tidak
mengizinkan ia di ambil kerana menganggap ia suatu perbu atan membuat
kerosakan lalu ia berkata ” Auzubillahi minka!! jangan engkau merosakan
aku, lalu Jibrail naik berjumpa Tuhan dan berkata ” Ya Tuhanku tanah
tidak membenarkan dan ia berlindung atas namaMu dan tanah takut Adam
akan membuat kerosakan, lalu Allah memerintahkan malaikat Mikail turun
kebumi untuk mengambil tanah, sampai ke bumi masalah yang sama berlaku
yang mana tanah berkata A uzubillahiminka, kemudian Allah perintahkan
kepada malaikat Israfil pula turun ke bumi juga masalah yang sama
berlaku yang mana tanah tidak mengizinkan ia diambil, akhirnya Allah
utuskan pula malaikat Izroail pula turun ke bumi untuk mengambil tanah
pilihan, tanah tetap juga dengan pendiriannya namun malaikat Izroil
berkata pada bumi samaada kamu bagi atau tidak aku tetap juga akan
mengambilnya kerana ini adalah perintah daripada Allah, jika engkau
engkar maka derhakalah engkau kepada Allah Tanah tiada pilihan lain
melainkan membenarkan malaikat Izroil mengambil tanah untuk mencipta
manusia (Adam yang awal) yang menjadi keturunan manusia, maka sejak dari
peristiwa tersebut maka bermulalah malaikat Izroil memegang amanah
Tuhan untukmengambil nyawa segala makhluk Allah tanpa mengenal belas
kasihan atas perintah Allah kepadanya kerana itulah nyawa setiap manusia
tidak akan dapat di lambatkan atau di percepatkan walau dalam keadaan
apa sekalipun ROHANI BERKUASA TINGGI Sifat dan sikap Rohani adalah
berkuasa tinggi yang tiada tolak bandingnya kerana itu dia sentiasa
beserta Allah dan menjadikannya menjalankan urusan Allah iaitu Ammar
Rabbi, andainya kejadian manusia awal (jasad) itu di bentuk oleh Allah
hanya dengan satu anasir sahaja maka sudah tentu anasir yang hanya satu
itu akan musnah, kerana itulah ketahanan jasad manusia mesti di
selaraskan dengan kuasa yang ada pada kuasa Rohani tersebut, bab ini
perlu di bincangkan dengan para doktor dalam hal anatomi yang melibatkan
istilah ilmu sain dan bab ini juga ada di dalam ilmu sifat 20 pada bab
Iftiqar, ertinya ilmu sifat 20 bukan hanya untuk mengenal diri Rohani,
jasmani dan Tuhan saja akan tetapi ia juga melibatkan ilmu kedoktoran
bagi tamadun manusia Sila sama-sama kita perbetulkan tentang ejaan dan
ayat-ayat Penciptaan Adam Manusia Pertama Sebelum Allah s.w.t menjadikan
Adam sebagai manusia yang pertama, terlebih dahulu Allah s.w.t telah
memaklumkan kepada para malaikat bahawa Dia akan menjadikan manusia
untuk menjadi pengganti makhluk yang terdahulu daripadanya (Khalifah)
Dalam sebuah firman Allah (Al Baqarah ayat 30) menyatakan yang
bermaksud: Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat !!Sesungguhnya Aku akan menjadikan se orang khalifah di muka bumi!!
Khalifah di sini bermaksud pengganti, iaitu manusia khalifah yang akan
mengantikan bangsa Jin yang terlebih dahulu di tugaskan sebagai khalifah
di planet bumi, Jin telah membuat kerosakan di bumi kerana anasirnya
tidak sesuai dengan planet bumi, lalu Allah telah mengirim bala tentera
dari malaikat yang di ketuai oleh Azazil yang pada ketika itu masih
patuh dengan perintah Allah, rujuk juga firman Allah Al An am ayat 165
Rujuk juga pandangan Ibnu Abbas r.a dalam tafsir quran Ibnu Katsir
Seterusnya saya ceritakan mengikut soal dan jawab untuk kemudahan semua
pehak Soalan: Apakah reaksi malaikat apabila Tuhan hendak jadikan
khalifah ? Jawapan: Reaksi pertama malaikat tidak bersetuju kerana dia
tidak mengetahui sebab dia tidak tahu manusia khalifah itu makhluk jenis
apa dan adakah nanti manusia khalifah ini sama perangainya dengan jin
yang telah di peranginya yang di ketuai oleh Azazil Soalan: Mengapa
malaikat bimbang tentang manusia khalifah ? Jawapan: Kerana sangkaan
malaikat nanti manusia akan membuat kerosakan dan bertumpah darah,
walaupun manusia khalifah belum terbukti melakukan sebarang kerosakan
dan bertumpah darah Soalan: Kemudian apa jawapan Allah ? Jawapan:
Jawapan Allah sesungguhnya Aku lebih mengetahui dari apa yang kamu tidak
mengetahuinya Soalan: Mengapa Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahi
rahsia manusia khalifah ? Jawapan: Kerana malaikat hanya di beritahu
tentang ilmu bidang tugasnya sahaja, ini bermaksud pengetahuan malaikat
adalah terhad tentang rahsia Tuhan jadikan manusia Soalan: Apakah
akhirnya malaikat bersetuju tentang penciptan Adam ? Jawapan: Malaikat
akhirnya tidak membantah kerana terbukti Adam telah menerangkan segala
benda di syurga (taman) sedangkan malaikat tidak mengetahuinya Soalan:
Setelah Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahui dari apa yang di
rancangkan oleh Nya, Apakah terjadi selepas itu ? Jawapan: Selepas itu
Allahpun pergi mengunjungi Rohani di alam Roh untuk di ambil
kesaksiannya seperti firman Allah dalam surah Al A araf 172 Soalan:
Kemudian Apakah yang terjadi selepas itu ? Jawapan: Selepas Rohani di
ambil kesaksian maka Allah perintahkan empat malaikat mengambil Zat
tanah dari bumi Soalan: Mengapa Allah tugaskan malaikat mengambil Zat
tanah daripada bumi ? Jawapan: Kerana rahsia tanah bumi sesuai untuk
menempatkan Adam menjadi manusia khalifah di planet bumi dan penciptaan
bagi persediaan menjadikan Adam ini bukan hanya tanah bumi sahaja bahkan
tanah syurga juga sebab manusia bakal akan mendiami di syurga juga
Soalan: Di manakah manusia khalifah akan di ciptakan oleh Tuhan ?
Jawapan: Manusia pertama di jadikan oleh Tuhan di jannatul khuldi, bukan
di bumi, syurga ataupun jannah adalah juga di kenali sebagai tempat
balasan anak cucu Adam yang soleh dan soleha Soalan: Adakah semasa Tuhan
memaklumkan pada malaikat Rohani telah di cipta ? Jawapan: Benar !
Rohani telah di cipta oleh Allah lebih awal daripadanya cuma belum lagi
dapat bertugas sebagai manusia khalifah sebab lembaga Adam (jasmai)
belum lagi di jadikan Tuhan Soalan: Mengapakah Rohani belum boleh
bertugas sebagai hamba sehingga manusia pertama dicipta ? Jawapan:
Rohani tidak boleh bertugas kepada Tuhan tanpa jasmani sebab jasmanilah
akan menjadi saksi atas perbuatan Rohani itu dan Rohanilah sebenarnya
diri manusia tersebut lihat al qiyamah 14 Allah Mencipta Lembaga Adam
Allah mencipta lembaga Adam daripada sari pati tanah yang di ambil
daripada bumi dan juga langit, tanah-tanah ini di adun dengan air serta
bau-bauan dari syurga, di antara tanah yang di sebut di dalan Al Quran
ialah : Tanah Tin, tanah liat tin yang mampat, tanah yang panas yang
hilang baunya, tanah keras seperti tembikar Selepas adunan itu selesai
maka Allah dengan sifat Jalal dan Jamalnya mula membentuk lembaga Adam
dengan tanganNya (qudrat dan iradatNya) Setelah lembaga Adam di bentuk
maka ia di biarkan sehingga menjadi hitam dan berubah baunya Selepas di
bentuk dalam keadaan kosong maka lembaga tersebut di biarkan kering
sehingga ia berbunyi nyaring apabila di sentuh (di ketuk) dengan benda
yang lain, semasa lembaga Adam terbiar mengikut masa yang tertentu
itulah iblis datang untuk melihat ciptaan Tuhan tersebut, di tendangnya
lembaga tersebut lalu mengeluarkan bunyi yang nyaring (Min shal shalin
kal fakh khar) seperti bunyi tembikat yang kosong dan iblis juga telah
masuk ikut lubang mulut lembaga itu dan ia keluar pula ikut lubang dubur
lembaga Adam Iblis ketika keluar dari lembaga Adam berikrar akan
menysatkannya dan demikian juga terhadap anak cucunya, namun mana-mana
yang tetap mengikut jalan yang benar maka tidak ada kuasa baginya untuk
disesatkannya malah dia akan menghalang mereka dari di sesatkan. Apabila
sampai waktu yang di tetapkan maka Allah dengan sifat Jalal dan
JamalNya meniupkan Rohani dari ciptaannya masuk kedalam jasad Adam, lalu
lembaga tersebut berubah menjadi makhluk yang dapat bergerak seperti
manusia biasa, dengan cepat dan tergesa-gesa dia mahu berdiri tapi tidak
berdaya Adam yang di cipta oleh Allah setinggi 60 hasta (90 kaki) dan
lebarnya 7 hasta (15 kaki) akhirnya dapat berdiri,kemudian Allah
perintahkan semua malaikat sujud kepada Adam, semua malaikat sujud
kecuali Iblis yang tidak mahu sujud kerana dia takbur tentang asalnya
daripada api sedangkan Adam di jadikan daripada tanah kontang, demikian
pandangan Iblis tentang Adam, lalu Allah murka kepadanya Allah
berfirman: Hai Iblis apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada
makhluk yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu ? Adakah engkau
berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi ?
Jawab Iblis ! Aku lebih baik daripadanya Engkau cipta aku daripada api
sedang dia Engkau cipta daripada tanahFirman Allah: Jika demikian
keluarlah engkau daripadanya (syurga) Sesungguhnya engkau telah di
laknat terus menerus sehingga hari kiamat, Iblis pula berkata!! Jika
demikian berilah aku tempuh sehingga ke hari mereka di bangkitkan,
kemudian atas permohonan Iblis itu Allah perkenankan, lalu Iblis
berikrar untuk menyesatkan Adam dan anak cucunya semuanya, kecuali
hamba-hambaMu yang di antara zuriat Adam yang telah di bersihkan dari
kederhakaan dan penyelewengan Soalan: Mengapa Al lah cipta Adam
menggunakan dua sifat Jawapan: Sebab dengan dua sifat tersebut ia itu
sifat Jalal (kebesaran) dan sifat Jmal (Keindahan) menunjukkan bahawa
sifat tersebut Allah berkuasa menjadikan hambanya dengan sempurna dengan
tiada cacat cela kerana terdapat sifat qudrat dan iradat atas dasar
kemahuanNya dan keindahan bagi sekalian ciptaaNya dan sifat itulah yang
mutlak bagi DiriNya Soalan: Mengapa lembaga Adam di biarkan setelah
selesai di cipta ? Jawapan: Sebab hendak menentukan kematangan batang
tubuh manusia (Adam) mengikut prosesnya iaitu tempuh matang untuk
sesuatu kejadian bagi menetapkan fitrah ilmu bagi manusia untuk di
fikirkan Soalan: Bukankah lebih baik Allah jadikan Adam berasaskan KUN
FAYAKUN ? Jawapan: Kita hendaklah ingat bahawa yang di jadikan oleh
Allah ialah jasad Adam BUKAN Rohaninya, jasmani Adam inilah yang di
cipta oleh Allah supaya di fikirkan oleh Tuhan yang menjadi fitrah ilmu
kepada manusia untuk di buat kajian (anatomi) Jika Allah jadikan lembaga
Adam berasaskan KUN maka manusia hari ini tidak berjaya menyingkap
rahsia imu anatomi kecuali kepada mereka yang arif sahaja Soalan:
Mengapa Iblis tendang lembaga Adam, pada hal dia belom lagi di istihar
dehaka dan takbur ? Jaapan: Segala perbuatan Iblis pada ketika itu
adalah untuk mencari rahsia kejadian manusia sama ada manusia akan
melawan apabila di sanggah ataup un tidak, kebetulan apabila Iblis
menendang lembaga Adam rupanya lembaga itu ber bunyi, ertinya manusia
akan melawan apabila dia di apa-apakan dengan cara yang tidak hak,
inilah suatu fitrah sebenarnya, jika di tendang tidak berbunyi alamat
manusia menerima apa saja tanpa bantahan dan ikhtiar inilah fitrah hukum
namanya
Soalan: Mengapa Iblis masuk kedalam
lembaga Adam ? Jawapan: Ini juga suatu fitrah sebenarnya kerana akan
masuk kedalam lembaga Adam itu makhluk yang ghaib sepertinya, iaitu
Rohani, malaikat hafazho dan qarin akan tetapi Iblis tidak faham
rahsianya kerana di hijab oleh Allah pengetahuannya sampailah ia tidak
mahu tunduk kepada Adam dan terus membantah perintah Tuhan kerana tidak
mahu tunduk sujud apabila di perintahkan oleh Allah sujud, Iblis tetap
dengan pendiriannya dengan menyebut Adam di cipta dari tanah sedangkan
dia dari api dan dia tak tahu rahsia Rohani yang di tiupkan Allah ke
dalam jasad Adam tidak terfikir olehnya bagaimana Adam bangun dan
bersifat hidup Soalan: Adakah Adam boleh nampak malaikat sujud dan Iblis
tidak sujud kepadanya ? Jawapan: Adam boleh nampak pada ketika itu tapi
dia tidahk tahu siapakah makhluk yang di perintahkan Allah sujud
kepadanya kerana dia melihat dengan mata hatinya dan terus ke mata
jasadnya Soalan: Adakah Iblis tidak tahu rahsia Rohani yang terdapat
dalam jasad Adam ? Jawapan: Pada ketika itu dia tidak tahu sehinggalah
Adam dan Hawa dapat di sesatkannya Soalan: Mengapa Allah perkenankan
permohonan Iblis hendak sesatkan Adam dan anak cucunya ? Jawapan: Allah
dengan sifat kasih sayangnya tetap memberikan keizinan kepada sekalian
makhluk ciptaanNya tanpa memilih siapa mereka, ini juga satu fitrah bagi
DiriNya cuma Allah akan memelihara siapa di antara hambaNya yang patuh
dengan perintahNya, ternyata Iblis sudahpun tidak mahu mengikut perintah
Allah supaya sujud kepada Adam, ertinya sesiapa manusia yang tidak mahu
ikut perintah Allah maka ia samalah seperti Iblis yang di beri nama
syayatinul Ins, ini semua adalah suatu fitrah hukum Soalan: Apakah
maksud fitrah hukum ? Jawapan: Fitrah hukum itu ialah sesuatu fitrah
peristiwa awal untuk di kenalpasti yang kemudiannya melahirkan sumber
panduan hidup tentang kewujudan pantang dan larang yang di tunjukkan
Allah kepada manusia sebagai rujukkan sekalipun Allah menggunakan
makhluk yang ternyata telah melanggar perintah Allah
ertinya Iblis adalah makhluk yang
telah di tetapkan oleh Allah untuk menjadi ujian kepada manusia, dengan
adanya peristiwa Adam dan Iblis maka lahirlah panduan untuk di jadikan
suri tauladan Selepas Adam ber diri tegak dan Allah memerintahkan kepada
malaikat sujud kepadanya (malaikat semuanya sujud kecuali Iblis) maka
Adam di berikan kebebasan menjelajah di dalam syurga dan makanlah
buah-buahan yang di sukainya yang terdapat di syurga itu Sesudah sekian
lama berjalan dan meninjau keadaan syurga maka Adam mersa LETIH dan
mengantuk lalu TERTIDUR, Apabila Adam terbangun daripada tidur di
dapatinya seorang wanita sedang duduk di sebelah kepalanya lalu Adam
menegur perempuan tersebut !!Siapakah kamu ? Jawab wanita itu !!Saya
adalah seorang wanita!! Adam bertanya lagi !Untuk apa kamu di jadikan ?
Jawab wanita itu ” Aku di jadikan supaya kamu jinak kepadaku ! nampaknya
wanita itu cukup faham yang dia adalah menjadi kecenderu ngan untuk
Adam, ertinya dia faham bahawa dia adalah makhluk penggoda seorang
lelaki Sebaik saja wanita itu menyatakan bahawa dia adalah penjinak
untuk lelaki maka Adampun memerintahkan wanita itu datang kepadanya,
lalu wanita itu berkata!! Kamulah datang kesini ! Ketika Adam mahu
menghampiri wanita itu maka Adam terdengar suara !!Wahai Adam ! tunggu
dulu, kerana wanita itu belum lagi halal bagimu, kemudian Allah
perintahkan malaikat berkumpul lalu Adam di ijab kabulkan di bawah
sepohon pokok di syurga yang bernama (Shajaroti Thouba) yang di saksikan
empat malaikat Jibrail,Mikail,Isrofil dan Izroil Sebelum di akad
nikahkan, malaikat yang berada berhampiran Adam dan wanita itu
bertanyakan kepada Adam !!siapakah namanya wahai Adam ? Jawab Adam !
namanya Hawa ! Bertanya malaikat lagi !!Mengapa Hawa ? Jawab
Adam ” kerana dia di jadikan dari benda yang hidup!! Sebaik saja Adam
dan Hawa di ijab kabulkan , tidak lama selepas itu maka turunlah
perintah Tuhan kepada Adam seperti yang di nyatakan dalam Al A araf 19
Firman Allah: (Dan wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu di dalam
syurga serta makanlah dari maka nan sepuasnya apa saja kamu berdua
sukai, dan janganlah kamu menghampiri pohon ini (jika hampiri) jadilah
kamu dari golongan yang zalim) Iblis yang begitu beden dam kepada Adam
berikrar untuk menyesatkan Adam dan berusha keras menjalankan tipu
dayanya secara halus yang kadangkala tidak di sedari oleh Adam sendiri,
akhirnya Adam dapat di sesatkan oleh Iblis dengan membisikkan ketelinga
Adam dan Hawa supaya menghampiri pohon khuldi dan memakannya, sebaik
saja kedua mereka memakan buah tersebut maka terbukalah pakaian mereka
Setelah Adam dan Hawa memakan buah khuldi yang di larang oleh Allah
kepada keduanya dan lupa ia akan perintah Allah setelah
merengan-rengankannya maka Allah tersangat murka lalu memanggil mereka
keduanya Bukankah Aku telah melarang kamu daripada menghampri pohon itu ?
Dan Aku telah peringatkan bahawa syaitan itu musuh kamu yang terang dan
nyata (Al Aaraf 22) Adam ketika di suruh oleh Allah mengadapnya pada
mulanya dia merasa malu kepada Tuhan dan cuba untuk melarikan diri
tiba-tiba Tuhan memanggilnya UWahai Adam kemana engkau akan
lari ? Jawab A dam U Tidak wahai TuhanKu, Ampunkan dosa kami wahai
TuhanKu ! Berfirman Allah U Turunlah kamu kesemuanya setengah kamu
menjadi musuh kepada setengah yang lain, di bumi tempat kamu tinggal
sehingga di suatu masa (Al A araf 24) Soalan: Mengapa Iblis tidak mahu
sujud pada Adam ? Jawapan: Dia tidak mahu sujud pada Adam sebab takbur
dengan asal usulnya daripada api Soalan: Iblis tidak mahu sujud kerana
apa ? Jawapan: Dia tidak mahu sujud kerana dia tidak tahu rahsia Adam
yang beserta Allah dan dia juga terlupa kepada yang memerintahkannya
sujud itu adalah Tuhannya, yang ganjilnya ketika nak menyesatkan Adan
dia memohon kepada Allah untuk mendapatkan kebenaran Soalan: Bahasa
apakah yang di gunakan dm di syurga ? Jawapan: Adam menggunakan bahasa
arab dan iblis juga berbahasa arab Soalan: Mengapa wanita itu tahu yang
dia seorang wanita ? Jawapan: Sebab dia adalah seorang penggoda kepada
lelaki dan dia juga tahu dia berasal dari sifat nafsu iaitu hawa kepada
nafsu adam di sebelah kiri iaitu nafsu amarah, lawammah dan radhiah dan
dia tahu bahawa hawa nafsunya mengatasi lelaki kerana dia ada tiga jenis
darah iaitu darah merah, darah putih (benih) dan air susu, dia bukan di
jadikan dari tulang rusuk Adam di sebelah kiri sebagaimana pandangan
ahli kitab Soalan: Mengapakah wanita itu tahu bahawa dia adalah untuk
penjinak lelaki (Adam) ? Jawapan: Sebab dia dapat mersakan ransangan
hawa nafsunya kerana mempunyai tiga jenis darah namun akhlak malunya
melebihi lelaki sebab itu Adam mahu menerkamnya lalu di tegur oleh Allah
Soalan: Mengapa Adam memerintahkan kepada wanita itu supaya datang
kepadanya ? Jawapan: Kerana fitrah manusia wajib mengikut kata-kata
seorang lelaki (rijal) Soalan: Mengapa wanita itu berkata kepada Adam
!!kamulah datang kepadanya ? Jawapan: Kerana fitrah lelak ilah datang
melamar wanita ertinya bukan perigi mencari timba, inilah sejarah fitrah
ijab dan kabul dan bermulanya halal di antara seorang lelaki dan wanita
Soa lan: Mengapa malaikat bertanyakan siapa wanita itu kepada Adam ?
Jawapan: Sebab bentuk Adam dan wanita itu berbeza sekalipun mereka
berdua memakai pakaian syurga iaitu cahaya, dan Adam memberitahu
malaikat bahawa wanita itu adalah Hawa Soal an: Malaikat bertanya Adam
mengapa Hawa ? Jawapan: Adam menjawab sebab Hawa di jadikan daripada
benda yang hidup, ertinya Hawa bermaksud benda yang hidup atau
menghidupkan Soalan: Bagaimana Adam tahu wanita itu Hawa ? Jawapan:
Sebab Adam dapat merasakan sesuatu rahsia yang terdapat pada diri Hawa,
sebab itu pada awalnya dia mahu menerkam Hawa lalu terdengar suara
menahannya “Adam ! tunggu dulu kerana ia belum halal bagimu, kemudian
dia diijab kabulkan di bawah sepohon kayu bernama sajaroti touba Soalan:
Mengapa Adam dilarang Allah supaya jangan menghampiri pohon itu, dan
siapa sebenarnya pohon itu ? Jawapan: Sebenarnya pohon itu adalah Siti
Hawa sendiri, demikianlah ayat qiasan di dalam quran yang mengatakan
pohon khudi Soalan: Jika Siti Hawa itu adalah pohon yang tidak boleh di
hampiri oleh Adam, Mengapa ? Sedangkan mereka telah di ijab kabulkan ?
Jawapan: Sebab di syurga bukanlah tempat untuk membiak manusia, syurga
adalah tempat pembalasan bagimanusia yang soleh sebab itu dia dilarang
menghampiri pohon khuldi (Hawa isterinya) Soalan: Kemudian apakah yang
terjadi ? Jawapan: Iblis dapat mempengaruhi Adam dan Hawa dengan
membisikkan kepada Adam dan Hawa supaya memakan buah khuldi kerana kata
iblis jika Adam mahu kekal tinggal di syurga, dan Tuhan tidak akan
memarahi kamu berdua, beria-ia Iblis mempengaruhi mereka berdua
sehinggakan Iblis bersumpah dengan nama Allah, akhirnya berlakulah
hampir menghampiri, kemudian mereka terus memakan buah itu, iaitu Adam
makan buah Hawa dan Hawa makan buah Adam, lalu terbu kalah pakaian
keduanya Soalan: Apakah maksudnya makan buah ini ? Jawapan: Maksudnya
mereka telah melakukan persetubuhan, sebab itu ketika Hawa turun kebumi
dalam keadaan mengadung kali pertama, demikian kesah yang di kesahkan
oleh kitab manusia di langit dan bumi karangan Al Marhom senator
amaluddin Darus Soalan: Kemudian apakah seterusnya ? Jawapan: Atas
kesalahan Adam melanggar perintah Tuhan maka Allahpun memurkai mereka,
lalu Allah arahkan mereka keluar dari syurga, dan Adam sebenarnya
bukanlah bersalah kerana bersetubuh, kerana ia telahpun halal sebagai
suami isteriakan tetapi dia bersalah kerana melanggar tegahan Tuhan,
Jangan hampiri pohon ini ! Adam dan Siti Hawa setelah melakukan
kesalahan maka Allah perintahkan mereka keluar dari syurga khuldi,
mereka berdua dan Iblis juga di arahkan turun kebumi dan menjadi musuh
di antara mereka, sebelum Adam turun ke bumi mereka sempat memohon ampun
kepada Allah, ketika Adam hendak memohon ampun kepada Allah ketika mana
dia hendak mengangkat kepalanya maka ketika itulah dia nampak di tiang
aras kalimah shahadah Hadis yang di riwayatkan oleh Al-Baihaqi (seorang
Imam hadis bermazhab syafie 384 H- 458 H)
Maksudnya: Wahai Adam, Bagaimana kamu
tentang Muhammad pada hal Aku belum lagi menjadikannya ? Adam menjawab:
Wahai Tuhanku, ketika Engkau ciptakan aku (ketika memohon ampun) aku
mengangkat kepala kemudian terlihat olehku tulisan di tiang Arsy
berbunyi La Illaha Ill Allah Muhammaddarrasullullah Kalimah tersebut
memberi kefahaman kepada Adam selepas Tuhan ampunkan dosanya dan di
anggap kalimah tersebut sebagai kalimah karamah yang awal di berikan
Allah kepada manusia pertama itu, dengan kalimah itu fahamlah Adam
bahawa Muhammad (manusia) adalah pesuruh Allah Dalam hadis qudsi yang
lain yang di riwayatkan oleh Abu Naiem (Ahmad bAbd ullah b Ahmad Al
Asbahani seorang hafiz quran di lahirkan di Asbahan 336 H- 430 H)
meriwayatkanMaksudnya: Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih
mulia menurut panda nganKu, telah Aku tuliskan namanya (Muhammad)
bersama namaKu di Arsy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi
Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa ujud nama Tuhan dan Manusia
(Muhammad) di Arsy sebagai pengetahuan kepada manusia dan ujud juga
tujuan manusia (Muhammad) untuk mereka bersyahadah kepada Tuhan dan
bersyahadah pengakuan diri mereka kepada Allah dan inilah suatu riyaliti
yang terdapat sehingga ke hari ini dan demikianlah juga dengan kembaran
ALLAH dan MUHAMMAD yang menjadi hiasan dinding Nabi Adam dan Siti Hawa
semasa turun kebumi maka berlakulah suasan gawat dengan ribut petir
sambung menyambung yang mengh asilkan kemudiannya menjatuhkan sejenis
batu hitam (Hajratul Aswad) sesampainya di bumi mereka berpisah di
antara satu dengan yang lain demikian juga Iblis yang di rejam
kemudiannya di kenali sebagai syaitan, ertinya di atas dia terkenal
dengan nama Iblis dan di bumi dia bernama syaitan (Jauh dari rahmat
Allah) Nabi Adam di turunkan di sarindit Pulau ceylon dan Hawa di Padang
arafah demikian fakta sejarah yang tidak di catat di dalam Al Quran,
walau apapun yang pentingnya mereka bertiga iaitu Adam dan Hawa serta
syaitan kekal di planet bumi sehinggalah ke hari ini, di antara mereka
berdua telah menjadi musuh dan keturunan Adampun bermusuhan sesama di
antara mereka Adam dan Hawa sesampai di planet bumi mereka memohon ampun
sekali lagi kepada Tuhan Robbana zolamna anfusana namun syaitan tidak
pernah menyesal akan kesalahannya kepada Tuhan malah menuduh Tuhanlah
yang menyesatkannya. Nabi Adam dan anak cucu Adam dan Hawa di
peringatkan oleh Tuhan : Dibumi kamu hidup dan mati dan mereka akan di
turunkan dengan petunjuk dari Allah dan RasulNya, sesiapa yang
mengikutinya tidak ada siapa yang dapat menyesatkan mereka, dan sesiapa
yang berpaling daripadanya akan di kumpulkan di dalam neraka
Dan jangan kamu berdua mendekati
pohon itu (Al Baqarah 35) Ayat yang di atas adalah ayat perumpamaan,
Adam dan juga siti Hawa di peringatkan oleh Allah s.w.t supaya JANGAN
mendekati pohon itu, ayat di atas samalah juga dengan ayat larangan
Allah kepada bani Adam!!Jangan kamu hampiri zina!! Adam dan siti Hawa di
berikan oleh Allah kebebasan berjalan dan memakan makanan apa saja dari
syurga keculai hampiri pohon itu, ertinya Adam dan siti Hawa merdeka di
situ, namun kemerdekaan yang di berikan tidak bermakna jika tiada
peraturan dan undang-undang, peraturan ada suruh dan ada larangan supaya
mereka dapat kemerdekaan seratus peratus Andai semua kebebasan itu ada
penghalangnya maka kebebasan akan hilang dan kerugianlah yang akan di
tanggung dan penyesalanlah yang akan dapat, ini adalah suatu fitrah yang
perlu di fahami sampai bilabila demikianlah juga dengan erti
kemerdekaandan kemerdekaan tidak menjadi sempurna jika tiada pantang dan
larang Mengapa ujud pantang dan larang dalam kebebasan dan kemerdekaan ?
Jawapannya mudah kerana fitrah kehidupan manusia di lengkapkan dengan
berbagai ujian untuk manusia mengukuhkan keimanan dan kepercayaan, di
sinilah letaknya peranan ujian dari Allah melalui Iblis yang di izinkan
oleh Allah untuk menguji Adam dan Hawa Iblis yang berdendam terhadap
Adam dan Hawa berjaya menjalankan tugasnya untuk menyesatkan Adam dan
Hawa yang akhirnya dia berjaya mengeluarkan mereka daripada syurga
kerana mengikut kata Iblis dan mengabaikan larangan daripada Allah, maka
di sinilah Iblis menunjukkan sifat takbur kali yang kedua, sekali
ketika bangga dengan asal usulnya daripada api dan kedua kerana berjaya
menyesatkan Adam dan Hawa Di tipunya Adam dengan kata-kata ( Wahai Adam,
mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu pohon dan kerajaan yang berkekalan
dan tidak akan binasa ?) Thaha 120 . Dengan bujukan Iblis itu maka Adam
dan Hawa makan juga buah tersebut kerana mahukan kekal dan tidak binasa
Selepas mereka makan pohon tersebut maka terbukalah pakaian mereka
berdua lalu berlakulah apa yang menjadi fitrah pada seorang lelaki dan
perempuan (manusia) di syurga rasanya ini sangat di fahami, namun ingat !
bahawa mereka bukan melakukan zina hanya mereka telah melanggar
perintah Allah supaya jangan mendekati pohon itu, jadi nyatalah bahawa
pohon yang di maksudkan adalah Adam dan Hawa itu sendiri
URUTAN DARI PERISTIWA FITRAH INI:
* Pohon itu maksudnya Adam dan Hawa *
Buah khuldi adalah buah Adam dan Hawa * Sudah menjadi fitrah bahawa
jika buah dan pohon di maka maka pakaian boleh lucut * Buah itu
sebenarnya tidak kekal sebagaimana dakwa Iblis * Di larang mendekati
lelaki dan perempuan yang bukan muhrim * Berhati-hati dengan janji
syaitan, dan teliti dengan janji-janji manusia * Fahami dengan erti
kebebasan dan kemerdekaan Apa yang berlaku kepada Adam dan Hawa akan
menjadi fitrah hukum untuk anak cucunya
MENGENAL AHLI ALLAH DAN AHLI SYAITAN
Istilah yang di atas adalah suatu
ketetapan daripada Allah s.w.t sebagai ingatan kepada manusia yang
bertaraf sebaik-baik kejadian, sebenarnya walaupun Allah s.w.t
menetapkan bahawa manusia adalah di antara makhluk Allah yang paling
sempurna namun di antara manusialah yang paling hina kerana ada di
antara manusia yang bertarap haiwan dan syaitan Manusia yang di
kurniakan oleh Allah akal perlulah mengenal dan menilai diri mereka
tanpa ada kepentingan diri sendiri, manusia juga perlu menyelamatkan
diri mereka dengan mengubah sikap bagi keselamatan diri dan keluarga
mereka dengan menj adikan diri mereka sebagai ahlullah atau ahli Rabbani
sebagaimana firman Allah ( Jadilah kamu orang Rabbani, dengan
mengajarkan kitab, dan mempelajarinya) Ali Imran 79 Ayat yang di atas
Allah s.w.t menegaskan kepada manusia supaya kamu (manu sia) menjadikan
diri mereka sendiri sebagai ahlullah dengan mengajarkan kitab ia itu al
quran serta mempelajarinya, mengajar kitab al quran yang di tetapkan
oleh Allah sebagai Huddan bukalah suatu yang mudah melainkan mereka
terpaksa mempelajarinya dengan seorang yang arif tentang selok belok
Asbabul nuzulnya serta sejarah quran itu secara menyeluruh yang
berteraskan bahasa arab, tidak boleh bahasa yang lain melainkan tafsiran
dan terjemahannyaOrang alim Rabbani apabila telah mempelajari kitab dan
mengajarnya maka berhaklah mereka di panggil kumpulan Allah (Ahlullah)
yang telah di tetapkan oleh Allah hati mereka (Ruhul Yaqazah) dengan roh
yang baik dan akal yang sempurna dan merekalah juga di kenali sebagai
Hizbullah (Mereka itu adalah penyokong Allah, ketahuilah bahawa
penyokong Allah itu adalah orang yang menang) Al Mujaddalah 22 Sementara
itu ada lagi satu kumpulan manusia yang di tetapkan oleh Allah sebagai
kumpulam syaitan jenis manusia dan jenis haiwan ia itu kumpulan yang
tidak mahu menyampaikan isi al quran secara sebenar sekalipun mereka itu
bergelar ahli kitab atau ahli yang cuba memutarbelitkan isi kitab
dengan mengelirukan ilmu nahu kerana tidak mempelajari tajwid yang
terdapat pada al quran, mereka ini di sifatkan oleh Allah sebagai
manusia yang telah di kuasai oleh syaitan, sebagaimana firman Allah
menyatakan: (Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka sehingga
menyebabkan mereka lupa mengingati ajaran Allah, mereka itu adalah
kumpulan syaitan, dan kumpulan syaitan itu adalah kumpulan yang rugi) Al
Mujaddalah 19 Dan firman Allah lagi : (Sesungguhnya mereka yang
menentang Allah dan Rasulnya, mereka termasuk golongan yang amat hina)
Al Mujaddalah 20
TERSEMBUNYI
Apa-apa yang tersembunyi yang di
ujudkan oleh Allah ia adalah suatu rahsia yang mesti di selidiki oleh
umat islam mengikut kemampuan dan keupayaan sehingga ia dapat di fahami
dan menjadikannya ilmu untuk di amalkan serta pengakuan, sebagai contoh
yang nyata apabila semua makhluk yang di jadikan Tuhan termasuk manusia
maka manusia perlu mengkaji dirinya supaya mereka benar-benar faham
bahawa mereka adalah manusia walaupun pada asalnya mereka adalah makhluk
yang Allah jadikan Segala rahsia mestilah di cari dan di farakkan
dengan menilai darjat-darjat yang ada, contohnya ialah dari makhluk
menjadi manusia, dari taraf manus ia menjadi insan, dari insan menjadi
insan kamil, dari insan kamil menjadi insan kamil wa mukamil, Allah
sentiasa melapangkan akal untuk memahami sesuatu, seterusnya sesuatu itu
jika ada suruhan ataupun larangan maka di sana akan dapat kita jadikan
batas dan sempadan ini tertakluk kepada keimanan seseorang Istilah yang
di utarakan oleh ulama setelah mereka berijtihad ataupun bermunajat
mengikut nas al quran dan hadis nabi maka tentunya ia akan menghasilkan
sesuatu yang dapat membawa faedah kepada manusia dalam hidup bertamadun
mungkin hasil dari berijtihad itu akan menghasilkan sesuatu yang
kadangkala semacam berkhayal akan tetapi itu semua adalah datang
daripada Allah asalkan tidak bercanggah dengan asas quran dan hadis
rasullullah saw Cuba kita perhatikan istilah di bawah ini: Manusia
terdiri dari berbagai-bagai unsur yang nyata dan juga ghaib, yang
penting di antara keduanya ialah yang ghaib, maka yang ghaib itu berasal
daripada Nur demikian juga yang nyata, iaiatu Allah (Kullum min
indillah) setiap sesuatu itu adalah daripada Allah, sedangkan Allah itu
adalah NUR kepada cahaya langit dan bumi, itu adalah secara kasarnya,
akan tetapi jika kita bawa kepada diri kita maka pengertiannya adalah
lebih meluas lagi istilahnya Sebagai contoh: diri manusia itu disebut
sebagai diri terdiri (jasmani) diri terperi (Ruhul Yaqazah) diri sebenar
diri manusia (Ruhul hayat) diri tajalli (Insam Kamil) Apa yang kita
fahami ialah apabila di sebut Ruhul Yaqazah,Ruhul Hayat dan Insan Kamil
maka ia memahamkan kepada kita pada bab zat dan juga soal roh, yang
inilah perlu di fahami oleh manusia Persoalannya ialah adakah yang ghaib
yang bertaraf zat dan roh itu terdiri daripada listrik positif (proton)
? atau listrik negatif (electron) ? yang mana kedua-dua ini apabila
berpadu akan menghasilkan butiran-butiran atom, dan apa bila ia
dinamakan atom adakah a juga di kenali sebagai atom hidrogen yang
terdapat di dalamnya unsur-unsur atom neutral yang di namakan neutron ?
Sesungguhnya konsep atom ini mungkin banyak konsepnya kerana proton dan
neutron juga dapat membentuk atom, oleh itu cuba pula kita perhatikan
perkara yang ghainb dan tersembunyi yang terdapat di dalam diri manusia
sehinggakan manusia dapat hidup secara selesa dengan menghasilkan afal
Allah hasil dari penguasaan Zat Allah terhadap sekalian hambaNya Kerana
itu adakah konep mengenal diri dan Allah itu sia-sia ? Ijma ulama ada
menyebuat jika kita tak kenal diri maka mereka akan menjadi tidak sedar
diri, jika mereka tidak mengenal Allah maka mereka ada cita-cita nak
jadi Allah (syirik) Kerjasama di pinta untuk memperbetulkan ejaan yang
salah.
PERHUBUNGAN ROHANI DAN ALLAH
Di dalam masalah perhubungan Allah
dan Rohani itu perlu di pelajari dengan penuh hati-hati kerana ia
tersangat seni dan kritis, jika tersilap memahamkannya boleh menjadi
tersesat dan terkeluar daripada fahaman akidah yang sebenar, oleh kerana
perhubungannya dengan Allah ini suatu yang berbentuk kerohanian maka
manusia perlu mempelajari ilmunya dengan betul dan bertanyalah kepada
orang yang Arif, didalam Al Quran Allah berfirman (Dan ia tetap beserta
kamu di mana juga kamu berada) Al Hadid 4. ayat ini mengesahkan bahawa
berlaku perhubungan di antara yang tersirat dengan yang Maha tersirat
iaitu perhubungan Rohani dan Allah swt, jika perhubungan ini tidak
berlaku maka tidaklah alam ini menjadi kenyataan dan tidaklah menjadi
bermakna sama sekali, kerana itulah manusia di tuntut mempelajarinya,
jika tidak manusia sentiasa berada di dalam keadaan syirik dan syirik
itu adalah perbuatan yang terkutuk dan dikutuk oleh Allah swt, oleh
kerana perhubungan diantara Rohani ini tersangat penting maka umat
manusia wajiblah mempelajari asas-asas ilmu itu dahulu sebelum
benarbenar memahaminya kerana ilmu ini di sentoh secara amnya sahaja di
dalam Al Quran, kerana itu ulamak berijtihad untuk menyusun mengikut Nas
yang terdapat di dalam Al Quran dan Hadis Rasullullah saw, sehingga
kedudukkannya dapat difahami walaupun tidak semestinya menepati maksud
yang sebenarnya, namun apa yang penting jangan sampai terjebak dengan
perbuatan syirik, kerana itu penulis menganjurkan supaya di pelajari
ilmu ini dengan ilmu sifat dua puluh yang berasaskan kerohanian, jika
tanpa kerohanian maka ia tidak akan membawa kepada kefahaman yang
sebenar dan tidak akan bertemu dengan ilmu kerohanian, adapun ilmu
kerohanian ini disebut oleh Allah didalam Al Quran sebagaimana firmanNya
Maksudnya: Dan mereka bertanyakan kepadamu tentang Roh, katakanlah “Roh
itu adalah urusan Tuhanku, dan kamu tidak diberikan ilmu (tentangnya)
melainkan sedikit sahaja (Bani Israil 85) Ayat yang di atas adalah
menunjukkan bukti kokoh tentang ujudnya makhluk yang bernama Roh
(Kerohanian) tersebut, makhluk ini di cipta oleh Allah untuk mengabdikan
dirinya kepada Allah dan telahpun mengakui bahawa dia telah membuat
pengakuan di alam Roh, demikian di terangkan oleh tafsir Al Quran
pimpinan Ar Rahman pada bab petunjuk ayat muka surat 1465 bab tauhid dan
rujukkan pada ayat Al A’araf 172 dan dikatakan juga Roh itu adalah
kepercayaan Tauhid dan rujukkannya pada ayat Al Baqarah 255 ini
menunjukkan bab Roh ini adalah persoalan akidah dan juga di katakan
bahawa orang yang tidak mengambil berat tentang tauhid adalah golongan
orang-orang kafir yang fanatik buta. Kita kembali kepada ayat bani
Israil ayat 85 yang mene rangkan bahawa Roh itu di uruskan oleh Allah
dan ilmu tentangnya di perkenalkan oleh Allah hanya sedikit, maksudnya
tidak meluas Apa yang kita kena faham ialah soal ilmu Roh yang sedikit
itu ialah supaya manusia tidak menyelidik ilmu tentangnya secara meluas,
umpamanya Roh itu di jadikan oleh Allah daripada bahan apa? sepertimana
Allah jadikan Adam daripada tanah, kerana soal kerohanian ini bukanl ah
setakat Roh sahaja akan tetapi apa-apa yang berbentuk kerohanian adalah
termasuk ilmu Rohani, iaitu ilmu makhluk yang tidak dapat di lihat
dengan mata kasar, kepada umat islam jika mereka mengkaji Roh maka itu
adalah satu bab sahaja dari bab kerohanian tersebut maka tidaklah wajar
bagi manusia takut untuk mengkajinya malah yang dikaji itu ada di dalam
batang tubuhnya sendiri, lojiknya apa yang ada didalam rumah kita pun
wajib kita mengetahuinya atau apa yang terdapat di d alam poket kitapun
wajib kita mengetahuinya sama ada yang benar ataupun yang salah, didalam
asas ilmu Roh ini jika kita katakana bahawa ia di uruskan oleh Allah
maka asas ilmu iftiqar pada ilmu sifat dua puluh adalah yang paling
tepat untuk kita memahaminya kerana ilmu Roh itu berlegar pada sifat
Qahar Allah swt dan yang menguruskan Roh itu adalah sifat Kamal Allah
swt, yang mana ia di kuasai oleh ke Esaan Allah itu sendiri, jika tidak
mana mungkin manusia boleh memahami ilmu Roh itu jika tidak melalui ilmu
tersebut inilah satu-satu ilmu yang lebih terang dan jelas untuk di
fahami, namun ilmu ini pula menjadi bahan ketakutan manusia untuk
mempelajarinya kerana di katakan merbahaya dan di rujuk pula kepada
sebab dan musabab pandangan mazhab wahabi yang telah mengharamkan ilmu
sifat dua puluh itu kerana di katakan membawa kepada kemunduran dan
khurafat
MENCARI KUASA TERSIRAT
Mencari yang ada dan yang kekal, yang
ujudnya sebagai perbendaharaan yang tersirat yang sebenarnya tidak
dapat dinilai kerana tiada bentuk dan warna, akan tetapi dialah yang
mewarnai kehidupan setiap sesuatu, dialah yang tersembunyi yang
mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai rahsia yang perlu diselidik
didalam kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain, namun kebanyakkan
manusia yang berakal tidak menghiraukannya, kerana dia di anggap
memeningkan kepala kerana ghaib dan terpendam, tidak di nafikan bahawa
setiap sesuatu mempunyai rahsia yang tersirat dan mencarinya bukanlah
semudah bercakap tentangnya, akan tetapi ia perlu di kaji kerana ia
adalah sumber ilmu dan perkara yang hak, ramai yang memandang remeh
tentang tersirat itu kerana tersurat di anggap lebih penting dan bermutu
dan yang benar, yang kekal, dan yang mewarnai kehidupan, namun
pandangan tersebut sebenar nya salah dan tidak benar sama sekali, oleh
kerana itulah setiap yang berakal pe rlu mempelajari serta mengkaji
setiap zarah apa yang ia nampak ataupun yang ia tidak nampak kerana apa
yang dia nampak itu adalah bayangan sahaja kepada rahsia ilmu
tersiratnya, kerana itulah contoh yang baik adalah mencari ilmu dan
rahsia yang ada pada ilmu tersebut supaya yang hak itu menjadi teras dan
kenyataan Ilmu di ambil daripada nas kalam Tuhan ia itu Al Quran,
sedangkan Al-Quran itu mengandungi rahsia kejadian alam yang besar dan
perlu di selidik ( Likulli ayatin wa harfim wa nuqthotin minal quraani
hikmatun ) Setip huruf, ayat dan titik, di dalam Al Quran adalah
mempunyai hikmah. Dan di terangkan juga tentang hikmah yang tersangat
besar yang terdapat di dalam Al Quran itu ialah: Maksudnya: Al Quran
adalah kalam Allah, setiap huruf ada kemanisannya, setiap kalimah ada
kemuliaannya, setiap ayat ada kebahagiaannya, setiap juzuk ada
pembalasannya, dan setiap surah ada keselamatannya Ayat yang di atas
adalah sebagai contoh yang terdapat di dalam kitab Al-Quran, yang mana
di nyatakan setiap titik,huruf,ayat dan surah mempunyai hikmah dan
rahmat, demikian juga dengan berbagai peristiwa yang berlaku pasti ada
hikmahnya dan menjadi ilmu serta ingatan, juga tauladan supaya di
jadikan batas dan sempadan, manusia perlu mencari rahsia dari kejadian
kejadian yang terang dan nyata supaya boleh di jadikan ilmu dan
kefahaman tentang kekuasaan dan kebesaran Tuhan yang berlaku terhadap
seluruh makhluk Tuhan, ini bukanlah ber erti segala kejadian tersebut
habis begitu sahaja malah ianya perlu di jadikan iktibar atau kajian
sebab dan musabab dan di atas kajian itulah akan lahir ilmu di sebalik
tabir atau tersirat dan menjadi dalang bagi menghidupkan segala
kehidupan dan watak mengikut ketetapan yang Maha Pencipta kepada seluruh
alam,sebab itulah tidak akan bergerak sesuatu juapun jika tiada
dalangnya
KEWUJUDAN YANG MAHA PENCIPTA
Kewujudan Yang Maha Pencipta di
terangkan oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya Al Insan ayat 1
Maksudnya: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa
yang beredar sedang ia (insan) belum ujud lagi, zaman itu tidak dapat
untuk di-sebut-sebut mengikut perhitungan masa, mengapa kaum musyrik itu
engkar? Mengikut ju mhur ulamak zaman yang di sebut oleh Allah swt di
atas adalah zaman yang hanya ujud ialah Zat Allah semata-mata dan
makhluk Allah yang lainpun belum lagi ujud, akan tetapi Allah yang kita
kenali sekarang sebagai Tuhan yang wajib di sembah itu dan di kenali
sebagai (Dialah yang awal, Dialah yang Akhir, Dialah yang Zahir dan
Dialah yang Batin) telahpun sedia ujud, Yang di katan yang Awal itu
kerana Dia bersifat Qidam, iaitu sifat yang mutlak bagi diriNya, dan
tiada di dahului oleh sesuatu jugapun, demikianlah juga dengan sifat
Akhir dengan tiada berkesudah an, kerana ia memiliki sifat mutlak yang
Baqo, ini bererti Dia memerintah, mentadbir, Mengurus, Menguasai semua
makhluk ciptaaNya daripada awal sehingga ke akhir, sementra siafat
ZahirNya ia menunjukkan kepada jelas dan terangnya segala apa yang
berlaku atas bergerak dan diamnya segala alam ciptaanNya adalah dari
kerja urusanNya, ia juga di kenali sebagai Af’al Tuhan atau kerja buat
urusan yang senantiasa menjalankan urusanNya sebagaimana firmanNya
menyatakan Maksudnya: Semua makhluk yang berada di langit dan di bumi
sentiasa Berhajat dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam
urusanNya (Mencipta dan mentadbir makhlukNya) (Ar Rahman 29) Ayat yang
di atas mengukuhkan lagi kefahaman umat islam bahawa segala yang
bergerak dari sekalian makhlukNya adalah ditadbir dan disebabkan oleh
kuasa dan kehendak Allah swt, dengan kuasa tadbir itu bermakna takdir
seluruh makhluk itu adalah di bawah kuasa gerak daripada Ke Esaan Tuhan
secara mutlak dan di tentukan oleh Allah swt, mengikut nafsu semasa
makhluk tersebut, inilah suatu rahsia takdir daripada Tuhan terhadap
makhlukNya, dan di-sinilah kekaburan manusia tentang ilmu qadha dan
qadar Allah swt sehingga membawa kepada pertengkaran yang tiada
berkesudahan, ini bererti sekalian makhlukNya tiada mempunyai pilihan
daya dan keupayaan setelah di nilai taraf kehendak nafsu seseorang
tersebut sebelum takdir di timpakan oleh Allah swt kepadanya, ini
bererti ke EsaanNyalah yang sepatutnya di fahami oleh sekalian makhluk
terutama manusia yang memiliki akal lagi mampu berfikir secara waras,
dengan kenyataan di atas jugalah kita di fahamkan bahawa Tuhan itu
sentiasa menjalankan urusanNya tanpa berhenti-henti dan tanpa batas
waktu dan masa, ertinya setiap bergeraknya makhluk itu adalah datang
dari takdir ke Esaan Tuhan, demikian jugalah dengan sifat wal Batinu
Tuhan yang sememan gnya tidak dapat di lihat dengan mata yang zahir,
hanya dapat di yakini oleh mata basirah iaitu mata hati manusia kerana
itulah juga manusia wajib tahu dan meng enal fungsi mata hatinya di
samping mengenalinya dengan sempurna, terutama mengenal kekuasaan Tuhan
secara yang menyeluruh sebagaimana firmanNya Maksudnya: Dialah
Allah,yang tiada tuhan melainkan Dia,yang mengetahui perkara-perkara
yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang amat pemurah dan amat
mengasihani,Dialah Allah,yang tiada tuhan melainkan Dia, yang menguasai,
yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang melimpahkan Keamanan, yang
Maha Mengawal dan Mengawasi, yang Maha Kuasa, yang Maha Kuat, yang
melengkapi segala Kebesaran, Maha suci Allah dari segala yang mereka
sekutukan, Dialah Allah, yang mencipta sekalian makhluk, yang mengada
kan, yang membentuk rupa, (mengikut kehendakNya) baginyalah nama yang
sebaiknya dan semulia-mulianya, bertasbih segala apa yang berada di
langit dan di bumi, Dialah yang tiada tolok bandingnya, lagi amat
Bijaksana (Al-Hasyar 22, 23, 24) Ayat yang di atas adalah merupakan ayat
akidah yang wajib di percayai oleh semua manusia yang beriman kepada
kuasa Ketuhanan yang menjadikan sekalian alam-alam ciptaanNya, dan ayat
yang diatas menunjukkan kekuasaanNya yang menyeluruh terhadap alam
tersebut, oleh kerana itu manusia wajib mengenali Tuhan secara
menyeluruh sama ada Zatnya, Asmaknya, Sifatnya dan juga Af’alnya, yang
ke semuanya bergerak serentak tanpa ada yang mendahulu atau terkemudian
MENTAUHIDKAN ZAT
Menyatakan dengan penuh rasa
kesedaran dan pengakuan bahawa kita menerima dan menyatakan bahawa tiada
seorang yang waras dapat membuat kajian yang memperolehi kejayaan
tentang penemuan keadaan Zat tersebut, yang mengakui telah bertemu
dengan keadaan Zat Allah swt itu adalah dianggap sudah gila atau
pendusta, kerana tiada yang termampu melakukan kajian terhadap keadaan
yang tidak menyerupai apa jugapun,Dia tiada dapat di bandingkan dengan
segala yang ujud daripada seluruh makhlukNya, Dialah yang mengatasi
segala yang ujud (ada) tiada yang mampu menyatakan keadaan Zat tersebut
walaupun Nabi-nabi dan Rasul rasulNya sekalipun atau para MalaikatNya
sekalipun, yang cuba mencari-cari rahs ia Zatnya ataumenyelidik
keadaanNya pasti akan kecundang dan tersungkur kerana ada larangan
daripadaNya sebagaimana firmanNya Maksudnya: Allah mencegah kamu
daripada mengenal Dirinya (Zatnya) (Ali Imran 30) Dan sabda Rasullullah
saw menyat akan dalam sebuah hadisnya: Maksudnya: Fikirkanlah segala
makhluk Allah, dan jan gan kamu Fikirkan tentang Zatnya, maka dengan
sebab itu kamu Akan binasa (HR Abu Naim dan Tabrani) Allah swt
mengingatkan manusia yang mempunyai akal supaya memahami taraf akal yang
di kurniakan Allah kepada mereka yang terhad fungsinya untuk
menyelidikang tersurat dan tersirat dan perkara yang batin lagi ghaib,
sementara Baginda Rasullullah saw pula mengingatkan umatnya supaya tidak
menumpukan fikirannya secara berat tentang Zat Allah swt itu kerana
bagaimana hebatnya fikiran seseorang itu memikirkan tentang Zat Allah
swt maka hasiln ya adalah kosong kerana tiada seorangpun yang termampu
menyelidikki Zat Allah tersebut, di dalam sebuah firman Allah pada surah
Asy Syam ayat 11 Allah berfirman Maksudnya: Tiada siapapun yang
menyamai (Zat Allah) Dia adalah Yang Maha mendengar dan Maha melihat,
Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa keadaan Zat Allah swt itu
tidak dapat di bandingkan dengan apa juga makhluk ciptaanNya iaitu
(Mukholafatuhu Ta’ala lilhawadis) oleh kerana itu jangan ada lagi yang
me merah fikiran untuk mengkaji Zat tersebut, akan tetapi jika ada yang
tidak mahu membazirkan perahan lembaga akalnya untuk mengetahui Zat itu
maka kajilah Zat yang ujudnya bersebab, iaitu Zat Ma’anawiyah atau Asmak
Allah swt yang hampirnya den gan Zat Nafsiyah itu paling hampir dan
tidak pernah bercerai
TAUHIDUL ASMA
Setiap yang beriman kepada Tuhan
wajib pula mereka mempercayai bahawa Tuhan mereka dan Tuhan sekalian
makhluk itu mempunyai nama-nama yang tertentu dan indah, yang mana
nama-nama tersebut mempunyai maksud yang tertentu dan mempunyai maksud
pengertian yang sesuai dengan kuasaNya, dan nama tersebut begitu penting
bagi diriNya untuk mentadbir seluru alam ciptaanNya dan namanama itu
juga penting di ketahui oleh sekalian hambaNya supaya mereka memahami
akan setiap kejadian adalah datang daripada kekuasaan Tuhan, diantara
nama-nama Tuhan yang pa ling agong ialah ALLAH, yang mana nama tersebut
mengandungi pengertian Zatnya atau diriNya, AsmakNya atau namanamaNya
yang baik dan agong, Sifat-sifatnya dan Af’a lNya, kesemuanya ini wajib
di ketahui supaya manusia khususnya terelak daripada melakukan
penyekutuan (Syirik) kepada Tuhan, di dalam Asmak Tuhan tiada satupun
sifat AsmakNya yang tiada berfaedah terhadap makhluk ciptaanNya, ini
kerana dengan AsmakNyalah Tuhan memerintahkan kepada manusia supaya
menyeru AsmakNya apabila memohon sesuatu hajat, asmak Allah swt ini
adalah sifat mutlak Allah untuk men tadbir makhlukNya, dan ia adalah
bertaraf Zat kerana dengan nama-nama tersebut menunjukkan Dia memilikki
kebesaran dan keagungan yang mutlak, di dalam Al Quran Allah berfirman
di dalam surah Al A’araf ayat 180 Maksudnya: Dan Allah mempunyai
nama-nama yang baik dan mulia Berdo’alah kepadaNya dengan menyebut
nama-nama itu Pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dengan
Menyebut nama itu, mereka akan dapat balasan dengan Apa yang mereka
kerjakan Ayat di atas menunjukkan kuasayang telah di tetapkan oleh Allah
swt kepada manusia supaya menyebut AsmakNya apabila mahu yang memohon
sesuatu hajat kepadaNya dengan menyebut namanamaNya, ini bererti apabila
kita mahu bermohon sesuatu maka kita serulah ALLAH dahulu kemudian
baharulah mita seru namaNya yang lain, sebagai contoh ” Ya Allah Ya
Rahman” (Wa hai Tuhan yang amat Pengasih) kita sebut begitu adalah
kerana Allah itu adalah g anti nama kepada Zat (DiriNya) dan Rahman
adalah sikap sifat Zat yang Pengasih,jika kita seru dengan Rahman sahaja
mungkin seolah-olah kita akan melupai akan d iriNya, itu adalah suatu
tertib yang jelas dan nyata, kerana pada ayat Al A’araf di atas ada
larangan Allah kepada segolongan manusia yang menggunakan namaNya sahaja
untuk kepentingan diri dengan menyebut nama-namaNya sahaja tanpa
menyebut nama bagi Zat (Allah) dengan tujuan mengqadamkan Asmak Allah
tersebut
ASMAUL HUSNA TERBAHAGI DUA
Asmaul Husna atau nama-nama Allah
terbahagi dua kumpulan besar, satu di kenali sebagai Asmaul Adhom dan
lagi satu Asmaul Husna, Asmaul Adhom maksudnya Nama-nama Allah yang meng
Agongkan ZatNya, Asmak ini khusus untuk DiriNya sahaja, ia bertujuan
meng Agongkan diriNya supaya dapat membez akan dengan makhluk
ciptaanNya, ertinya Asmaul Adhom itu hanya di timpakan kepada Zat
sahaja, sementara Asmaul Husna adalah nama-nama Tuhan yang di-timpakan
kepada seluruh alam ciptaan Tuhan yang menunjukkan kuasa mentadbir dan
takdirNya dari ke Esaan ZatNya.
TAUHIDUL SIFAT
Wajib mempercayai ujud sifat Allah
swt, yang di maksudkan dengan sifat di sini ialah sifat yang berdiri
pada Zat Allah atau sifat yang bergantung kepada Zat Allah, ada
pandangan ulamak ilmu ketuhanan mengatakan bahawa tiada istilah sifat di
dalam ilmu ketuhanan kerana Allah sudah memilikki sifat Asmaul Husna
yang indah dan Dia tidak memerlukan sifat lagi, hujah mereka ialah
apabila Zat yang Maha Agong itu sudah memilikki sifat kamalat yang tidak
terhingga banyaknya itu serta qadim pula maka apa perlu Dia
berkehendakkan kepada sifat yang lain, pada masalah inilah para ulamak
ilmu ketuhanan cuba merungkaikan dengan berijtihad mensari jalan
penyelesaian dengan mengujudkan ilmu yang di kenali sebagai sifat yang
dua puluh, yang mana ilmu ini cuba mencari jalan penyelesaian dengan
sewajarnya sehingga mereka (ulamak ilmu ketuhanan) menemui jalan
penyelesaian terhadap ilmu sifat ini dan mereka memperkenalkan maksud
sifat itu ialah yang berdiri pada Zat atau sifat yang mengharapkan
kepada Zat dengan istilah sifat ma’ani (sifat bermakana) sementara sifat
Zat yang qadim (Sifat Asma ul Husna) di istilahkan kepada sifat
Ma’anawiyah (sifat yang memberi makna) ertinya sifat Ma’anawiyah
memberikan makna kepada sifat ma’ani, sebagai contoh jika sifat ma’ani
itu sifat qudrat maka yang memberikan makna kepada sifat qudrat itu
ialah sifat Asmak Allah yang bernama Qadirun, sebagai contoh, sifat
qudrat bermaksud kuasa, dan sifat Qadirun bermakna Yang amat Berkuasa
oleh itu Yang amat Berkuasa memberikan kuasa (tenaga) kepada sifat kuasa
maka barulah sifat qudrat itu memper olehi kuasa dan demikianlah kepada
sifat-sifat yang lain, oleh kerana itu jelaslah sifat qudrat itu adalah
makhluk. Para ulamak ilmu Ketuhanan menggariskan beberapa sifat dan
istilahnya didalam keilmuan ini supaya di fahami oleh manusia untuk
permulaan memahami mengenal Allah dan hamba Tuhan, mengenal Tuhan yang
ghaib dan tersirat dan mengenal hamba yang tersirat dan tersurat, dan di
sinilah punca perhubungan di antara yang ghaib dan yang nyata bermula,
dan perlulah di ketahui yang mana di antaranya yang memberi erti di
dalam kehidupan manusia dan perhu bungannya dengan Tuhan dan menetapkan
yang lebih berkuasa di antaranya, kerana itu para ulamak di dalam bab
ilmu ini melahirlah istilah Nafsiyah, Salbiyah, maani dan Maanawiyah,
para ulamak juga menggariskan susunan jumlah sifat pada setiap bahagian
dari sifat tersebut mengikut kesesuaian sifat tertentu kepada setiap
bahagian supaya tujuan ilmu tersebut menepati ilmu akidah dan memberikan
kefahaman dengan jelas seperti yang tersenarai di bawah ini:
1. Sifat Nafsiyah di bahagikan kepada satu iaitu sifat Wujud
2. Sifat Salbiyah di bahagikan kepada
lima sifat iaitu Qidam Baqo, Mukholafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu
Binafsih dan Wahdaniyah
3. Sifat Maani di bahagikan kepada
tujuh sifat iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’a, Bashar, dan
Kalam, Sifat Maanawiyah di bahagikan kepada tujuh sifat iaitu sifat
4. Qadirun, Maridun, Alimun, Hayyun,
Sami’un, Bashirun dan Mutakallimun iaitu sifat Asmaul Husna Kesemua
sifat diatas berjumlah dua puluh sifat, dan istilah sifat di berikan
kepada semua sifat dua puluh itu adalah kerana mengelakkan kepada
pengamal ilmu ini dari bercakap tentang Zat, akan tetapi jika kita nahu
memahami ilmu yang sebenarnya ialah Nafsiyah itu ialah Zat yang bertaraf
Diri Tuhan, Salbiyah bertaraf Keagungan Tuhan, Ma’ani bert araf makhluk
Tuhan dan Ma’anawiyah bertaraf Asmaul Husna Tuhan ia itu sifat Tuhan
oleh yang demikian taraf sifat itu yang di katakanaberdiri atau
mengharapkan pergantungannya kepada Tuhan adalah bertaraf makhluk kerana
Tuhan tidak memerlukan pergantunganNya dengan sesiapa, dan kerana
itulah juga di dalam ilmu sifat dua puluh memberi kefahaman kepada ilmu
mengenal Rububiyah dan Uluhiyah atau ilmu di antara Tuhan dan hamba,
iaitu hamba yang tersembunyi ia itu Rohani yang bersumber dari
sebahagian dari sifat maani tersebut, atau di kenali juga sebagai sifat
Qahar yang bersumber daripada sifat Maani bukan hamba yang tersurat
iaitu jasad manusia, dan sifat inilah yang di maksudkan yang berdiri
atau bergantung pada Zat , iaitu Zat Maanawiyah (Asmaul Husna) bukan Zat
Nafsiyah dan sementara itu Zat Maanawiyah pula berserta dengan Zat
Salbiyah dan Zat Salbiyah pula adalah menunju kkan Keagungan Zat
Nafsiyah, ini bererti Nafsiyah, Salbiyah, Maanawiyah sentiasa berserta
dengan sifat Maani, maka di sinilah kefahaman orangorang yang mengenal
Allah dan mengenal diri supaya meninjau dan memahami ilmu
INSAN KAMIL
Yang menemukan di antara sifat Qahar
dan sifat Kamal Allah swt, pertemuan di antara tiga kumpulan sifat
Salbiyah, Maanawiyah dan sifat Maani yang mana sifat ini merupakan sifat
Al Uluhiyah di dalam bab ilmu Iftiqar, kerana itulah setiap manusia
wajib memahami ilmu akidah supaya mereka memahami Alif Ba Ta ilmu
Ketuhanan dan Kehambaan, ia itu hamba yang ghaib dan tersirat yang di
kenali secara umum sebagai makhluk Allah swt, yang diperintahkan kepada
manusia supaya mengenal dan mememiki rkannya (Fikirkanlah tentang
makhluk Allah) oleh kerana itulah di katakana bahaw a sifat Maani itu
adalah bayang-bayang kepada sifat Maanawiyah.
TAUHIDUL AF’AL
Manusia yang masih hidup wajib
mempercayai,mengakui bahawa segala Af’al Allah datang daripada kuasa ke
Esaan Tuhan, inilah suatu fahaman akidah yang tidak dapat hendak di
nafikan oleh seluruh manusia, dan Af’al Allah itu membawa maksud segala
gerak dan diamnya sekalian makhluk yang di jadikan Tuhan adalah kerja
buat perbuatan Allah di atas takdirNya, jika manusia tersilap menyangka
segala perbuatannya itu atas kuasa mutlak darinya sendiri tanpa di
kaitkan dengan takdir maka terperan gkaplah manusia itu dengan perbuatan
syirik, ramai di kalangan manusia yang terperangkap dan memerangkap
dirinya ke dalam perbuatan syirik ini kerana kejahilann ya atau
kemalasannya kerana tidak mengambil berat dan yakin untuk mempelajari
ilmu Ketuhanan dan kehambaan dan tidak kurang yang mengambil rengan
dengan ilmu dirinya sendiri, dan ada di kalangan manusia yang menamakan
ilmu Af’al Allah ini sebagai ilmu takdir daripada Tuhan kerana itu
mereka selalu mengingatkan diri mereka dengan selalu berdo’a. Maksudnya:
Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang datang
daripadaMu
Manusia berlindung dan mengharapkan
kepada Tuhan supaya segala takdir kejahatan dan kecelakaan di jauhkan
daripada kita kerana tiada siapapun yang berakal merasa rela menerimanya
tambahan lagi takdir yang buruk itu datang tanpa di ketahui datang dari
Tuhan, walau bagaimanapun takdir kejahatan pasti ada hikmah di
sebaliknya. Dan lagi FirmanNya:…
Maksudnya: Katakanlah olehmu segala
sesuatu itu datang daripada Allah (An Nisa 7 8) Ayat yang di atas
menerangkan bahawa setiap sesuatu itu datang daripada Allah , dan
sesuatu itu dimaksudkan pula secara syumul sama ada makhluk ciptaanNya
ataupun setiap sesuatu itu bermaksud segala pergerakkan alam datang
daripadaNya atau apa juga takdir yang berlaku kepada sekalian makhlukNya
adalah datang disebabkan atas kehendakNya. Terlalu banyak ayat Al Quran
yang menyebut tentang Af’al Allah di antaranya Allah berfirman:
Maksudnya: Allahlah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan (As
Shofat 97) Maksud ayat yang di atas ini ialah Allah menerangkan bahawa
Dialah yang menjadikan manusia (kita) sama ada zahir dan batinnya dan
Dialah juga yang menggerakkan manusia itu. Dan lagi firmanNya:
Maksudnya: Tidaklah kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi
Allahlah yang melempar (Al Anfal 17) Ayat yang di atas menerangkan
bagaimana kuasa melempar yang datangnya daripada manusia itu di anggap
sebagai kuasa yang terdapat daripada manusia, akan tetapi sebenarnya
adalah datang daripada Allah swt, inilah rahsia kombinasi sifat Qahar
dan sifat Kamal yang kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya kerana ia
di anggap soal remeh dan memeningkan akal dan jangan ada hendaknya
manusia menjadikan pengetahuan yang hak itu sebagai mangsa kepentingan
didi dan kuasa wal hal ia suatu yang wajib di ketahui kerana akal adalah
makhluk dan dia perlu beribadat dengan menggunakan akal tersebut dan
demikianlah juga kehidupan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini,
dan kebanyakkan manusia tidak mengetahui bahawa akal itu adalah yang
tersirat yang menentukan hala tuju manusia mengabdikan diri kepada
Allah, juga manusia perlu berfikir bagaimana sesuatu perbuatan itu dapat
di laksanakan jika akal tidak memainkan peranannya apabila hendak
melakukan sesuaru rancangan yang sempurna, dan manusia juga perlu
berfikir sebelum melakukan sesuatu itu adakah terlarang atau di
perintah. Dan lagi firmanNya: Maksudnya: Dan tidaklah kamu yang
berkehendak melainkan apa yang di kehendakki oleh Allah (At Takwir 29)
Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kehendak setiap manusia itu
sebenarnya adalah kehendak Allah swt, dan kehendak Allah itu adalah
takdir yang di timpakan kepada manusia mengikut taraf sifat dan sikap
nafsu seseorang itu, kerana itulah manusia perlu melihat fungsi akalnya
supaya berikhtiar untuk menyelamatkan dirinya dengan mencuci sikap hawa
nafsu nya,tidak boleh bersikap jabariyah kerana Allah telah mengurniakan
manusia akal untuk berikhtiar bagi menyelamatkan diri mengikut arahan
Tuhan di dalam Al Quran dan di sinilah setiap manusia perlu bertanyakan
kepada dirinya tentang faedah apa Allah kurniakan kepadanya akal dan
akal itu hendaklah di rujuk kepada konsef jabariyah sama ada boleh
mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia ataupun tidak atau apa yang
sebenarnya konsef jabariyah tersebut di dalam kehidupan manusia dan
ketika mana ia perlu di gunakan di dalam kehidupan ini tidak bermakna
sifa t jabariyah itu tidak perlu ada akan tetapi ia perlu di lihat dari
konsef kehidu pan seorang manusia yang bertugas sebagai khalifah di bumi
bagi menunaikan perin tah Allah swt dan jabariyah bukanlah suatu konsef
yang mendorong manusia berlepas tangan dengan tugas sebagai khalifah
jika ia di rujuk kepada fungsi akal yang sentiasa berfikir kepada soal
kebaikkan dan kesempurnaan.
TAUHIDUL ASMA
Setiap yang beriman kepada Tuhan
wajib pula mereka mempercayai bahawa Tuhan mereka dan Tuhan sekalian
makhluk itu mempunyai nama-nama yang terten tu dan indah, yang mana
nama-nama tersebut mempunyai maksud yang tertentu dan mempunyai maksud
pengertian yang sesuai dengan kuasaNya, dan nama tersebut begitu penting
bagi diriNya untuk mentadbir seluru alam ciptaanNya dan namanama itu
juga penting di ketahui oleh sekalian hambaNya supaya mereka memahami
akan setiap kejadian adalah datang daripada kekuasaan Tuhan, diantara
nama-nama Tuhan yang paling agong ialah ALLAH, yang mana nama tersebut
mengandungi pengertian Zatnya atau diriNya, AsmakNya atau namanamaNya
yang baik dan agong, Sifat-sifatnya dan Af’a lNya, kesemuanya ini wajib
di ketahui supaya manusia khususnya terelak daripada melakukan
penyekutuan (Syirik) kepada Tuhan, di dalam Asmak Tuhan tiada satupun
sifat AsmakNya yang tiada berfaedah terhadap makhluk ciptaanNya, ini
kerana dengan AsmakNyalah Tuhan memerintahkan kepada manusia supaya
menyeru AsmakNya apabila memohon sesuatu hajat, asmak Allah swt ini
adalah sifat mutlak Allah untuk mentadbir makhlukNya, dan ia adalah
bertaraf Zat kerana dengan nama-nama tersebut menunjukkan Dia memilikki
kebesaran dan keagungan yang mutlak, di dalam Al Quran Allah berfirman
di dalam surah Al A’araf ayat 180Maksudnya: Dan Allah mempunyai
nama-nama yang baik dan mulia Berdo’alah kepadaNya dengan menyebut
nama-nama itu Pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dengan
Menyebut nama itu, mereka akan dapat balasan dengan Apa yang mereka
kerjakan Ayat di atas menunjukkan kuasa yang telah di tetapkan oleh
Allah swt kepada manusia supaya menyebut AsmakNya apabila mahu yang
memohon sesuatu hajat kepadaNya dengan menyebut namanamaNya, ini bererti
apabila kita mahu bermohon sesuatu maka kita serulah ALLAH dahulu
kemudian baharulahmita seru namaNya yang lain, sebagai contoh ” Ya Allah
Ya Rahman” (Wahai Tuhan yang amat Pengasih) kita sebut begitu adalah
kerana Allah itu adalah ganti nama kepada Zat (DiriNya) dan Rahman
adalah sikap sifat Zat yang Pengasih, jika kita seru dengan Rahman
sahaja mungkin seolah-olah kita akan melupai akan diriNya, itu adalah
suatu tertib yang jelas dan nyata, kerana pada ayat Al A’araf di atas
ada larangan Allah kepada segolongan manusia yang menggunakan namaNya
sahaja untuk kepen tingan diri dengan menyebut nama-namaNya sahaja tanpa
menyebut nama bagi Zat (Al lah) dengan tujuan mengqadamkan Asmak Allah
tersebut
ASMAUL HUSNA TERBAGI DUA
Asmaul Husna atau nama-nama Allah
terbahagi dua kumpulan besar, satu dikenali sebagai Asmaul Adhom dan
lagi satu Asmaul Husna, Asmaul Adhom maksudnya Nama-namaAllah yang meng
Agongkan ZatNya, Asmak ini khusus untuk DiriNya sahaja, ia bertujuan
meng Agongkan diriNya supaya dapat membezakan dengan makhluk ciptaanNya,
ertinya Asmaul Adhom itu hanya di timpakan kepada Zat sahaja, sementara
Asmaul Husna adalah nama-nama Tuhan yang di-timpakan kepada seluruh
alam ciptaan Tuhan yang menunjukkan kuasa mentadbir dan takdirNya dari
ke Esaan ZatNya.
TAUHIDUL SIFAT
Wajib mempercayai ujud sifat Allah
swt, yang di maksudkan dengan sifat di siniialah sifat yang berdiri pada
Zat Allah atau sifat yang bergantung kepada Zat Allah, ada pandangan
ulamak ilmu ketuhanan mengatakan bahawa tiada istilah sifat di dalam
ilmu ketuhanan kerana Allah sudah memilikki sifat Asmaul Husna yang
indah dan Dia tidak memerlukan sifat lagi, hujah mereka ialah apabila
Zat yang MahaAgong itu sudah memilikki sifat kamalat yang tidak
terhingga banyaknya itu serta qadim pula maka apa perlu Dia
berkehendakkan kepada sifat yang lain, pada masa lah inilah para ulamak
ilmu ketuhanan cuba merungkaikan dengan berijtihad mensari jalan
penyelesaian dengan mengujudkan ilmu yang di kenali sebagai sifat yang d
ua puluh, yang mana ilmu ini cuba mencari jalan penyelesaian dengan
sewajarnya sehingga mereka (ulamak ilmu ketuhanan) menemui jalan
penyelesaian terhadap ilmusifat ini dan mereka memperkenalkan maksud
sifat itu ialah yang berdiri pada Zat atau sifat yang mengharapkan
kepada Zat dengan istilah sifat ma’ani (sifat bermak ana) sementara
sifat Zat yang qadim (Sifat Asmaul Husna) di istilahkan kepada sifat
Ma’anawiyah (sifat yang memberi makna) ertinya sifat Ma’anawiyah
memberikan makna kepada sifat ma’ani, sebagai contoh jika sifat ma’ani
itu sifat qudrat maka yang memberikan makna kepada sifat qudrat itu
ialah sifat Asmak Allah yang bernama Qadirun, sebagai contoh, sifat
qudrat bermaksud kuasa, dan sifat Qadirun bermakna Yang amat Berkuasa
oleh itu Yang amat Berkuasa memberikan kuasa (tenaga) kepada sifat kuasa
maka barulah sifat qudrat itu memperolehi kuasa dan demikianlah kepada
sifatsifat yang lain, oleh kerana itu jelaslah sifat qudrat itu adalah
makhluk. Para ulamak ilmu Ketuhanan menggariskan beberapa sifat dan
istilahnya di dalam keilmu an ini supaya di fahami oleh manusia untuk
permulaan memahami mengenal Allah dan hamba Tuhan, mengenal Tuhan yang
ghaib dan tersirat dan mengenal hamba yang ter sirat dan tersurat, dan
di sinilah punca perhubungan di antara yang ghaib dan yang nyata
bermula, dan perlulah di ketahui yang mana di antaranya yang memberi
erti di dalam kehidupan manusia dan perhubungannya dengan Tuhan dan
menetapkan yang lebih berkuasa di antaranya, kerana itu para ulamak di
dalam bab ilmu ini mela hirlah istilah Nafsiyah, Salbiyah, maani dan
Maanawiyah, para ulamak juga menggariskan susunan jumlah sifat pada
setiap bahagian dari sifat tersebut mengikut kesesuaian sifat tertentu
kepada setiap bahagian supaya tujuan ilmu tersebut menepati ilmu akidah
dan memberikan kefahaman dengan jelas seperti yang tersenarai di bawah
ini:
1. Sifat Nafsiyah di bahagikan kepada satu iaitu sifat Wujud
2. Sifat Salbiyah di bahagikan kepada
lima sifat iaitu Qidam Baqo, Mukholafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu
Binafsih dan Wahdaniyah
3. Sifat Maani di bahagikan kepada
tujuh sifat iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’a, Bashar, dan
Kalam, Sifat Maanawiyah di bahagikan kepada tujuh sifat iaitu sifat
4. Qadirun, Maridun, Alimun, Hayyun,
Sami’un, Bashirun dan Mutakallimun iaitu sifat Asmaul Husna Kesemua
sifat diatas berjumlah dua puluh sifat, dan istilah sifat di berikan
kepada semua sifat dua puluh itu adalah kerana mengelakkan kepada
pengamal ilmu ini dari bercakap tentang Zat, akan tetapi jika kita nahu
memahami ilmu yang sebenarnya ialah Nafsiyah itu ialah Zat yang bertaraf
Diri Tuhan, Salbiyah bertaraf Keagungan Tuhan , Ma’ani bertaraf makhluk
Tuhan dan Ma’anawiyah bertaraf Asmaul Husna Tuhan ia itu s ifat Tuhan
oleh yang demikian taraf sifat itu yang di katakana berdiri atau meng
harapkan pergantungannya kepada Tuhan adalah bertaraf makhluk kerana
Tuhan tidak memerlukan pergantunganNya dengan sesiapa, dan kerana itulah
juga di dalam ilmu sifat dua puluh memberi kefahaman kepada ilmu
mengenal Rububiyah dan Uluhiyah atau ilmu di antara Tuhan dan hamba,
iaitu hamba yang tersembunyi iaitu Rohani yang bersumer dari sebahagian
dari sifat maani tersebut, atau di kenali juga sebagai sifat Qahar yang
bersumber daripada sifat Maani bukan hamba yang tersurat iaitu jasad
manusia, dan sifat inilah yang di maksudkan yang berdiri atau bergantung
pada Zat, iaitu Zat Maanawiyah (Asmaul Husna) bukan Zat Nafsiyah dan
sementara itu Zat Maanawiyah pula berserta dengan Zat Salbiyah dan Zat
Salbiyah pula adalah menunjukkan Keagungan Zat Nafsiyah, ini bererti
Nafsiyah, Salbiyah, Maanawiyah sentiasa berserta dengan sifat Maani,
maka di sinilah kefahaman orangorang yang mengenal Allah dan mengenal
diri supaya meninjau dan memahami ilmu INSAN KAMIL yang menemukan di
antara sifat Qahar dan sifat Kamal Allah swt, pertemuan di antara tiga
kumpulan sifat Salbiyah, Maanawiyah dan sifat Maani yang mana sifat ini
merupakan sifat Al Uluhiyah di dalam bab ilmu Iftiqar, kerana itulah
setiap manusia wajib memahami ilmu akidah supaya mereka memahami Alif Ba
Ta ilmu Ketuhanan dan Kehambaan, ia itu hamba yang ghaib dan tersirat
yang di kenali secara umum sebagai makhluk Allah swt, yang diperintahkan
kepada manusia supaya mengenal dan mememikirkannya (Fikirkanlah tentang
makhluk Allah) oleh kerana itulah di katakana bahawa sifat Maani itu
adalah bayang-bayang kepada sifat Maanawiyah.
TAUHIDUL AF’AL
Manusia yang masih hidup wajib
mempercayai,mengakui bahawa segala Af’al Allah datang daripada kuasa ke
Esaan Tuhan, inilah suatu fahaman akidah yang tidak dapat hendak di
nafikan oleh seluruh manusia, dan Af’al Allah itu membawa maksud segala
gerak dan diamnya sekalian makhluk yang di jadikan Tuhan adalah kerja
buat perbuatan Allah di atas takdirNya, jika manusia tersilap menyangka
segala perbuatannya itu atas kuasa mutlak darinya sendiri tanpa di
kaitkan dengan takdir maka terperangkaplah manusia itu dengan perbuatan
syirik, ramai di kalangan manusia yang terperangkap dan memerangkap
dirinya ke dalam perbuatan syirik ini kerana kejahilannya atau
kemalasannya kerana tidak mengambil berat dan yakin untuk mempelajari
ilmu Ketuhanan dan kehambaan dan tidak kurang yang mengambil rengan
dengan ilmu dirinya sendiri, dan ada di kalangan manusia yang menamakan
ilmu Af’al Allah ini sebagai ilmu takdir daripada Tuhan kerana itu
mereka selalu mengingatkan diri mereka dengan selalu berdo’a. Maksudnya:
Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang datang
daripadaMu Manusia berlindung dan mengharapkan kepada Tuhan supaya
segala takdir kejahatan dan kecela kaan dijauhkan daripada kita kerana
tiada siapapun yang berakal merasa rela menerimanya tambahan lagi takdir
yang buruk itu datang tanpa di ketahui datang dari Tuhan, walau
bagaimanapun takdir kejahatan pasti ada hikmah di sebaliknya. Dan lagi
FirmanNya:…
Maksudnya: Katakanlah olehmu segala
sesuatu itu datang daripada Allah (An Nisa 7 8) Ayat yang di atas
menerangkan bahawa setiap sesuatu itu datang daripada Allah, dan sesuatu
itu dimaksudkan pula secara syumul sama ada makhluk ciptaanNya ataupun
setiap sesuatu itu bermaksud segala pergerakkan alam datang daripadaNya
atau apa juga takdir yang berlaku kepada sekalian makhlukNya adalah
datang di sebab kan atas kehendakNya. Terlalu banyak ayat Al Quran yang
menyebut tentang Af’al Allah di antaranya Allah berfirman: Maksudnya:
Allahlah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan (As Shofat 97)
Maksud ayat yang di atas ini ialah Allah menerangkan bahawa Dialah yang
menjadikan manusia (kita) sama ada zahir dan batinnya dan Dialah juga
yang menggerakkan manusia itu. Dan lagi firmanNya:..
Maksudnya: Tidaklah kamu yang
melempar ketika kamu melempar tetapi Allahlah yang melempar (Al Anfal
17) Ayat yang di atas menerangkan bagaimana kuasa melempar yang datang
nya daripada manusia itu di anggap sebagai kuasa yang terdapat daripada
manusia, akan tetapi sebenarnya adalah datang daripada Allah swt, inilah
rahsia kombinasi sifat Qahar dan sifat Kamal yang kebanyakkan manusia
tidak mengetahuinya kerana ia dianggap soal remeh dan memeningkan akal
dan jangan ada hendaknya manusia menjadikan pengetahuan yang hak itu
sebagai mangsa kepentingan didi dan kuasa wal hal ia suatu yang wajib di
ketahui kerana akal adalah makhluk dan dia perlu beribadat dengan
menggunakan akal tersebut dan demikianlah juga kehidupan manusia sebagai
khalifah di muka bumi ini, dan kebanyakkan manusia tidak mengetahui
bahawa akal itu adalah yang tersirat yang menentukan hala tuju manusia
mengabdikan diri kepada Allah, juga manusia perlu berfikir bagaimana
sesuatu perbuatan itu dapat di laksanakan jika akal tidak memainkan
peranannya apabila hendak melakukan sesuaru rancangan yang sempurna, dan
manusia juga perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu itu adakah
terlarang atau di perintah. Dan lagi firmanNya: Maksudnya: Dan tidaklah
kamu yang berkehendak melainkan apa yang di kehendakki oleh Allah (At
Takwir 29) Ayat yang di atas menunjukkan bahawa kehendak setiap manusia
itu sebenarnya adalah kehendak Allah swt, dan kehendak Allah itu adalah
takdir yang di timpakan kepada manusia mengikut taraf sifat dan sikap
nafsu seseorang itu, kerana itulah manusia perlu melihat fungsi akalnya
supaya berikhtiar untuk menyelamatkan dirinya dengan mencuci sikap hawa
nafsunya,tidak boleh bersikap jabariyah kerana Allah telah mengurniakan
manusia akal untuk berikhtiar bagi menyelamatkan diri mengikut arahan
Tuhan di dalam Al Quran dan di sinilah setiap manusia perlu bertanyakan
kepada dirinya tentang faedah apa Allah kurniakan kepadanya akal dan
akal itu hendaklah di rujuk kepada konsef jabariyah sama ada boleh
mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia ataupun tidak atau apa yang
sebenarnya konsef jabariyah tersebut di dalam kehidupan manusia dan
ketika mana ia perlu di gunakan di dalam kehidupan ini tidak bermakna
sifat jabariyah itu tidak perlu ada akan tetapi ia perlu di lihat dari
konsef kehidupan seorang manusia yang bertugas sebagai khalifah di bumi
bagi menunaikan perintah Allah swt dan jabariyah bukanlah suatu konsef
yang mendorong manusia berlepas tangan dengan tugas sebagai khalifah
jika ia di rujuk kepada fungsi akal yang sentiasa berfikir kepada soal
kebaikkan dan kesempurnaan.
MERAGUI TAKDIR
Meragui takdir daripada Allah swt
adalah berdosa dan boleh merosakkan keimanan seseorang dan seterusnya
boleh menjadi sesat yang nyata kerana ada kemungkinan sebahagian manusia
menyalahkan ketentuan takdir Tuhan, tambahan pula jika ada yang membaca
firman Tuhan di dalam surah An Nahl ayat 93, Firman Allah:…
Maksudnya: Jika Allah berkehendak
tentulah Dia menjadikan kamu satu umat akan tetapi Dia akan sesatkan
siapa yang dikehendakiNya, dan Dia berikan petunjuk kepada siapa yang
Dia kehendaki, sesungguhnya kamu akan di Tanya apa yang kamu kerjakan.
(An Nahl 93) Ayat di atas menunjukkan kekuasaan Tuhan untuk menentukan
takdir seseorang tersebut sama ada Tuhan hendak sesatkan ataupun tidak,
sepintas lalu kelihatan berlaku buruk sangka terhadap Tuhan kerana
ketidak adilanNya terhadap konsef takdir Tuhan terhadap hambaNya, ada di
kalangan hambaNya yang merasa keciwa dengan ketentuan ini seolah-olah
ada pilih kasih diantara seorang hamba dengan hambaNya yang lain,
persoalannya adakah adil sifat kasih sayang Allah yang sedemikian rupa?
Bagaimana penilaian Allah terhadap sekalian hambaNya? semuanya ini wajib
di jawab mengikut ketentuan Tuhan di dalam banyak amaranNya di dalam Al
Quran, dan kepada orang-orang yang beriman sepatutnya mereka tidak
meragui akan keadilan Tuhan dan mereka perlu membaca diri sendiri
terlebih dahulu sama ada mereka sudah menepati hidup sebagai seorang
hamba kepada Tuhan atau hidup sebagai sekutu syaitan dan hawa nafsunya
yang jahat lagi syirik, cuba kita tinjau ayat-ayat ketentuan Tuhan
terhadap manusia sehingga menyamakan manusia seolah-olah
dikelasifikasikan sebagai haiwan dan syaitan sebag aimana firmanNya,
Maksudnya: Sesungguhnya sejahat-jahat binatang yang melata dis isi Allah
ialah orang kafir kerana tidak mahu beriman. (Al Anfal 55) Ayat yang di
atas ditujukan kepada orang-orang yang tidak mahu beriman kepada
perkara keimanan, ini bererti hanya orang kafir yang tidak mahu beriman,
jika mereka beriman tentulah mereka tidak dituduh sedemikian rupa dan
tentulah mereka melaksanakan peraturan Tuhan dengan sewajarnya dan Allah
juga berfirman di dalam Al Quran, Maksudnya: Dan demikianlah Kami
jadikan tiap-tiap Nabi itu musuh iaitu syaitan dari jenis manusia dan
Jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan
yang menarik untuk menipu manusia, jika Tuhan menghendakki, nescaya
mereka tidak mengerjakannya maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang
mereka ada-adakan (Al-An’am 112) Firman Allah swt di atas jelas
menunjukkan bahawa Allah telah menjadikan syaitan jenis manusia dan
syaitan dari jenis keturunan Jin sebagai musuh kepada Nabi-nabi sebagai
ujian terhadap mereka dalam menjalankan Tugas amanah daripada Tuhan,
Nabi-nabi yang diperintahkan oleh Allah swt supaya menyampaikan cara
kehidupan yang telah di tetapkan oleh Allah dengan peraturanNya dan
mengikut kesesuaian asal anasir manusia itu ternyata mendapat tentangan
daripada kedua-dua jenis syaitan tersebut semata-mata kerana keangkuhan
dan ketakburan sikap mereka yang semula jadi daripada Allah sebagai
ujian kemantapan keimanan terhadap manusia yang beriman, dan di sinilah
rahsia kejadian setiap sesuatu alam itu wajib di ketahui oleh
orang-orang yang beriman dan Allah tidak menjadikan sesuatu jenis
makhluk itu dengan sia-sia melainkan ada hikmah yang tersirat yang perlu
di fahami oleh manusia, ertinya manusia wajib memahami kerja mereka dan
syaitan perlu memahami kerja mereka, namun apa yang dapat kita lihat
ialah hanya syaitan sahaja yang patuh dengan kerja mereka sementara
manusia tidakmemahami tugas mereka sebagai seorang manusia, sebab itulah
rahsia dari Tuhan yang mengatakan jika Tuhan menghendaki nescaya mereka
tidak mengerjakannya, ertinya kerja permusuhan syaitan itu adalah restu
daripada Allah juga untuk menguji manusia sejauh mana manusia hidup
secara manusia sebagaimana yang telah di sampaikan oleh Nabi-nabi, jika
apa yang telah di sampaikan oleh Nabi-nabi itu tidak diikut atau di
remeh temehkan atau di provokasikan maka izin Tuhan kepada syaitan untuk
menyesatkan manusia adalah tinggi dan Tuhan pasti berkehendakkan atau
mengizinkan kepada syaitan untuk menjadikan Nabi-nabi sebagai musuh,
sebab itulah juga Allah menyatakan “Demikianlah Kami jadikan setiap Nabi
itu musuh” dan selepas Nabi-nabi pewaris Nabi-nabi pula, golongan
inilah pada peringkat awalnya menerima ujian yang awal daripada Allah,
dan tidak kurang daripada mereka itu (dari pewaris nabi) kecundang
kerana kepentingan jawatan dan kehidupan, cuba kita bayangkan apa akan
terjadi jika golongan yang bukan dari kalangan Nabi-nabi dan pewarisnya
yang diuji pada peringkat awal pengembangan agama daripada Allah
tersebut maka sudah tentu manusia semuanya akan menjadi syaitan, kerana
itulah manusia patut menghormati ulamak, jangan sampai ada manusia yang
memandang bodoh dan jijik terhadap golongan ini kerana ketayap dan
songkoknya yang lusuh, namun kerananyalah roh ajaran Nabi-nabi itu
melindungi kamu dan di akhirat nanti kamu akan dapat melihatnya walaupun
di dunia ini kamu mencemuhnya.
KETENTUAN TUHAN
Ketentuan tetap berlaku sepanjang
kehidupan manusia kerana ketentuan itu adalah majhul (ketentuan yang
tidak di ketahui) terhadap kehidupan manusia yang menyebabkan manusia
merasa gelisah, jika tidaklah kerana majhul mungkin manusia dalam
keadaan bersiap sedia bagi menghadapi takdir, namun takdir tidak
mengizinkan sedemikian kerana ia mendorong kepada akidah yang sempit dan
amalan yang bermusim, apa yang penting ialah manusia di kehendakki oleh
Allah dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi
sebarang kemungkinan, di dalam Al Quran Allah berfirman: Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad) tidak sesekali akan menimpa kami melainkan
apa yang telah di tetapkan (Allah) bagi kami, Dialah Pengawal
menyelamatkan kami, kepadaNyalah orang orang beriman menyerahkan diri
Ayat yang di atas Allah swt memberikan panduan kepada manusia supaya
memahami konsef takdir daripada Allah swt iaitu ketetapan daripada Allah
swt itu adalah kata putus tertimpanya segala takdir sama ada baik
ataupun buruk, sama ada kecelakaan atau segala mushibah kerana Dialah
yang mengawal semua makhluknya termasuk manusia, akan tetapai di sana
ada syarat yang kelihatan mampu di jadikan tauladan iaitu orang yang
menyerahkan dirinya kepada Allah swt dengan syarat ilmu dan amalan dan
dengan syarat berusha tanpa melakukan penyekutuan kepada Allah swt dan
ini perlu di fahami dan mencari ilmu yang berkait dengan tawakkal, bukan
setakat ucapan mulut sahaja tanpa memahami ilmu tawakkal tersebut, dan
sesungguhnya konsef takdir yang membawa kepada Af’al Allah itu tersangat
luas dan perlu berhati-hati memahaminya, apa yang penting ialah setiap
takdir sama ada baik ataupun burukitu mesti di kaitkan dengan sebab dan
musabab sama ada dari kebodohan dan kecerdikkan kita sebagaimana firman
Allah swt menyatakan: Maksudnya: Sesungguhnya berbahagialah orang yang
membersihkan dirinya, dan sesungguhnya celakalah orang yang mengotorkan
dirinya (As Syam 9, 10) Ayat yang di atas menerangkan kepada kita bahawa
orang yang membersihkan dirinya (Membersi hkn diri yang di dalam) akan
berbahagia dan kepada yang tidak mempedulikan dirinya atau mengotorkan
diri akan di tetapkan oleh Allah dengan takdir keburukkan, ini
menunjukkan ada ikhtiar daripada manusia untuk selamat kerana rahsia
akal yang dikurniakan Allah kepada mereka, kerana itulah manusia wajib
mengenal dirinya supaya mereka memahami diri manakah yang perlu di
bersihkan, apabila diri sudah bersih maka Allah akan memelihara kita
dari takdir yang kita benci mengikut pandangan Allah swt jika kita
kotorkan diri kita maka Allah akan berikan takdirnya mengikut diri yang
kotor, sebab itu manusia kena belajar perkara diri yang tersirat iaitu
diri tempat penilaian Allah swt Dan lagi Allah berfirman: Maksudnya:
Tiada sekutu baginya, dan demikianlah aku di perintah, dan aku adalah
Muslim yang pertama (Al An’am 163) Selain daripada ayat yang menerangkan
kepada manusia supaya mensucikan diri, Allah juga menetapkan supaya
manusia membuat pengakuan supaya tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu
daripada alam ciptaaNya, kerana tidak menyekutukan Allah adalah konsef
umat manusia yang awal sejak daripada alam Roh lagi di mana ketika itu
diri sebenar diri manusia telah membuat pengakuan “Tiada Tuhan yang di
sembah melainkan Allah” ketika mana pada waktu menjawab pertanyaan Allah
ALAS TUBIROBBI KUM (Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?) Sebenarnya manusia
perlu me mahami bahawa diri kita yang tersirat telahpun di jadikan oleh
Allah swt lebih awal daripada diri yang zahir iaitu jasad manusia, iaitu
diri yang telah di tetap kan oleh Allah yang datang daripada Allah dan
kembali kepadaNya, dan apabila kedua-dua konsef membebaskan diri
daripada syirik dan mensucikan diri di atas maka barulah Allah swt
mengampunkan manusia apabila manusia itu memohon ampun dan barulah Allah
menimpakan takdir yang baik dan mendorong manusia kepada kebaikkan
serta beberapa taufik dan hidayahNya, apa yang penting ialah setiap
kerja buat kita hendaklah menuju kepada redha Tuhan dan sesame manusia
kerana itulah manusia di berikan oleh Allah suatu ketenangan dari
jaminanNya sebagaimana firmanNya di bawah ini Firman Allah swt:
Maksudnya: Bahawa Tuhanku telah mengampuni aku dan aku di jadikan
daripada golongan yang di muliakan (Yasin ayat 27)
Sebenarnya manusia dapat merasakan
keampunan daripada Tuhan setelah semua yang menggagalkan kehidupannya
masa yang lalu berlalu dengan merasakan ketenteraman di dalam jiwanya
dan ketenangan akal dan penambahan rezekinya daripada Allah swt dan
merasa ringan pula melakukan ibadat kepada Allah dengan dapat nerasakan
ketenangan di dalam kehidupan, dan didorong juga oleh Allah perasaannya
kepada kerja untuk melaksanakan hukum-hukum Allah dan meras akan dirinya
berdosa jika membiarkan suatu golongan yang memperjuangkan hukum Allah
tidak di bela dengan sewajarnya, sepatutnya umat islam sentiasa mencari
punca kelemahan yang ada pada dirinya terutama pada sikap hawa kepada
nafsunya yang tersirat dan tersorok di dalam lubuk hatunya yang mana
tempat tersebut sentiasa di nilai oleh Allah swt sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: Dan tidaklah ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut
hawa nafsunya, kerana tidak mendapat hidayat daripada Allah (Al Qashas
50) Didalam keilmuan ini apabila kita telah menyentuh soal Tauhidul Zat,
Asmak, Sifat dan juga Af’alNya maka terkumpullah ilmu kalimah tauhid di
situ iaitu kalimah LAILAHA ILL ALLAH, oleh kerana mahu mencari yang
tersirat maka Zat, Asmak Sifat itu adalah tersirat dan yang tersuratnya
adalah Af’alNya kerana dia dapat di lihat dan juga di nilai, kerana
itulah nilai ghaib adalah ghaib biasa dan ghaib luar biasa (Ghoibul
ghuyub). Ghaib luar biasa tidak dapat kita melihatnya hanya dapat
melihat kerja bekasNya sementara ghaib yang biasa dapat di lihat melalui
mata hati iaitu qalbun dan qalbi, itupun sekiranya kedua matahati itu
dicuci dengan zikirullah mengikut kaedah yang di tetapkan.
MENCARI TERSIRAT 2
Dalam mencari yang tersirat peringkat
kedua ini penulis bawa kepada konsep mengenal diri jenis makhluk yang
bernama manusia yang menjadi khalif ah di bumi secara ringkas,
sebagaimana yang di ketahui umum manusia adalah makhluk yang di jadikan
Tuhan sama dengan makhluk yang lain, asal usul awalnya di katakana
daripada Nur, ertinya daripada Allah sebagaimana firmanNya menyatakan
KULLA MIN INDALLAH (setiap sesuatu itu daripada Allah), sedangkan Allah
itu adalah Nur, memandangkan manusia ini adalah jenis makhluk yang
berdarjat tinggi jika di bandingkan dengan makhluk Allah yang lain,
dengan pengurniaan akal kepada mereka maka manusia perlu membuat
penilaian kepada dirinya sendiri, iaitu dengan membandingkan diri mereka
dengan makhluk Allah yang lain, oleh kerana itu manusia perlu keluar
daripada sifat makhluk kepada sifat manusia, dan daripada sifat manusia
kepada sifat Insan Kamil, dan dengan taraf Insan Kamillah baru manusia
itu menjadi sempurna sebagaimana firman Allah menyatakan: Maksudnya:
Sesungguhnya Kami jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian, kemudian Kami
kembalikan mereka ke tempat yang hina (At Tin 4, 5) Ayat yang di atas
jelas menunjukkan bahawa Allah swt telah menjadikan manusia sebagai
makhluk yang sempurna jika di bandingkan dengan makhluk yang lain, dan
kemudiannya akan di kembalikan di sisi Allah swt sebagai makhluk yang
hina, ini menunjukkan bahawa ada perbezaan pada darjat manusia itu
kerana setelah Allah jadikan dengan sempurna mana mungkin di kembalikan
pada tempat yang hina? inilah bukti yang kukuh yang menunjukkan manusia
itu mempunyai darjat tertentu, sebagai satu contoh adakah manusia
beribadat kepada Allah masih berdarjat makhluk atau berdarjat manusia
ataupun berdarjat Insan Kamil, itulah sebabnya para ulama’ membezakan
taraf manusia itu kepada beberapa darjat supaya dengan memahami darjat
tersebut dapatlah manusia melaksanakan tugasnya kepada Allah dengan
sempurna sejajar dengan kesempurnaan tersebut, dan kerana itulah manusia
perlu mengenali dirinya dan statusnya sebagai manusia yang sempurna dan
kerana itulah ulamak menyatakan (Sesiapa mengenal dirinya ia mengenal
Tuhannya, dan sesiapa mengenal dirinya maka binasalah ia) ayat ini
menunjukkan bahawa Man ini secara am sama ada manusia ataupun bukan
manusia jelasnya Man ini adalah bertaraf makhluk, namun apabila ia
mengenal dirinya Nafsahu maka barulah ia mengenal TuhanNya yang bernama
Rabbahu, iaitu Tuhan yang bertaraf Laisa kamis lihi syaiun (Yang tidak
berupa apa juapun) ini bererti manusia Man ini jika kita bawa kepada
pengertian manusia maka ia akan membawa kepada manusia yang jenis Laisa
kamislihi syaiun iaitu manusia yang batin atau di kenali sebagai Insan
atau di kenali juga sebagai diri sebenar diri yang bertaraf nyawa atau
Nafas, ia adalah sebahagian daripada diri Rohani, fungsinya adalah
sebagai menghidupkan diri jasmani ataupun diri yang bernama diri terperi
yang fungsinya di dalam batang tubuh sama ada yang turun dan naik
ataupun yang keluar dan masuk pada jasad manusia yang anasirnya yang
terdiri daripada Nafas, Nufus, Ampas dan juga Tanafas dan yang sentiasa
mengingat Allah tanpa henti-henti, sesungguhnya diri manusia yang
bertaraf Man dan Nafsahu ini wajib di kenali, dan ibadahnya pun wajib
juga di kenali, inilah nilai sebenar manusia, dan pada garis kasar
mengenal diri ini adalah patut di huraikan juga taraf diri yang lain,
iaitu diri kedua penting didalam kehidupan yang diberikan nama diri
terperi yang terdiri dari komponen rohani yang di kenali sebagai Roh,
Akal dan juga nafsu, ia juga di kenali sebagai Ruhul Yaqazah yang
fungsinya menentukan jasmani manusia berdaya dan berupaya kerana itu
orang sofi dan juga orang yang memahami jalan diri menyatakan Maksudnya:
Bahawa tiap-tiap jasad itu ada dua Roh, salah satu dari keduanya ialah
Roh Yaqazah (Roh menjagakan) yang di tentukan oleh Allah adat, jika ia
berada pada jasad, jadilah manusia itu jaga, maka apabila ia keluar
daripadanya (jasad) maka tidurlah manusia itu, dan berlakulah mampu,
yang lagi satu ialah Ruhul Hayat (Nyawa) yang di tentukan Allah adat,
jika ia berada pada jasad maka hidup lah jasad, apabila ia berpesan
daripada badan matilah manusia (jasad) dan kedua-dua jenis Roh ini
berada dalam jasmani manusia, tiada yang mengetahui tempat ketetapannya
melainkan Allah atas urusan itu Ayat yang di atas menerangkan bahawa
didalam jasad manusia itu terdapat dua jenis Roh, satu dikatakan bernama
Ruhul Yaqazah yang terdiri daripada Roh, Akal dan Nafsu, yang mana
Ruhul Yaqazah ini juga di kenali sebagai hati, ia memberikan fungsi
kepada manusia supaya hidup bererti, dengan adanya Roh di dalam jasad
maka ia dapat memberikan kekuatan dan keupayaan kepada setiap komponen
jasmani, Akal pula dapat memberikan kuasa berfikir, mengingat, dan
berperasaan dan menyimpan segala maklumat masa silam dan semasa,
sementara fungsi yang terdapat pada anasir hawa Nafsu pula ialah untuk
melahirkan sikap berkeinginan, berkecenderungan dan mempengaruhi serta
mendorong kepada sesuatu pergerakan untuk menyempurnakan niat yang
datang daripada akal, Ruhul Yaqazah ini jika dia masih berada didalam
jasad maka manusia akan menjadi aktif dengan berkesedaran sebagaimana
manusia semua maklum, dan apabila ia keluar daripada jasad maka jasm ani
menjadi hilang keupayaan aktifnya secara total semua ini adalah atas
ketentu an Allah yang mentadbir dan mengatur alam ciptaanNya, di dalam
Al Quran pada surah Az Zumar ayat 42 Allah menyatakan bahawa Ruhul
Yaqazah ini di tahan kemudian di lepaskan, jika di lepaskan bermaksud
jasad menjadi aktif dan peranannya dapat dilihat dan apabila ditahan
maka jasad menjadi hilang berkeupayaan, hilang fungsi minat, dan hilang
keupayaan untuk berfikir, maka jadilah jasad tidak bermaya dengan
istilah tidur, sebagaimana yang telah di terangkan Allah di dalam surah
Al An’am ayat 60, sementara satu lagi jenis Roh dinamakan Ruhul Hayat
atau di kenali sebagai nyawa kepada jasad, atau dikenali juga sebagai
Insan batin, Ruhul Hayat (Roh menghidupkan) ini selagi ia tidak keluar
daripada jasmani maka jasad tidak akan mati, ertinya manusia tidak akan
mati-mati selagi ia tidak keluar daripada jasad, akan tetapi apabila ia
keluar maka jasad manusia akan mati dan menjadi busuk atau hilang ghaib,
sementara Ruhul Yaqazah akan mengikutinya kemana saja ia berada.
Sebenarnya Rohani yang terdiri daripada anasir Roh, Akal, Nafsu dan
Nyawa adalah makhluk yang tersirat dan yang berhak di istilahkan sebagai
diri yang sebenar kepada manusia, dialah yang lebih awal Allah jadikan
sebelum Allah ciptakan manusia dari jenis yang tersurat dan yang menjadi
kepada rumah Rohani tersebut, kaedahnya samalah juga dengan kita
memilikki tempat kediaman yang mana kita boleh keluar dan masuk dan
memeliharanya dengan baik supaya dapat tinggal lama di situ, kerana
itulah kita perlu selalu berdo’a kepada Allah atas rasa syukur apabila
Rohani itu di kembalikan Allah kedalam jasmani supaya dapat meneruskan
kerja khalifah di bumi ini (Segala pujian bagi Allah yang telah
mengembalikan Rohku kepadaku, dan yang telah menyegarkan pada tubuhku)
do’a ini menunjukkan bahawa Rohani(Ruhul Yaqazah) itu boleh keluar dan
masuk kedalam jasad manusia atas keizinan Allah swt. Rohani dan
komponennya mempunyai istilah yang tersangat banyak sehingga ia
memeningkan akal manusia untuk memikirkannya, pada pandangan penulis
istilah yang berbagai-bagai itu adalah cara seseorang itu berguru
mengikut fahaman tarikattarikat yang tertentu sahaja, apa yang lebih
penting ialah meyakini ianya ada di dalam jasad manusia dengan
dalil-dalil nas Al Quran dan hadis Rasullullah saw, ini bererti jika
orang yang tidak selalu merujuk kepada Al Quran atau berwirid dengannya
maka ia tidak akan berjumpa dengannya malah ada yang menafikan atau
membuat tuduhan yang tidak ada asas terutama pada golongan yang athies
dan tiada keimanan yang kukuh dan melulu atau mencegah daripada
membincangkannya kerana ia di katakan itu hanya urusan Allah walaupun ia
di muatkan di dalam Al Quran yang menjadi asas panduan kehidupan
manusia yang di turunkan daripada langit oleh Allah kepada manusia.
Sememangnya manusia buat zaman akhir ini terlalu meragam dengan istilah
kerohanian ini malah ada yang tersangat takut dengan istilah tersebut
kerana di katakana tersangat bahaya kepada kepentingan mereka walaupun
ianya benar mengikut Nas, dan tidak kurang pula yang mengatakan yang
ghaib hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, dalam masa yang sama mereka
percaya pula kepada Allah yang Maha ghaib dan di tuntut pula untuk
mempercayainya serta mengenaliNya, demikian juga kepada malaikat yang
ghaib serta syaitan yang ghaib, bagi penulis orang yang sedemikian rupa
tinggalkan saja mereka itu, nanti di akhirat mereka boleh menyaksikan
apa yang benar dan yang salah dan manusia bukanlah terus hidup dan hidup
terlalu lama untuk membuktikan fahaman mereka itu. Hanya orang yang
Allah tunjukkan jalan saja yang memahami dan meyakini perkara yang ghaib
itu kerana mereka dapat melihat dengan mata hatinya yang di izinkan
oleh Allah swt (Hati orang yang arif mempunyai mata memandang, matanya
dapat melihat apa yang tidak dapat di lihat pandangan biasa)
SEMBAHYANG TAQWA
1. Setiap manusia yang melakukan
sembahyang wajib mengaku sebagai manusia yang sempurna, iaitu Insan
kamil . Kerana itu sesiapa yang tidak sembahyang maka ia bukanlah
manusia yang sempurna, yang bererti ia bertaraf makhluk sebagaimana
Azazil yang telah berkhidmat dengan Tuhan selama 12,000 tahun kepada
Tuhan kemudian berakhir dengan menderhaka kepadaNya.
2. Derhakanya Azazil kepada Tuhan
kerana tidak mengetahui rahsia perintah tunduk kepada Adam a.s oleh
Allah swt, ertinya tidak mahu sembahyang dan akhirnya ia terus dilaknat
oleh Allah dengan nama syaitan bertaraf iblis.
3. Sembahyang itu adalah untuk
mempraktikkan ikrar dan janji kita semasa di Alam Roh. Ia bukanlah
membawa kepada masuk ke syurga, hanya menunaikan ikrar dan janji rahsia
tunduk di Alam Roh dan rahsia masuknya peristiwa Rohani kedalam jasad
bayi kedalam perut ibu yakni tanda Ubudiah (pengabdian seorang hamba).
Firman Allah: Maksudnya: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila
kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu
sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telahmenjadikan Allah sebagai
saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu
lakukan (An-Nahl 91)
4. Sembahyang seorang ahli taqwa
tidak ada lafaz usalli, kerana usalli kepada orang taqwa adalah hal yang
maklum, kerana usalli itu adalah kerja orang awam, dan sembahyang yang
dilaksanakan itu mestilah keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan
kamil. Selagi ada sifat makhluk, maka ia tetap masuk api neraka. Hanya
Insan kamil sahaja selamat dari api neraka.
3 darjat manusia didalam 3 perkara pokok.1. Insan kamil – Insan ketuhanan.2. Insan kamil wa mukammil – Insan bertaraf Muham mad (Mahmudah).3. Insan mukammil – Insan Abudiah (pengabdian) taraf Adam.
5.Sembahyang mesti fana dalam Zat
Allah, fana dalam Sifat Allah dan fana dalam Af’al Al lah, maka fana itu
ialah mempraktikkan kerja buat LA ILLAHA ILLALLAH atau LA HAWLAWALA
QUWWATA ILLA BILLAH ertinya jasad dalam kalimah Alif ertinya HU. Bagi
perempuan HA ertinya HU.
6. Kita berkata didalam hati `Tiada
Zat aku hanya Zat Allah,tiada Sifat aku hanya Sifat Allah, tiada Af’al
aku hanya Af’al Allah, tiada ujud ak u hanya ujud Allah’ dan jangan
ingatkan batang tubuh kita, sebaikbaiknya ingatkan dia Zat dan dia Asmak
ertinya menyerahkan diri kepadaNya. Firman Allah: Maksudnya: Dan kami
turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu
dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang
menyerahkan dirinya (An-Nahl 89)
7. Sembahyang itu ialah untuk
mempraktikkan kerja buat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kepada golongan ahli
taqwa. Kepada orang syariat dimaksudkan `tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah’ tetapi kepada golongan ahli taqwa, BISMILLAH itu Zat
kepada Allah tetapi kepada kita Nyawa (Insan) atau Ruhul Hayat (LA
YAHLUQU). ARAHMAN itu Sifat kepada Allah, maksudnya hati kepada kita,
yakni Ruhul Yaqazah, ARRAHIM itu Af’al kepada Allah dan kepada kita
tubuh (jasad), Jelasnya kita berasal daripada BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
kerana itu kita tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kerana
kerja buat perkara 13 rukun sembahyang itu semua dilakukan oleh Tuhan
pada keseluruhannya. Rujuk kefahaman pada ilmu IFTIQAR kerana itu tidak
boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM pada Al-Fatihah dan ayat lazim
kerana belajar saufisma ini kepada fekah tasauf yang tiada berkait
dengan fekah dan usuluddin hanya semata-mata tasauf yang dapat
mengelakkan perkara syirik khafi dan mukhafi, asrar dan jali.
8. Sembahyang hendaklah fana dalam
Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah dan jangan pula kita didalam
Asmak Allah kerana kita hanya menyembah Zat dan memuji AsmakNya. Apakala
kita sudah fana seba gai Insan kamil, mukammil dan wa mukammil, barulah
angkat takbiratul ihram (ALLA HU AKBAR)
MEMAHAMI FAEDAH SEMBAHYANG
1. Faedah sembahyang
ahli taqwa ini adalah untuk mencuci nafsu, kerana daripada nafsulah
perbuatan fasik dan mungkar itu terjadi. Kerana itu :
1. Sembahyang Subuh untuk mencuci nafsu Ammarah2. Sembahyang Zohor untuk mencuci nafsu Lawamah3. Sembahyang Asar untuk mencuci nafsu Sawiah4. Sembahyang Maghrib untuk mencuci nafsu Muthmainah5. Sembahyang Isya’ untuk menyempurnakan nafsu Takmaninah
2. Sembahyang itu adalah fardhu lagi
wajib, fardhu kerana sampai waktu hendaklah dilaksanakan tanpa qadha,
sampai masanya hendaklah dilaksanakan, melaksanakan sembahyang dengan
segala rukunnya adalah wajib kecuali uzur syarie.
3. Setiap orang bertaqwa hendaklah
juga bersembahyang daiem kerana sesiapa yang tidak sembahyang daiem ia
lebih hina daripada anjing dan babi dan pahalasembahyang daiem 150,000
setiap hari. Adapun rahsia rukun 13 sembahyang itu ialah:
1. Niat itu tubuh didalam dunia dan akhirat2. Qiam itu pelita didalam kubur3. Takbiratul Ihram itu meluaskan tempat didalam kubur4. Al-Fatihah itu pakaian didalam kubur5. Ruku’ itu permaidani didalam ku bur6. Iktidal itu memberatkan timbangan dari kesalahan ketika menghadap Tuhan7 . Sujud itu mempercepatkan apabila melalui titi Siratulmustaqim.8. Duduk dianta ra dua sujud itu payung di Padang Mahsyar9. Tahyat awal itu kenderaan di Padang Mahsyar10. Tahyat akhir itu menjawab pertanyaan Mungkar Nangkir11. Selawat it u bertemu dengan Nabi Muhammad saw12. Salam itu membuka pintu syurga13. Tertib itu menemukan Khalikul Alam di syurga Bererti setiap perbuatankita didalam sembahyang itu adalah dinilai oleh Allah swt dan ditentukan ganjarannya didunia dan akhirat, InsyaAllah.
4. Rahsia niat itu menjamin
seseorang itu berlaku ikhlas t erhadap Tuhan dan membolehkannya mendapat
ganjaran kepada 13 rukun sembahyang tanpa niat ia tiada mendapat
apa-apa faedah dan niat itu menunjukkan kesedaran seseorang itu sebagai
hamba kepada Tuhan kerana itu semasa menjelmanya niat tidak boleh:
3. Tabdal kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada ma’arifat.
- Hajis – ertinya tergerak hati kerana sesuatu faedah 2.
- Khatir – terlint as hati kepada tujuan yang berganda
- Waham – ertinya was-was lemah ilmu dan iman (tiga perkara diatas adalah kerja syaitan) Berniat wajib:
- Huzur – ertinya tetap Roh ertinya sebagai menunai janji (Alam Roh)
- Azam – cita-cita yang putus . Sedar tanggungjawab
- Duhul – ertinya sedia tiada halangan
- Kasad – ertinya hajat (menunaikan amanah) Adapun niat itu tiada berhuruf, tiada berupa dan tiad a bersuara. Ia merupakan kerja hati (Ruhul Yaqazah) dan niat itu meliputi kepada mesra seluruh badan diluar dan dalam. Didalam niat itu: Munajat empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang
4. Meeraj Empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada maarifat. Ini bererti tatkala Takbiratul ihram itu nyawa mesrakan dengan jasad dan hancurkan jadi demikian, ertinya hapuskan dan lengkapkan perbuatan hamba itu didalam Af’al Allah, didalam Sifat Allah, karamkan Zat hamba kepada Zat Allah, maka yang tinggal ialah Zat Allah, Sifat Allah dan Af’al Allah. Kerana itu tiada Zat kita (Insan), sifat kita(Ruhul Yaqazah) dan Af’al kita (jasad), hapuskan niat itu kepadanya, pulangkan ke pada Adam yang sedia,barulah angkat takbir Allahu Akbar maksudnya yang maujud hanya kerja Allah tidak ada kita. Pada Allahu Akbar itu berlakulah tawakal, iaituserahkan kelakuan diri kepada kelakuan Allah (Af’al Allah). Berlaku Tabdal serah diri dan hapuskan kelakuan hamba kedalam keadaan hak Allah. Berlaku Meeraj yakni berpindah naik ketempat yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang punya amanah. Berlaku munajat serahkan kepada hanya kerja Dia dinamakan Khas ul Khas dan kalam itu menjadi Mutakallimun.
5. Adapun kunci sembahyang itu
Takbiratul ihram, dan anak kunci sembahyang itu noktah ghaib La ta’ayun
dan noktah Insan Ta’ayun awal.
6. Sembahyang itu Salam Zaman. Semasa melakukan solat itu tidak boleh bid’ah, `Apat, syirik.
7. Didalam masa melakukan Takbiratul
ihram itu hendaklah ma’alom, iaitu masuk pintu Tauhid dan niat didalam
musyahadah Zat Allah, ertinya segala tubuh, anggota perasaan, fikirkan
bulat menjadi satu menghadap Tuhan.(kerja buat Zat dan Asmak) 8. Maka
usalli itu adalah Zat wajibul wujud yang menggerakkan amal daripada niat
sampai tertib mengikut susunan daripada awal dan akhir, daripada asal
dan usulnya.
1. Asal Allah d aripada Zat2. Usul Allah daripada Sifat3. Asal kita daripada Nyawa4. Usul kita adalah hati
9. Adapun maksud fardhu itu ialah
menentukan istana nyawa kita yang bernama Qolbun mukminin, tempat tilik
Allah akan perbuatan hambaNya yang berasaskan niat.
10. Adapun maksud raka’at itu ialah gerak, qiam, sujud, duduk diantara dua sujud danIktidal.
11. Adapun usalli itu dinamakan kebangkitan hati yang di sebut inbi’atul qolbi dan bukan hadiksunnafsi atau cerita hati.
SEMBAHYANG DAN SOAL JAWAB
1. Apakah maksud Solat? Maksud solat menyembah Zat, memuji Asmak dan men gakui Af’al Allah.
2. Apakah kesempurnaan solat? Kesempurnaan solat apabila kerjakerja yang mengandungi:
1. Kerja-kerja hati (Qalbi)2. Kerja-kerja lidah (Qouli)3. Kerja-kerja pergerakan anggota (Fe’li)
3. Apakah kandungan rukun Qalbi, Qouli dan Fe’li? Adapun kandungan rukun Qalbi itu duaperkara
1. Niat2. Tertib Rukun Qouli itu lima perkara1. Takbiratul Ihram2. Membaca Al-Fatihah3. Membaca Tahiyat Akhir4. Selawat Nabi pada tahiyat Akhir5. Mengucap salam yang pertama
Rukun Fe’li itu enam perkara
1. Berdiri betul2. Ruku’3. `Iktidal4. Sujud5. Duduk diantara dua sujud6. Duduk membaca Tahiyat Akhir
4. Apakah kandungan niat (hakikat
niat)? Kandungan niat itu adalah perkara yang berkait dengan ilmu
qashad, taaradh dan ta’ayien
1. Qasad – menyehajakan kerja solat
2. Taaradh – menyatakan fardhu (kefardhuan)
3. Ta’ayien ± menentukan waktu (nama sembahyang)
5. Mengapa wujud Solat? Ujud solat kerana ujud hamba dan ujud Tuhan.
6. Mengapa ada yang belajar agama tetapi tiada solat? Kerana tiada sampai kepada kefahaman ma’arifah hakikat.
7. Apa rahsia rukuk dan sujud? Rahsia
rukuk kerana tunduk kepada kebesaran Allah dan rahsia sujud bermaksud
mempraktikkan pengabdian diri seorang hamba zahir dan batin.
8. Berapa jenis takbir didalam
sembahyang dan diluar sembahyang? Didalam sembahyang ada dua takbir dan
diluar sembahyang pun ada dua takbir. – Dalam sembahyang Takbiratul
Ihram dan Takbiratul Intiqal – Diluar sembahyang Takbir Mursal dan
Takbir Muqid.
9. Apa maksud sebenar Usalli? Usalli
itu maksudnya mahu melaks anakan sembahyang akan tetapi ia bukan
Mahiyyah atau Hakikat sembahyang dan Hakekat sembahyang itu dari takbir
hingga salam.
10. Bila hendak memakrifatkan La ha wla wala quwwata illa billah? Ketika qiam dan sebelum takbir.
11. Mengapa rukunsembahyang itu 13
perkara? Rukun sembahyang 13 perkara kerana mengikut fitrah kejadian
manusia yang terdiri daripada 13 bahagian. Daripada Allah satu iaitu
–Nyawa, Daripada Rasul empat iaitu
1 – Pendengaran2 – Penglihatan3 – Penciuman4 – Perasaan5 Daripada Ibu empat iaitu – Darah6 – Roma7 – Daging8 – Otak9 Daripada Bapa empat iaitu – Kulit10 – Urat kecil11 – Urat besar12 – Tulang
.
12. Apakah rahsia ujud solat? Rahsia solat adalah kerana menunaikan janji semasa dialam Roh (semasa manusia belum ujud).
Firman Allah: Maksudnya: Dan tepatil
ah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu
membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang
kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu)
sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan (An-Nahl 91) 13.
Mengapa apabila solat terpaksa keluar dari sifatmakhluk kepada sifat Insan Kamil?
Kerana mengelakkan dari perbuatan
syirik dan untuk menepati penyerahan diri kepada Allah. Firman Allah:
Maksudnya: Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk
menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira
bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya (AnNahl 89) 14. Membaca
Al-Fatihah tanpa Bismillah didalam solat? Al-fatihah semasasolat seperti
firman Allah didalam hadis Qudsi. Firman Allah:
Sabda Rasullullahsaw Maksudnya: Telah
berfirman Allah `Azza Wajalla “Aku bagi shalat (Al-Fatihah) di antara
Aku dan hambaKu menjadi dua bahagian, setengah untuk Aku dan setengah
untuk hambaKu. Bagi hambaKu apa yang mereka minta, apabila hambaKu
berkata: Al-Hamd ulillahirobbil `alamiin! Allah menjawab: hambaKu telah
memujikan Aku dan apabila hambaKu berkata: Arrahmaanirrahiim! Allah
menjawab: hambaKu telah menyanjung Aku,apabila hambaKu berkata: Maaliki
yaumiddiin! Allah menjawab: hambaKu telah memu liakan Aku, dan apabila
hambaku berkata: Iyyakana’ budu wa iyyakanasta’iin! Allah menjawab: Ini
setengah untukKu dan setengah lagi untukmu, bagi hambaKu apa yang mereka
minta dan apabila hambaKu berkata: Ihdinas shirothol mustaqim,
shirothollazina an’amta `alaihim, ghoiril maghduubi `alaihim,
waladdhooliin! Allah menjawab: Ini s emua untuk hambaKu dan untuk
hambaKu apa yang mereka pinta (H.R Imam Muslim dariAbu Hurairah)
Firman Allah: Maksudnya: “Wahai anak
Adam! Aku te lah turunkan tujuh ayat. Tiga daripadanya untuk Aku, dan
tiga untuk engkau. Sementara yang satu lagi Antara Aku dan engkau.
Adapun tiga untuk Aku, iaitu:
Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin (segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam).
Ar-RahmaanirRahiim (Yang Maha Pengasih Maha Penyayang).
Maaliki Yaumiddiin (Yang menguasai hari kiamat).
Yang antara Aku dan engkau ialah:
Iyyaaka Na’budu Wa Iyyaa ka Nasta’iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami
menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami meminta pertolongan)
Daripadamulah penyembahan, dan atas Aku pula pertolongan. Dan yang tiga
untuk engkau ialah: Ihdinash-shiraathal Mustaqiim (tunjukilah kami jalan
yang lurus!) Shiraathal ladziina An’amta alaihim (jalan orang-orang
yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka). Ghairil Maghduubi alaihim
Waladh-Dh aalliin (bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang
sesat.)” (Riwayat Thabarani)
15. Apakah maksud menyerahkan diri
kepada Tuhan didalam sembahyang? Maksudnya Rohani dikuasai oleh Allah
(ertinya ikut kata Allah) sementara Jasmani fana dalam Af’al Allah
ertinya dibawah pentadbiran Bismillahirrahmanirrahim.
16. Jika sembahyang fana dan dikuasai
oleh Allah, siapa yang membaca setiap pujian dan pujaan? Yang
melaksanakan ialah Mutakallimun, iaitu Zat yang bersifat Kalam ini lah
yang mesti di’iktikadkan bukan sifat Kalam atau mentakwil kaunuhu
Mutakallimun .
17. Adakah sembahyang itu wajib? Sembahyang itu Fardhu lagi wajib.
18. Apakah maksud solat dalam solat? Ada yang menyebut solat daiem.
19. Sembahyang dikatakan tidak boleh
syirik. Apakah syirik itu? Syirik bermaksud menyekutukan Allah pada
ZatNya, pada SifatNya dan pada Af’alNya.
MENCARI KUASA TERSIRAT
Mencari yang ada dan yang kekal, yang
ujudnya sebagai perbendaharaan yang tersirat yang sebenarnya tidak
dapat dinilai kerana tiada bentuk dan warna, akan tetapi dialah yang
mewarnai kehidupan setiap sesuatu, dialah yang tersembunyi yang
mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai rahsia yang perlu diselidik
didalam kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain, namun kebanyakkan
manusia yang berakal tidak menghira ukannya, kerana dia di anggap
memeningkan kepala kerana ghaib dan terpendam, tidak di nafikan bahawa
setiap sesuatu mempunyai rahsia yang tersirat dan mencarinya bukanlah
semudah bercakap tentangnya, akan tetapi ia perlu di kaji kerana ia
adalah sumber ilmu dan perkara yang hak, ramai yang memandang remeh
tentang tersirat itu kerana tersurat di anggap lebih penting dan bermutu
dan yang benar, yang kekal, dan yang mewarnai kehidupan, namun
pandangan tersebut sebenarnya salah dan tidak benar sama sekali, oleh
kerana itulah setiap yang berakal perlu mempela jari serta mengkaji
setiap zarah apa yang ia nampak ataupun yang ia tidak nampak kerana apa
yang dia nampak itu adalah bayangan sahaja kepada rahsia ilmu
tersiratnya, kerana itulah contoh yang baik adalah mencari ilmu dan
rahsia yang ada pada ilmu tersebut supaya yang hak itu menjadi teras dan
kenyataan Ilmu di ambil daripada nas kalam Tuhan ia itu Al Quran,
sedangkan Al-Quran itu mengandungi rahsia kejadian alam yang besar dan
perlu di selidik ( Li kulli ayatin wa harfim wa nuqthotin minal quraani
hikmatun ) Setip huruf, ayat dan titik, di dalam Al Quran adalah
mempunyai hikmah. Dan di terangkan juga tentang hikmah yang tersangat
besar yang terdapat di dalam Al Quran itu ialah: Maksudnya: Al Quran
adalah kalam Allah, setiap huruf ada kemanisannya, setiap kalimah ada
kemuliaannya, setiap ayat ada kebahagiaannya, setiap juzuk ada
pembalasannya, dan setiap surah ada keselamatannya Ayat yang di atas
adalah sebagai contoh yang terdapat di dalam kitab Al-Quran, yang mana
dinyatakan setiap titik,huruf,ayat dan surah mempunyai hikmah dan
rahmat, demikian juga dengan berbagai peristiwa yang berlaku pasti ada
hikmahnya dan menjadi ilmu serta ingatan, juga tauladan supaya di
jadikan batas dan sempadan, manusia perlu mencari rahsia dari kejadian
kejadian yang terang dan nyata supaya boleh di jadikan ilmu dan
kefahaman tentang kekuasaan dan kebesaran Tuhan yang berlaku terhadap
seluruh makhluk Tuhan, ini bukanlah bererti segala kejadian tersebut
habis begitu sahaja malah ianya perlu dijadikan iktibar atau kajian
sebab dan musabab dan di atas kajian itulah akan lahir ilmu di sebalik
tabir atau tersirat dan menjadi dalang bagi menghidupkan segala
kehidupan dan watak mengikut ketetapan yang Maha Pencipta kepada seluruh
alam,sebab itulah tidak akan bergerak sesuatu juapun jika tiada
dalangnya
KEWUJUDAN YANG MAHA PENCIPTA
Kewujudan Yang Maha Pencipta di
terangkan oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya Al Insan ayat 1
Maksudnya: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa
yang beredar sedang ia (insan) belum ujud lagi, zaman it u tidak dapat
untuk di-sebut-sebut mengikut perhitungan masa, mengapa kaum musyrik itu
engkar? Mengikut jumhur ulamak zaman yang di sebut oleh Allah swt di
atas adalah zaman yang hanya ujud ialah Zat Allah semata-mata dan
makhluk Allah yang lainpun belum lagi ujud, akan tetapi Allah yang kita
kenali sekarang sebagai Tuhan yang wajib di sembah itu dan di kenali
sebagai (Dialah yang awal, Dialah yang Akhir, Dialah yang Zahir dan
Dialah yang Batin) telahpun sedia ujud, Yang di katan yang Awal itu
kerana Dia bersifat Qidam, iaitu sifat yang mutlak bagi diriNya, dan
tiada di dahului oleh sesuatu jugapun, demikianlah juga dengan sifat Akh
ir dengan tiada berkesudahan, kerana ia memiliki sifat mutlak yang
Baqo, ini bererti Dia memerintah, mentadbir, Mengurus, Menguasai semua
makhluk ciptaaNya dari pada awal sehingga ke akhir, sementra siafat
ZahirNya ia menunjukkan kepada jelas dan terangnya segala apa yang
berlaku atas bergerak dan diamnya segala alam ci ptaanNya adalah dari
kerja urusanNya, ia juga di kenali sebagai Af’al Tuhan atau kerja buat
urusan yang sentiasa menjalankan urusanNya sebagaimana firmanNya menya
takan Maksudnya: Semua makhluk yang berada di langit dan di bumi
sentiasa Berhajat dan bermohon kepadaNya, tiap-tiap masa Dia didalam
urusanNya (Mencipta dan mentadbir makhlukNya) (Ar Rahman 29) Ayat yang
di atas mengukuhkan lagi kefahaman umat islam bahawa segala yang
bergerak dari sekalian makhlukNya adalah ditadbir dan disebabkan oleh
kuasa dan kehendak Allah swt, dengan kuasa tadbir itu bermakna takdir
seluruh makhluk itu adalah di bawah kuasa gerak daripada Ke Esaan Tuhan
secara mutlak dan di tentukan oleh Allah swt, mengikut nafsu semasa
makhluk tersebut, inilah suatu rahsia takdir daripada Tuhan terhadap
makhlukNya, dan di-sinilah kekaburan manusia tentang ilmu qadha dan
qadar Allah swt sehingga membawa kepada pertengkaran yang tiada
berkesudahan, ini bererti sekalian makhlukNya tiada mempunyai pilihan
daya dan keupayaan setelah di nilai taraf kehendak nafsu seseorang
tersebut sebelum takdir di timpakan oleh Allah swt kepadanya, ini
bererti ke EsaanNyalah yang sepatutnya di fahami oleh sekalian makhluk
terutama manusia yang memiliki akal lagi mampu berfikir secara waras,
dengan kenyataan di atas jugalah kita di fahamkan bahawa Tuhan itu
sentiasa menjalankan urusanNya tanpa berhenti-henti dan tanpa batas
waktu dan masa, ertinya setiap bergeraknya makhluk itu adalah datang
dari takdir keEsaan Tuhan , demikian jugalah dengan sifat wal Batinu
Tuhan yang sememangnya tidak dapat di lihat dengan mata yang zahir,
hanya dapat di yakini oleh mata basirah iaitu mata hati manusia kerana
itulah juga manusia wajib tahu dan mengenal fungsi mata hatinya di
samping mengenalinya dengan sempurna, terutama mengenal kekuasaan Tuhan
secara yang menyeluruh sebagaimana firmanNya Maksudnya: Dialah Allah,
yang tiada tuhan melainkan Dia,yang mengetahui perkara-perkara yang
ghaib dan yang nyata, Dialah yang amat pemurah dan amat
mengasihani,Dialah Allah,yang tiada tuhan mela inkan Dia, yang
menguasai, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang melimpahkan
Keamanan, yang Maha Mengawal dan Mengawasi, yang Maha Kuasa, yang Maha
Kuat, yang melengkapi segala Kebesaran, Maha suci Allah dari segala yang
mereka sekutukan, Dialah Allah, yang mencipta sekalian makhluk, yang
mengadakan, yang membentuk rupa, (mengikut kehendakNya) baginyalah nama
yang sebaiknya dan semulia-mulianya, bertasbih segala apa yang berada di
langit dan di bumi, Dialah yang tiada tolok bandingnya, lagi amat
Bijaksana (Al-Hasyar 22, 23, 24) Ayat yang di atas adalah merupakan ayat
akidah yang wajib di percayai oleh semua manusia yang beriman kepada
kuasa Ketuhanan yang menjadikan sekalian alam-alam ciptaanNya, dan ayat
yang diatas menunjukkan kekuasaanNya yang menyeluruh terhadap alam
tersebut, oleh kerana itu manusia wajib mengenali Tuhan secara
menyeluruh sama ada Zatnya, Asmaknya, Sifatnya dan juga Af’alnya, yang
ke semuanya bergerak serentak tanpa ada yang mendahulu atau terkemudian
MENTAUHIDKAN ZAT
Menyatakan dengan penuh rasa
kesedaran dan pengakuan bahawa kita menerima dan menyatakan bahawa tiada
seorang yang waras dapat membuat kajian yang memperolehi kejayaan
tentang penemuan keadaan Zat tersebut, yang mengakui telah bertemu
dengan keadaan Zat Allah swt itu adalah di anggap sudah gila atau
pendusta, kerana tiada yang termampu melakukan kajian terhadap keadaan
yang tidak menyerupai apa jugapun,Dia tiada dapat di bandingk n dengan
segala yang ujud daripada seluruh makhlukNya, Dialah yang mengatasi
segala yang ujud (ada) tiada yang mampu menyatakan keadaan Zat tersebut
walaupun Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya sekalipun atau para MalaikatNya
sekalipun, yang cuba mencari-cari rahsia Zatnya atau menyelidik
keadaanNya pasti akan kecundang dan tersungkur kerana ada larangan
daripadaNya sebagaimana firmanNya Maksudnya: Allah mencegah kamu
daripada mengenal Dirinya (Zatnya) (Ali Imran 30) Dan sabda Rasullullah
saw menyatakan dalam sebuah hadisnya:….
Fikirkanlah segala makhluk Allah, dan
jangan kamu Fikirkan tentang Zatnya, maka dengan sebab itu kamu Akan
binasa (HR Abu Naim dan Tabrani) Allah swt mengingatkan manusia yang
mempunyai akal supaya memahami taraf akal yang di kurniakan Allah kepada
mereka yang terhad fungsinya untuk menyelidikki tentang perkara yang
tersurat dan tersirat dan perkara yang batin lagi ghaib, sementara
Baginda Rasullullah saw pula mengingatkan umatnya supaya tidak
menumpukan fikirannya secara berat tentang Zat Allah swt itu kerana
bagaimana hebatnya fikiran seseorang itu memikirkan tentang Zat Allah
swt maka hasilnya adalah kosong kerana tiada seorangpun yang termampu
menyelidikki Zat Allah tersebut, di dalam sebuah firman Allah pada surah
Asy Syam ayat 11 Allah berfirman Maksudnya: Tiada siapapun yang
menyamai (Zat Allah) Dia adalah Yang Maha mendengar dan Maha melihat
Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa keadaan Zat Allah swt itu
tidak dapat di bandingkan dengan apa juga makhluk ciptaanNya iaitu
(Mukholafatuhu Ta’ala lilhawadis) oleh kerana itu jangan ada lagi yang
memerah f ikiran untuk mengkaji Zat tersebut, akan tetapi jika ada yang
tidak mahu membazrkan perahan lembaga akalnya untuk mengetahui
Zat itu maka kajilah Zat yang ujud nya bersebab, iaitu Zat Ma’anawiyah
atau Asmak Allah swt yang hampirnya dengan Zat Nafsiyah itu paling
hampir dan tidak pernah bercerai
APAKAH MAKSUD ADAM ?
.
Adam bermaksud Allah dan manusia
tidak bercerai (Allah dan Muhammad tidak bercerai) Allah ada zahir dan
ada pula batiNya, sebab itu Al Quran menerangkan Huwal Awwalu, Wal
Akhiru, Wazzohiru dan Wal Batinu sementara manusia ada juga zahir dan
batinnya akan tetapi zahir Batin Allah tidak sama dengan zahir dan batin
manusia, sebab itu di katakan bahawa zahir manusia adalah jasmani dan
batin manusia ialah Rohani, Rohani memiliki kuasa Roh ertinya kudrat,
Rohani memiliki kuasa berkehendak ertinya Iradat, Rohani memiliki daya
fikir ertinya ia memiliki kuasa ilmu (akal) dan Rohani memiliki kuasa
hidup ertinya sifat hayat, adapun sifat Roh, Akal dan Nafsu ini adalah
bertaraf Rohanian sementara sifat hayat ini bertaraf berkeadaan zat yang
bertaraf man Rohani ataupun kerohanian sama ada ia bertaraf zat ataupun
Rohanian ia tetap man yang di jadikan ertinya mereka bukannya Tuhan
ataupun sebahagian daripada Tuhan atau penjelmaan daripada Tuhan, mereka
inilah letaknya rahsia beserta dengan Tuhan, ertinya di mana juga kita
berada maka di situlah ada Tuhan, dan kita hendaklah ingat kita dengan
Tuhan bukan bermaksud bersekutu ! Tuhan dengan Rohani tidak bercerai,
ini bererti jika asal kejadian ADAM pada awal Allah hendak
menyempurnakan kejadiannya maka Allah tiupkan Rohani yang beserta dengan
Tuhan itu kedalam jasad Adam maka Adampun menjadilah sebagai seorang
manusia, lepas itu barulah Allah suruh malaikat sujud pada ADAM, mengapa
Allah suruh malaikat sujud pada ADAM ? Kerana beserta ADAM ialah Allah
ertinya Ke Esaan Allah maka itulah rahsia di antara sifat QAHAR DAN
SIFAT KAMAL di dalam ilmu akidah sifat 20 Maksud Qalbun dan Qalbi Dalam
islam selalu Tok Imam membacakan do’a dengan menyentuh perkataan Qalbun
dan juga Qalbi, ada di antara orang islam mentafsirkan Qalbun dan Qalbi
ini dengan istilah hati ini kerana do’a tersebut berbunyi !!Allahummas
sawaba qalbun Qalbi bi nuurikal ‘azim abadan abada birahmatika ya Ar
hamarrahimin !!t (Wahai Tuhanku berikanlah qalbun dan qalbiku sentiasa
bercahaya dengan kekal buat selama-lamanya) demikian lebih kurang maksud
do’a tersebut, iaitu manusia mengharapkan qalbun dan qalbi itu sentiasa
bercahaya, ertinya dua hatinya bercahaya, walaupun setiap manusia hanya
ada satu hati Dalam ilmu kerohanian Qalbun dan Qalbi itu bermaksud dua
mata hati bukannya dua hati, Allah s.w.t menjadi manusia ini terdiri
dari dua unsur iaitu unsur Jasmani dan Unsur Rohani, unsur Jasmani di
cipta oleh Allah mengikut fitra hnya dari sumber tanah di Syurga Khuldi
iaitu penciptaan ADAM, sementara unsur Rohani dijadikan oleh Allah
daripadaNya disuatu alam, iaitu alam Ulwi sebelum Allah jadikan
makhluk-makhluknya yang lain, ini bererti manusia batinlah yang Allah
ciptakan terlebih dahulu Mengikut ilmu kerohanian juga bahawa manusia
jasmani Allah kurniakan dua biji mata iaitu mata yang kita dapat lihat
dan yang kita semua maklum, mata ini dapat melihat alam yang nyata
sahaja, dia tidak boleh melihat alam yang ghaib, sementara Rohani juga
Allah kurniakan dengan dua biji mata iaitu Qalbun dan juga Qalbi, dua
mata inilah yang menjadi focus kita sekarang yang tidak ramai orang yang
memahaminya kerana ia berada pada Roh, bukan pada Akal dan juga nafsu
iaitu komponen Ruhul Yaqazah Adapun Qalbun ini ialah mata hati yang
memandang dunia dan seluruh isinya serta memandang kepada Allah, maks
udnya mata yang wajib baginya mengenal dunia tempat mereka berlakon
(beribadat) selaku khalifah di bumi sementara ta’arif yang lain ialah
memandang kepada Allah iaitu mengenal ZatNya, AsmakNya SifatNya dan juga
Af’alNya, dengan lain perkataan ialah mengenal Tuhannya, itulah tugas
mata hati ini, ini bererti jika seseora ng tidak mengenal pentas mereka
beribadat sebagai khalifah dan juga mengenal Tuh anNya maka kehidupan
mereka samalah seperti haiwan Sementara Qalbi ialah mata hati yang
memandang kepada Allah dan juga akhirat, ertinya mengenal Tuhan dan
kerja Tuhan yang meliputi seluruh alam, di samping itu mengenal akhirat,
ini bererti kedua mata hati ini akan memandang menyeluruh dunia dan
akhirat, sebab itu kita apabila berdo’a yang bermaksud !!Wahai TuhanKu
berikanlah aku satu kesenangan dunia dan satu kesenangan akhirat!!
ini bererti jika kita mampu menyebut dunia dan akhirat maka kita juga
mampu melihat serta mengenalnya, dan sebab itulah juga apabila kita
bersembahyang maka hukum Qalbi itu tersangat penting kerana ia menjurus
kepada penumpuan kita memakrifatkan yang ghaib
TUJUH NUR
,
Dinamakan tujuh Nur kepada ahli batin yang beramal dengan ilmunya terhadap keEsaan Allah, iaitu :
1. NUR HIDAYAH
Nur Hidayah adalah cahaya petunjuk daripada Allah kepada seseorang yang
beramal dengan keimanan yang luhur melalui jalan zikir (mengingat
Allah) dengan mengamalkan zikir itu, Allah akan memberi petunjuk dan
panduan terhadapNya. kebiasaannya mereka akan melakukan dengan jalan
bersuluk(menguzlahkan diri).
2. NUR INAYAH
Nur Inayah adalah cahaya petunjuk yang didatangkan kepada sesiapa yang
dikehendaki oleh Allah dengan cara tiba-tiba kepada seseorang yang
sentiasa mengingati keAgungan dan kebesaranNya. ada pandangan yang
mengatakan berlaku majuzub terhadap seseorang itu adalah kepada manusia
Kamil yang menjadi pilihan. kebiasaannya berlaku kepada selain nabi dan
rasul. kepada nabi dan rasul disebut mikraj.
3. NUR TAQWA
Orang yang mendapat cahaya ketaqwaan, apabila mereka mendapat petunjuk
daripada Allah tentang sesuatu yang diniatkan. Ahli taqwa melakukan
semua jenis ibadat dengan cara taqwa. Orang yang bertaqwa adalah orang
yang beriman dan beramal dengan ilmunya dengan bersungguh-sungguh.
Maksud taqwa itu ialah taat setia kepada hukum Tuhan dan meninggalkan
laranganNya.
4. NURUL IMAN
Cahaya keimanan itu adalah cahaya kepercayaan kepada perkara rukun iman
dan kepada perkara yang ghaib yang dijadikan Tuhan dan beramal dengan
kepercayaan itu. Jika tidak mengamalkan apa yang mereka percaya maka
mereka tidak akan mendapat apa-apa dari keimanan yang mereka percaya,
malah mereka mendapat kemurkaan dari Allah.
5. NURUL YAKIN
Seseorang yang mendapat cahaya keyakinan, maka orang itu dinamakan
orang yang beriman dan beramal dengan sebaik-baiknya. Selepas
keimanannya bulat kepada keimanan (Haqqul Yakin), hatinya tidak dapat
dipengaruhi oleh habuan Madiyah (keduniaan), Hubbu Dunya (habuan dunia)
dengan cara tidak halal dan hak. Fikirannya tidak dapat dipengaruhi oleh
sesuatu yang batil.
6. NURUL HAKIKI
Cahaya keyakinan yang benar dari keimanan dan ketaqwaan yang
diamalkannya mengikut aturan ibadat dan setelah mendapat petunjuk yang
membawa kepada keyakinan yang bersungguh-sungguh, pintu hatinya (Fuad)
dan Qalbun serta Qalbi telah difahaminya menyebabkan fahaman
pendiriannya sebagai seorang Islam yang beriman tidak dapat digugat oleh
apa-apa pengaruh pun kerana mata hatinya telah celik.
7. NURUL MUSTAIED
Cahaya akal yang ilmu didalamnya adalah datang dari alam Samawi. dia
adalah seorang Islam yang sebenar dan mendapat petunjuk. Akalnya diisi hanya dengan Al-Qur’an dan hadis semata-mata serta memahami tugasnya sebagai khalifah di alam yang rendah (Sufli),
AL QURAN DI DALAM DIRI MANUSIA
.
Di dalam Al Quran ada dua ayat yang
jelas menyebut bahawa Al Quran itu di turunkan oleh Allah di dalam diri
manusia dengan menggunakan istilah hati, ayat dari surah Al Baqar ah 97
menerangkan: “Sesiapa yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana
Jibril menurunkan Al Quran di dalam hatimu dengan izin Tuhan …” Ayat
yang kedua adalah dari surah Al Qiyamah 17 yang bermaksud: !
Sesungguhnya Kamilah yang berku asa mengumpulkan Al Quran itu (di dalam
dadamu) dengan menetapkan bacaannya!! Jika kita teliti ayat
Al Quran yang di atas maka terkenanglah kita kepada pelajaran yang telah
lalu (mengenal diri yang ke 50) yang menceritakan kesah Al Quran yang
terbentuk dari titik kepada huruf dan seterusnya kepada ayat yang
berjumlah 62 36 ayat Setelah kita memahami Al Quran tersebut dari titik
kepada huruf dan seterusnya menjadi ayat yang membawa maksud yang
berbagai-bagai sebagai panduan hidup manusia maka hari ini kita bawa
tuan dan puan kepada penumpuan Al Quran tersebut yang di masukkan oleh
Allah pula di dalam diri manusia Pelajaran ini tersangat jarang
diperkatakan oleh kebanyakan orang akan tetapi yang menyelidikinya tetap
akan mencari maksud sebenar ayat di atas kerana mafhum ayat tersebut
tersangat terang dan mudah untuk di fahami, yang menjadi persoalannya
sekarang ialah Al Quran yang macam mana ? atau berbentuk apa ?
Apa yang jelas ialah Al Quran itu
sudah berada di dalam dada manusia (Al Qiyamah 17) atau Al Quran itu
sudah berada di dalam hati manusia (Al Baqarah 97) keduadua ayat ini
sudah jelas mengatakan bahawa Al Quran itu sudah bertempat pada diri
manusia dan tidak boleh di pertikaikan lagi, cuma siapa Al Quran itu ?
Setiap apa yang di katakan Al Quran itu adalah qadim, ataupun qalam
qadim, ini bererti al Quran itu bersifat Qidam ? Jika ia bersifat Qidam
maka ia bukanlah muhadas (yang baharu) sebab yang baharu itu adalah
makhluk yang di jadikan, dan yang di jadikan itu jika ia berbentuk Roh
maka jelaslah ia makhluk yang berdarjat ammar (urusan Tuhan) Pandangan
jumhur ulama mengatakan bahawa Al Quran itu adalah qadim iaitu awal
tiada permulaan ertinya qalam yang qadim yang menjadi hak Allah, jika ia
menjadi hak Allah maka dia tidak boleh bersifat Roh akan tetapi ia
adalah bersifat zat, jadi yang bersifat zat itulah yang di turunkan oleh
Allah di dalam dada atau hati manusia, siapa dia ? Adakah Al Quran yang
berbentuk Jirim ? atau Jisim ? atau Jauharul Fardhi ? atau Jauharul
Basits ? * * Jirim : Setiap benda yang memenuhi ruang sama ada kecil
atau besar Jisim : Benda yang tersusun dari jauharul Fardhi yang dapat
di bahagi-bahagikan Jauhar: Gambaran kewujudan sesuatu benda yang tidak
dapat dipecah atau di pisahkan Jauhar Fardhi: Benda yang paling kecil
yang tidak dapat di bagi-bagikan Jauhar Basits: Benda yang terlalu seni
yang menjadi sumber melapangkan kehidupan Jika Al Quran itu berbentuk
yang beristilah di atas maka apakah dia sebenarnya yang di muatkan oleh
Allah di dalam hati manusia atau di dalam dada manusia ? Manusia wajib
tahu sebab dia berada di dalam diri kita sendiri, dan menjadi pula
sebagai panduan hidup setiap manusia Jika ia sebagai panduan hidup
manusia maka dapatlah kita katakan bahawa dia itu menjadi panduan kepada
Roh, akal, nafsu dan tubuh badan manusia yang terdiri dari tulang,
daging, urat,darah, rambut, roma dan sebagainya, tanpanya semua yang ada
pada sebuah batang tubuh manusia menjadi tiada bererti sama sekali,
sebab itu ada di antara yang bijak pandai dalam ilmu balaghah, mantik
dan bayan menyatakan mencari sesuatu di dalam diri Apa yang sedang di
nantikan oleh semua manusia ialah untuk memahami bahawa Al Quran itu ada
di dalam hati manusia dan ada di dalam dada manusia sebagaimana yang di
terangkan pada pelajaran mengenal diri yang 51, mungkin ramai yang
merasakan pelik dan tidak menesabah bahawa Al Quran itu ada di dalam
diri manusia, walau apapun itulah yang di tentukan Allah dalam Al Qu
ran, cuma dalam berbentuk apa ? Itulah yang hendak di ketahui oleh
kebanyakan orang, jika berbentuk Al Quran sebagaimana yang kita ketahui
(bentuk kitab yang ada hurup dan rupa) maka itu adalah mustahil kerana
tidak mungkin Al Quran berbentuk itu di muatkan di dalam satu jasad Al
Quran adalah panduan hidup dan mati manusia, panduan yang lain selain
daripadanya adalah tidak layak, Al Quran adalah kalam Tuhan, dia
bersifat Nur kepada sekalian alam ciptaan Tuhan , yang mengikutinya atau
menjadikannya panduan akan selamat dan yang mengingkarinya akan
memperolehi bala dan bakal akan menjadi bakaran api neraka, ertinya
kepada orang yang mempunyai akal akan melihatnya sebagai sesuatu yang
benar dan suci bersih dengan tiada keraguan terhadapnya, kerana itu
layaklah ia di namakan kalam yang kadim iaitu kalam Tuhan, Rasullullah
sendiri tidak akan bercakap melainkan percakapannya adalah Al Quran, ini
bererti cakap yang benar dan haq Di dalam Quran juga ada ayat yang
menggelarkan Al Quran ini sebagai hablillah (tali Allah) iaitu tali yang
mengaitkan antara hamba dengan Tuhannya atau tali yang mengikat
perhubungan di antara Allah dan seorang hambaNya ( hamba dan Tuhan tidak
berc erai) jika tali ini tidak di pegang teguh maka akan bercerai
berailah manusia bersama Allah atau sesama manusia dalam erti jalinan
roh penghidupan yang berasaskan ukhwah mengikut fitrah Jauhar Basit (
iaitu benda yang tersangat seni yang bersih yang menjadi sumber
kelapangan kehidupan) ertinya yang berkait dengan nyawa atau tali nyawa
(Hablillah) yang berasal daripada Nurullah yang terpampang luas
Hablillah ini mengenal Tuhannya sejak dari alam Roh lagi dan dialah yang
mengakui bahawa Tuhan itu adalah Rabbi iaitu Tuhan yang menjadikannya,
kalamnya tidak pernah dusta sebagaimana Rasullullah bersabda tidak
mengikut perasaannya melainkan mengikut panduan Al Quran semata-mata,
ini bererti bahawa setiap manusia wajib percaya bahawa ilmu La haula
Wala itu wajib di fahami bahawa ia dikuasai oleh Quwwata illa billah dan
jika ilmu ini mahu di kaitkan dengan ayat Al Quran dari surah Al Maidah
ayat 15 pun elok juga namun perlu di tafsirkan kepada peristiwa
Rasullullah itu sebagai pembawa Nur kepada manusia yang bersamanya ada
Al Kitab Al Quran
Merujuk kepada Al Quran surah Al
Baqarah ayat 97 dan Al Qiyamah 17 yang bermaksud Allah dengan izinNya
memasukkan Al Quran kedalam hati manusia dan dada manusia maka kali ini
kita menyingkap suatu rahsia yang tidak pernah atau selalu di perkatakan
oleh kebanyakan para alim dalam keilmuan Al Quran ini kerana Al Quran
yang di maksudkan oleh Allah s.w.t ini bukanlah berbentuk kitab yang
berjilid dan naskah akan tetapi ia adalah berbentuk jauhar yang sukar
untuk di lihat dengan mata kasar akan tetapi ujud dengan fungsinya
sebagai IMAM atau pemimpin sebagaim ana yang di kehendaki oleh Allah
kepada setiap muslim menjawabnya ketika di soal oleh malaikat Mungkar
dan Nangkir di dalam kubur atau berbentuk Hablillah (tali Allah) Pada
pelajaran yang lepas juga kita telah terangkan tentang istilah
Jirim,Jisim,Jauhar Fardhi dan juga Jauhar Basit, ternyataAl Quran yang
di masukkan oleh Allah ke dalam hati manusia itu bukanlah berbentuk
Jirim,Jisim atau Jauhar yang Fardhi kerana istilah tersebut adalah
berbentuk bentuk dalam istilah dan bendanya, oleh yang demikian maka
kita lebih cenderung menyatakan bahawa Al Quran tersebut adalah
berbentuk zat, kerana Basit itu adalah sebagahagian daripada zat yang di
ujudkan oleh Allah dan bertepatan dengan Asmak Allah yang maanawiyah di
samping ia adalah IMAM atau pemimpin sebagaimana jawapan yang tepat
kepada soalan Mungkar dan Nangkir, oleh kerana ia IMAM maka ia adalah
makhluk yang bertaraf zat Di alam Roh ketika mana Rohani itu di tanya
oleh Allah s.w.t (Bani Isroil ayat 85 dan 86) Maka yang menjawab soalan
tersebut ialah yang menjadi ketua atau IMAM kepada Roh, Akal dan Nafsu,
ia adalah Nur Muhammad atau Hakikatul Muhammadiyah atau di kenali
sebagai nyawa atau Nafsin kepada sumber segala kehidupan (Al Basit) Maka
dialah juga dikenali sebagai makhluk La akhluqu (zat yang tidak
menjadikan sesuatu) An Nahl ayat 17, apa yang jelas tentang Al Quran
yang di masukkan oleh Allah ke dalam diri manusia itu ialah Nur Muhammad
atau Hakikatul Muhammadiyah ataupun diri kebatinan manusia yang sebenar
ataupun dikenali sebagai diri sebenar diri yang tidak menanggung dosa,
ini
jika kita faham tentang istilah Ruhul
Hayat ataupun Sir kepada Allah Mempelajari ilmu Sir ini perlu di cari
guru yang faham tentang ilmu yang khusus ini, di se babkan ia adalah
makhluk bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu maka ia tidak
terkecuali dari beribadat kepada Allah s.w.t , kerana itu ia beribadat
dengan nama shuhud kepada Wahdah dan juga kasrah dan sir ini jugalah
yang di kenali sebagai Nafsahu kepada ayat mengenal diri dan Tuhan, dan
dia jugalah yang di kenali sebagai INSAN yang sempurna yang tidak ada
cacat dan celanya, untuk menyelami istilah yang lebih luas tentang ilmu
ini maka alif ba dan ta ilmu ini selalu dimulakan dengan istilah yang
bersangkut dengan nafas, nufus, Ampas dan Tanafas yang mejadi sumber
ilmunya kepada istilah Ujud, Ilmu, Nur dan Shuhud dan berkait rapat
pecahan ilmunya dengan Zat, Sifat, Asmak dan juga Af’al, ertinya ia
datang daripada istilah Asmak Alla.
RAHSIA HURUF DALAM AL-QURAN
Al Quran adalah suatu petunjuk
daripada Allah terhadap orang-orang yang bertakwa, sesiapa saja di
antara orang islam yang bertakwa maka wajib bagi mereka merujuk semua
perkara dengan Al Quran, sesiapa sahaja yang membelakangkannya maka
berdosalah mereka dan di akhirat akan di campakkan kedalam bakaran api
neraka terutama pemerintah-pemerintah Di dalam Al Quran yang mengandungi
setiap huruf, titik dan ayat-ayat mempunyai hikmah yangtersangat besar.
Setiap huruf, ayat dan titik di dalam
Al Quran ada mempunyai hikmah sementara seluruh isi Al Quran itu pula
mempunyai penjaganya Sesungguhnya Kami turunkan peringatan (zikra, Al
Quran) dan sesungguhnya bagi Al Quran itu pula ada penjaganya (Al Hijr
9) Ayat yang di atas menunjukkan bahawa Al Quran itu ada yang menjaganya
dan bukan boleh di permainmainkan, adalah berdosa besar jika kita
mempersenda-sendakan Al Quran tanpa menghayatinya tambahan lagi jika ada
yang menyatakannya sebagai sudah tidak sesuai, sesungguh nereka yang
melakukan sedemikian adalah telah kafir sekalipun jika ada di antara
umat islam yang terus melakukan ibadat Al Quran itu mengandungi: Huruf
alif sebanyak 48,740 huruf Huruf ba sebanyak 11,420 huruf Huruf ta
sebanyak 1,404 huruf Huruf tsha sebanyak 190,480 huruf Huruf jim
sebanyak 3,322 huruf Huruf ha sebanyak 4,138 huruf Huruf dal sebanyak
5,998 huruf Huruf zal sebanyak 4,934 huruf Huruf ro sebanya k 2,206
huruf Huruf zai sebanyak 1,680 huruf Huruf sin sebanyak 5,799 huruf
Huruf Syin sebanyak 2,115 huruf Huruf sod sebanyak 2.780 huruf Huruf
dhod sebanyak 1 ,882 huruf Huruf tho sebanyak 1.204 huruf Huruf zhi
sebanyak 842 huruf Huruf ‘ain sebanyak 9,470 huruf Huruf ghain sebanyak
1,229 huruf Huruf fa sebanyak 9,813 huruf Huruf qof sebanyak 8,099 huruf
Huruf kaf sebanyak 8,022 huruf Huruf lam sebanyak 33,922 huruf Huruf
mim sebanyak 28,922 huruf Huruf nun sebanyak 17,000 huruf Huruf waw
sebanyak 25,506 huruf Huruf ha sebanyak 26,925 huruf Huruf lam alif
sebanyak 14,707 huruf Huruf ya sebanyak 25,717 huruf.
Kesemua huruf yang terkandung di
dalam Al Quran itu ialah 127,000 huruf, jumlah ini sama dengan jarak di
antara syurga dengan syurga yang lain atau jarak antara langit dan bumi,
di dalam Al Quran ada ayat Makiyah dan Madaniyah, ayat makiyah sejumlah
4,780 dan ayat madaniyah sejumlah 1.456 ayat jumlah semua ayat ialah 6,
236 ayat yang mengandungi 114 surah iaitu 86 surah di makkah dan 28
surah di madinah Dalam banyak ayat maka turun ayat ini maka berlakulah
peristiwa: itulah yang nuzul (turunnya) yang amat luar biasa,
Ketika Bis millahirrahmanirrahim di
turunkan, awan-awan bergerak ke timur, angin -angin menjadi tenang, laut
bergelora, bintang-bintang sama mendengarkan dengan pendengarannya,
syaitan-syaitan di lempar daripada langit (Al Marawaih) Demikian
kehebatan turunnya ayat Bismillahirrahmanirrahim tersebut, dan tidaklah
menjadi hairan ia menjadi bacaan bagi setiap pembukaan pada setiap surah
malah ia menjadi bacaan pada segala permulaan sebarang pekerjaan dan
pergerakan kecuali pada surah At Taubah, ayat ini bermula pada huruf BA
Huruf BA ini tiada bermakna apaapa jika ia tiada bertitik satu (.) maka
pada titik lah rahsia segala rahsia, pada tahun lima puluhan iaitu
zaman saya belajar mengaji dan bersekolah arab saya dapat membaca ayat
tanpa baris akan tetapi tidak dapat membaca tanpa titik Al Quran itu
hanya dapat di baca jika ia ada mempunyai titik satu,dua dan tiga
kemudian barulah datang huruf awal ALIF semua ini perlu di ketahui dan
saya fikir ia menjadi fardhu kifayah kerana dengan titiklah maka
lahirnya huruf dan pengetahuan ini tersangat ilmiyah Di dalam Al Quran
hanya ada tiga titik yang membentuk ayat -ayat Al Quran pada setiap
huruf yang kesemuanya berjumlah 102,440 semuanya, sementara huruf yang
berjumlah 320,779 huruf, pengkajian ini haruslah di buat analisa dari
suatu zaman yang berada pada surah Al Insan ayat 1 Adapun zaman satu
titik di sebut sebagai : ayat ini menunjukkan bermula dari satu titik Ba
yang menun jukkan maksud !!Bersama Aku ada apa yang telah ada!! apa
yang telah ada ? iaitu Ta ‘ayun awal, bertanyalah kepada yang arif
Kemudian lahir Ta’ayun sani iaitu dua titik .. apa rahsia dua titik ?
(BersamaKu akan ada apa sahaja yang akan ada, oleh sebab itu maka umat
islam yang ingin tahu rahsia titik maka hendaklah belajar la taayun,
taayun awal, taayun sani dan taayun salasa, ada empat taayun yang mana
Allah swt menjadikan sesuatu dari rahsia serba empat rahsia, umpamanya
Zat, Sifat, Asmak dan Af’al kemudian Ujud, Ilmu, Nur dan Dyuhud kemudia
Tanah Nurani,Air Nurani, Angin Nurani dan Api nuruk Adhom, kemudian
Wadi,Wazi, Mani dan Maknikam, sekian secara ringkasnya dan inilah asas
ilmu wali songo sebenarnya namun tidak di khususkan kepada yang
berkenaa.
RAHASIA TITIK BA YANG DI KAITKAN DENGAN ALIF
Pelajarang yang ke 49 kita telah
huraikan peranan titik yang tersangat besar ertinya kepada huruf dan
ayat di dalam Al Quran, namun titik bukanlah huruf akan tetapi ia adalah
asal usul kepada huruf ALIF , hujah yang menyatakan demikian tersangat
ilmiyah untuk di bincangkan kerana ia akan membawa kepada kritikal akal
untuk memikirkannya, ini bermakna kita akan mencari suatu rahsia yang
sukar untuk di terjemahkan cuma kita perlu memikirkannya secara bersama
Di dalam Al Quran banyak ayat yang memerintahkan kita supaya berfikir
seperti memikirkan ayat Al Insan 1, manusia boleh berfikir selagi mereka
boleh berfikir dan jangan tutup pintu akal untuk berfikir, jika kita
katakan sesuatu ayat yang terdapat di dalam Al Quran itu tidak perlu di
fikirkan sedangkan ia ada di ceritakan oleh Allah di dalam Al Quran maka
sia-sialah Allah menurunkan ayat Al Quran tersebut, zaman sekarang
ramai manusia penuh dengan ke egoaan atau zaman tepuk dada tuding jar.
HURUF BERTITIK
Lazimnya huruf yang di sertai titik
satu, dua dan tiga adalah seperti di bawah ini: 1. Huruf Ba ( ) di dalam
Al Quran seban yak 11,420 2. Huruf Ta ( ) di dalam Al Quran sebanyak
1,404 3. Huruf Tha ( ) di dalam Al Quran sebanyak 10,480 huruf 4. Huruf
Jim ( ) di dalam Al Quran sebanyak 3,322 huruf 5. Huruf Kho ( ) di dalam
Al Quran sebanyak 2,503 huruf 6. Huruf Za i ( ) di dalam Al Quran
sebanyak 4,934 huruf 7. Huruf Zal ( ) di dalam Al Quran sebanyak 1,680
huruf 8. Huruf Shin ( ) di dalam Al Quran sebanyak 2,115 huruf 9. Huruf
Dhodh ( ) di dalam Al Quran sebanyak 1,882 huruf 9. Huruf Dzo ( ) di
dala Al Quran sebanyak 842 huruf 10. Huruf ghain ( ) di dalam Al Quran
sebanyak 1,2 29 huruf 11. Huruf Fa ( ) di dalam Al Quran sebanyak 9,813
huruf 12. Huruf Qof () di dalam Al Quran sebanyak 8,099 huruf 13. Huruf
Nun ( ) di dalam Al Quran sebanyak 17,000 huruf 14. Huruf Ya ( ) di
dalam Al Quran sebanyak 25,717 huruf
Dengan jumlah huruf yang menggunakan
titik ialah 102,440 huruf daripada jumlah 320,779 huruf kesemuanya, ini
bererti huruf yang mempunyai titik menjadi nyawa kepada Al Quran itu
sendiri, ertinya hampir setiap perkataan mempunyai huruf yang bertitik,
kerana itu kita perlu selami apakah peranan titik pada asal usulnya yang
pada awalnya tiada, iaitu zaman O , zaman ini hanya Zat yang Maha Agong
saja yang ada, iaitu zaman Dia bersifat Salbiyah Fi rman Allah:..
Maksudnya: Bukankah telah berlaku
kepada manusia suatu zaman dari masa yang bere dar sedang ia (masih
belum lagi ujud) suatu zaman yang tidak dapat di sebut-sebut (Al Insan
ayat1) Ayat yang di atas menunjukkan telah berlalu di suatu zaman ya ng
kita tidak tahu bila, zaman itu manusia zahir dan batin masih belum lagi
ujud dan tidak tahu abad bila ataupun tiada abad, yang Wujud ketika itu
hanya Zatnya sahaja, demikian pandangan Al Ulamak Sofi, (ulama faquha
tiada membuat kajian k erana di fikirkan buang masa) namun Syed Qutub
ada membuat pandangan bahawa zaman tersebut Rohani belum lagi di jadikan
oleh Tuhan ataupu Nur Muhammad belum lag i Ujud, atau zaman tersebut
adalah zaman yang di sebut sebagai La Ta’ayun (zaman yang tiada
kenyataan) ertinya pada zaman tersebut kita tidak dapat membuat apaapa
menyatan Firman Allah di dalam hadis qudsi:..
Maksudnya: Aku adalah perbendaharaan
yang tersembunyi, Aku ingin di kenali, lalu Aku ciptakan makhluk agar
mereka mengenaliKu Zaman ini di kenali sebagai zaman Taayun awal
(kenyataan yang pertama) yang mana zaman ini adalah zaman awal makhluk
hendak di jadikan oleh Allah supaya makhluk yang di jadikanNya itu
mengenaliN ya, zaman ini sudah boleh di fikirkan awal ilmu yang boleh
kita buat kenyataan, iaitu zaman keagungan sifat Tuhan, dan zaman ini
juga baru kita mengetahui bahawa Tuhan itu rupanya berbeza dengan
makhluk yang mana Dia bersifat Salbiyah iaitu zaman (Bikana ma kana)
Maksudnya: BersamaKU ada apa yang telah ada, apa yang telah ada ? Nur
‘Ala Nur kemudian di ikuti dengan (Bi kanu ma yakunu) (Nurullah)
Maksudnya: BersamaKU akan ada apa saja yang akan ada, Apakah yang akan
ada ? Apakah yang akan ada ? Awal kejadian atau Hakikatu l Muhammadiyah
yang berasal dari anasir wujud, ilmu, Nur dan Shuhud, yakni asal wujud
daripada Zat, asal ilmu daripada sifat, asal Nur daripada Asmal dan asal
shuhud daripada Af’al iaitu daripada ALLAH zaman ini adalah zaman dua
titik (Taay un Sani) Kemudian: Barulah di lengkapkan Allah dengan
kenyataan yang ketiga selepas La Taayun iaitu zaman tiga titik ( Taayun
Salasa) iaitu zaman (Fa wujudul ‘a walimi bi) Maksudnya: Adanya sekalian
alam ini adalah denganKu Semuanya hal keilmuan ini wajib di gurui,
tambahan lagi ilmu yang berkait dengan rahsia titik Ba dengan Alif
kemudian apa zikirnya ?
NUR MUHAMMAD ANALISA AKHIR
Kepercayaan dan keyakinan penuh
membuatkan diri seseorang hamba Allah itu percaya kepada istilah Nur
Muhammad, disebabkan ia adalah sesuatu yang ghaib maka terlalu sukarlah
manusia itu hendak mempercayainya walaupun asas keimanan itu adalah
bergantung kepada yang ghaib namun mahu atau tidak mahu manusia terpaksa
akur dengan keimanan kerana Allah s.w.t sentiasa menyeru kepada manusia
yang berasaskan kepada seruan orang-orang yang beriman bukan kepada
orang-orang islam Orang islam tidak semestinya mereka itu beriman kerana
jika setiap orang islam itu benar-benar beriman maka sudah tentulah
mereka itu melaksanakan arahan daripada Allah supaya melaksanakan
hukumNya kerana itulah Allah menyatakan kebanyakan mereka tidak beriman
sebagaimana firmanNya Yang bermaksud: Sebahagian daripada mereka tidak
mahu beriman malah melakukan syirik (Yusuf ayat 106) Di dalam kehidupan
manusia kadangkala manusia bertanya-tanya apakah penilaian Allah
terhadap seorang manusia ? Jawapannya sangat mudah. Allah tidak
memandang kepada manusia (Jasmani) tetapi Allah memandang kepada hati
yang di dalamnya ada mengandungi Nur ertinya hati yang mengandungi Nur
Muhammmad (cahaya yang terpuji) tersebut Manusia hendaklah mengenali
hatinya iaitu tempat telek Allah, hati bukan merupakan seketul daging,
tetapi hati itu adalah Rohani (Ruhul Yaqazah) yang terdiri dari Roh,Akal
dan Nafsu, memang sukar untuk mengenali Ammar Rabbi itu kecuali
mempelajarinya, dan ramai telah tersalah sangka dengan istilah tersebut
sehingga timbul berbagai-bagai fahaman yang membawa kepada kesesatan
atau menolaknya terus Akibatnya maka jadilah ilmu ini sebagai momokan
dan ditakuti oleh umat islam sendiri yang berkesudahan dengan menutup
rapat istilah kerohanian dan Nur Muhammad tersebut di dalam kehidupan
manusia. Di dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud: Jadilah kamu
orang Rabbani Ahlullah dengan mengajar kitab dan mempelajari kitab Al
Quran (surah Al Imran 79) Ayat yang di atas adalah suatu perintah
daripada Allah jadilah kamu orang Rabbani (orang alim dalam ilmu
ketuhanan) iaitu suatu kepercayaan kepada yang ghaib, ilmu yang ghaib
adalah daripada Allah kerana Tuhan itu adalah yang maha ghaib . Dalam
ilmu ini yang menyentuh soal ghaib iaitu tentang asmak, sifat dan dalam
soal asal usul soal af’al Allah, walaupun ilmu ini tidak lagi di ajar
orang, akan tetapi itulah yang di perintahkan oleh Allah kepada manusia.
Rabbani itu ialah Dia yang awal, Dia yang akhir, Dia yang zahir, Dia
yang batinJika mahu mengenal Dia, maka Dia itu Zat, maka Zat itu pula
adalah Zat yang tidak berupa apa juapun (Laisa kamislihi)erinya hendak
mengenal yang ghaib, maka di sana terdapat lampu merah tanda bahaya
iaitu jangan ada di antara manusia yang berkira-kira mahu mengenal
ZatNya maka ia adalah sangat terlarang, akan tetapi yang di perintahkan
adalah tentang mengenal makhluk ciptaanNya sekalipun makhluk itu
berbentuk ghaib seperti jauhal fardhi,jisim,jirim dan jauhar basit atau
istilah molikul, atom,elektron,newtron proton, ion dan sebagainya Maka
di sinilah para ilmuan mengambil suatu pendekatan untuk mengenal Allah
melalui mengenal asmakNya iaitu Nur untuk suatu pendekatan mengenalNya
dan dengan mengenal Asmak Allahlah lahir ilmu yang di sebut sebagai
sifat 20 dengan tujuan untuk mengenal Tuhan dan mengenal diri semua
bentuk ilmu ini adalah berasaskan kepada yang ghaib Cuba manusia
fikirkan daripada apa nyawa mereka dijadikan oleh Allah ? Rohnya,
akalnya dan nafsunya semua ini adalah makhluk Tuhan sekalipun nyawa itu
bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu berbanding Zat Tuhan yang
menjadikan sesuatu
FUNGSI RAHASIA LEMBAGA AKAL
Pada pelajaran yang lepas kita telah
terangkan serba rengkas tentang Nur Muhammad dan sebelumnya kita telah
sentuh tentang akal dan lembaga akal, yang mana lembaga akal tersebut
memainkan peranan yang sangat luas dan fungsinya yang sangat
mengkagumkan kesan daripadanya Pada pelajaran ini kita sentuh pula
tentang gelombang yang terdapat pada lembaga akal tersebut mengikut
pandangan agama yang rasanya tidak jauh berbeza dari pandangan sain atau
yang mana lebih dapat difahami oleh orang yang mengkajinya atau orang
yang mempraktikkannya dengan penuh bersemangat Lembagaakal yang
mempunyai tugas masing-masing mengikut fitrah semula jadi daripada Alla h
s.w.t mempunyai kaitannya dengan otak manusia yang mengandungi
berbilion-bilion sel yang di kenali segagai jauhal fardhi (neutron)
iaitu kombinasi dari sel-se l yang dapat mencetuskan aliran elektrik di
dalam otak manusia yang dapat di kesan dengan rasa atau dengan alat yang
di kenali sebagai electroencephalograph (EEG) Kesan daripada gerak atau
aktiviti sel-sel inilah yang menghasilkan gelombang minda atau
brainwave, aktiviti ini tidak saja diam pada satu tempat malah ia akan
sentiasa berubah-ubah mengikut tekanan lembaga akal atas bantuan nafsu
dan juga roh yang mana ia akan tertakluk kepada dimana seseorang itu
berada pada masa tersebut mengikut suasana alam kelilingnya Pada
dasarnya gelombang ini dapat kita bagikan kepada 4 peringkat Peringkat
gerak (Beta)Peringkat ini dimana manusia aktif bergerak ketika sedar
atau jaga seperti melakukan kerja yang rutin seharian, kebiasaannya
gerak minda akan cepat berubah-ubah sebab setiap gerak atau perbincangan
atau berfikir seseorang itu adalah tidak tetap pada sesuatu tekanan
nilai tujuan pada tujuan atau hal dituju, gelombang ini juga di kenali
sebagai beta Gelombang gerak ini (beta) ada pula pada masa-masa tertentu
ia menjadi lemah dan ada pula pada kalanya ia menjadi tinggi,
kebiasaannya apabila gerak terlalu tinggi ia akan menjadikan diri
seseorang itu sukar untuk mengawal perasaan atau orang ini sukar untuk
tidur malam namun kesan daripadanya ia mempunyai kebaikan pada
menghilangkan masalah yang lain Peringkat diam (Alpha) Pada peringkat
ini besar kemungkinan manusia itu sedang berehat atau bersedia untuk
tidur yang mana kekacauan alam di sekelilingnya kurang mengganggu
fikirangnnya, peringkat ini juga di kenali sebagai alfa, demikianlah
pada kebiasaannya namun tahap diam ini tidak semestinya kekal sekiranya
seseorang itu banyak menghadapi masalah kehidupan ataupun
masalah-masalah yang dihadapinya, yang paling nyata maka kanak-kanaklah
yang sesuai di jadikan contoh gelombang alfha ini kerana mereka tidak
banyak tekanan kehidupan atau orang yang zuhud Peringkat tenang (Theta)
Pada peringkat tenang ini manusia berada pada tahap hendak terlayang
untuk tidur yang mana gelombang pemikiannya sudah lemah ataupun hampir
lemah, gelombang minda ini juga di kenali sebagai theta Peringkat fana
(Delta) Pada peringkat ini juga di katakan peringkat tidur mati atau
sebahagian daripada mati yang mana roh,akal dan nafsu sudah mula tidak
lagi memainkan peranannya dan sel-sel otak berjalan dengan tenang, ini
bererti Ruhul Yaqazah sudah tidak lagi memaksa jasad untuk aktif maka
berehatlah jasad tersebut dan berehat pulalah otak dan sarafnya,
(berehat hanya sekadar fungsi nyawa tanpa cergas) maka disinilah
terletaknya rahsia kerja Tuhan yang tidak mampu dikaji oleh ahli sain,
peringkat ini juga di kenali sebagai delta Pada pandangan agama islam
(kerohanian) rasanya agak lengkap sedikit dari pandangan sain kerana
pada pandangan agama ia ada lima lembaga akal yang menghasilkan
gelombang dalam diri manusia yang di kaitkan pula dengan kerohanian yang
berpusat pada akal umpamanya lembaga akal yang lima itu di kaitkan
dengan fungsi nyawa,akal,roh dan nafsu yang berkaitan di antara satu
dengan yang lainnya dan setiap satu akan mengeluarkan gelombang yang
mengandungi jauhal fardhi yang mengandungi fungsi yang berlainan yang
sangat terkawal mengikut fitrahnya. Kajian sain tentang mind ini di kira
hanya tertumpu kepada peranan saraf dan otak sahaja tanpa di kaitkan
dengan kerohanian umpamanya mereka memberikan fokus kepada gelombang
Beta (12 Hz-38 Hz) Alpha (8 Hz-1 2 Hz) Theta (3 Hz-8 Hz) dan Delta (0.2
Hz-3 Hz) yang besar kemungkinan atas kaji an mereka tentang tenaga atom,
thermal, electromative, kinetic dan potential atas kehadiran
molikulmolikul yang mampu membentuk kutub positif (+) dan kutub (-)
nagative (-) dan positive (+) poles , jika inilah atas kajian mereka
maka rasanya ia difokuskan hanya kepada fungsi hawa kepada nafsu saja
Golongan umat islam yang bijak pandai sepatutnya mengkaji lebih dalam
lagi dalam soal akal ini kerana mereka berhadapan dengan amal ibadat
yang di kaitkan dengan istilah khusyu!! kepada Tuhannya. Ilmu ini di
ambil asal asalnya daripada sifat 20 pada bab sifat ilmu pada sifat
maani dan di kaitkan pula pada sifat maanawiyah iaitu sifat alimun,
sebab itu satu kajian sifat 20 ini wajib di ketengahkan oleh orang
muslim
ADAM, ALLAH DAN MUHAMMAD TIDAK BECERAI
Adam adalah seorang manusia yang di
cipta oleh Allah s.w.t, yang dimaksudkan manusia itu ialah apabila
Rohani itu sudah memiliki jasad (manus adalah jasmani sementara ia ialah
Rohani) jika ada jasmani tanpa Rohani maka ia bukan manusia, demikian
juga jika Rohani tanpa jasmani maka ia bukan manusia, maka yang
dimaksudkan manusia itu adalah zuriat daripada Adam sebagaimana firman
Allah menyatakan:
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami
telah muliakan Bani Adam, dan Kami angkat mereka di darat dan juga di
laut dan Kami beri rezeki yang baik, dan sesungguhnya Kami lebihkan
mereka dari kebanyakan (makhluk) yang telah Kami jadikan sebenar-benar
kelebihan ( Al Israk 70) Di atas pemberian Allah kepada bani Adam
gelaran sebagai makhluk yang di muliakan maka manusia menjadi makhluk
yang terpuji dan mulia, dan makhluk terpuji itu adalah bernama Muhammad,
kerana Muhammad itu bermaksud terpuji, dan yang terpuji itu adalah yang
sebaik-baik kejadian seperti mana firman Allah menyatakan:
Maksudnya: Sesungguhnya Kami jadikan
Insan itu sebaik-baik kejadian ( At Tin 4 ) Ayat yang di atas
menerangkan bahwa insan itu adalah sebaik-baik kejadian, sem entara
Allah pula beserta dengan Insan tersebut sebagaimana firman Allah
menyata kan:
Maksudnya: Dan Allah beserta kamu
dimana juga kamu berada ( Al Hadid 4 ) Ayat yangdiatas menunjukkan bahwa
Allah tetap bersama manusia di mana juga manusia itu berada, ertinya
manusia dan Allah tidak bercerai, ertinya Adam dan Allah tidak mungkin
bercerai, jika demikian mengapa Azazil dapat menyesatkan Adam dan
isterinya Siti Hawa ? Di sinilah timbul persoalan dan keraguan yang
akhirnya melahirkan ilmu yang lebih khusus tentang istilah di antara
Muhammad dan Allah itu, logiknya setan tidak boleh menggelincirkan Adam
jika Allah beserta manusia(Adam)Di sebabkan manusia itu ada kelebihan
maka kelebihan tersebut pula di katakan melahirkan suatu ilmu yang lebih
khusus kerana masalah Adam dapat di sesatkan oleh syaitan walaupun Adam
beserta Allah, jadi apakah ilmu yang lebih khusus itu suatu yang dapat
dicapai oleh manusia, kerana itu untuk menyelesaikannya mari kita tinjau
dalam bentuk soal jawab Soalan: Dimanakah letaknya kelebihan manusia
jika di bandingkan dengan makhluk Allah yang lain ? Jawapan: Kelebihan
di antara manusia dan makhluk terletak pada lembaga akal manusia kerana
lembaga akal maka manusia itu di kenali sebagai manusia, jika manusia
tiada lembaga akal maka manusia itu setaraf dengan haiwan dan syaitan
Soalan: Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian dan mengapa ada di
antara manusia itu berperangai syaitan dan haiwan ? Jawapan: Manusia
berperangai syaitan dan haiwan kerana adanya hawa kepada nafsu tersebut
dan ia adalah suatu fitrah daripada Allah s.w.t Soalan: Jika demikian
manusia yang dikatakan sempurna itu adalah sesuatu yang tidak mutlak ?
Jawapan : Untuk mendapatkan jawapannya maka kita kena faham siapa yang
di maksudkan Insan yang mulia tersebut, adapun yang di maksudkan Insan
yang sempurna kejadian tersebut ialah diri sebenar diri manusia yang di
kenali sebagai Insan atau nyawa atau nafas atau Nur Muhammad naka dialah
yang sempurna kerana itulah diri manusia terbahagi kepada empat istilah
iaitu diri terdiri (jasmani) Diri terperi iaitu Ruhul Yaqaza h yang
terdiri dari roh, Akal dan nafsu, sementara nafas atau nyawa kita di
namakan diri sebenar diri, maka diri inilah yang di katakan Insan yang
sempurna itu sementara diri tajalli ialah sifat Kamal yang tidak
bercerai dengan Insan terseb ut Soalan: Siapakah yang sebenar diri
Tajalli tersebut ? Jawapan: Diri Tajalli tersebut adalah Tuhan Yang Maha
Esa yang menggerakkan manusia zahir dan batin yang bersifat Qadirun,
Maridun, Alimun dan Hayyun Soalan: Mengapakah Allah tidak selamatkan
Adam dari gangguan syaitan ? Jawapan: Allah wajib bersikap adil terhadap
permintaan syaitan yang hendak menyesatkan Adam kerana syaitanpun
makhluk Allah juga walaupun dia di rejam oleh Allah, atas permohonan
syaitan tersebut Allah izinkan syaitan menggelincirkan Adam (manusia)
akan tetapi Allah kurniakan Al Quran kepada manusia sebagai senjata
melawan syaitan itu dan terpulanglah kepada manusia.
Katakan (wahai Muhammad) siapa yang
memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al
Quran di dalam hatimu dengan izin Allah (Al Baqarah 97)
SALAM... SY BERMINAT PASAL SAUFISMA NI... NAK TAU LEBIH LAGI.. PASAL ROH ... YG BOLEH BERTUKAR2 ROH DGN MANUSIA SESAMA SNDRI.. DAN BERHUBUNG DGN ROH..:) SANGT MENARIK DAN INGIN TAU DARI ORG LAIN YG TAU PSAL NI
BalasHapusSemoga Allah sedarkan kalian. Dan menghakimi setiap dari kita dengan adil. Amin
BalasHapusGambling in Nevada: What is it and does it mean for Nevada
BalasHapusWhat is gambling in Nevada? Nevada 안양 출장마사지 gambling is a way for 구리 출장안마 the casino to 전주 출장안마 attract 포항 출장안마 people to its resorts and 파주 출장마사지 casinos.
joya shoes 950i4wgvei995 joya sko,joya sko,joya skor,Cipő joya,zapatos joya,joya schoenen verkooppunten,Scarpe joya,chaussures joya,joya schuhe wien,joya schuhe joya shoes 848r2ohzhm121
BalasHapusSyukran, Alhamdulillaah. Penerangan yang tersusun dan jelas.
BalasHapus